Рет қаралды 55,042
Perang mulut tercetus antara Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) dan Mohamad Hasan (BN-Rembau) di Dewan Rakyat.
Ia berhubung isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera (ATM) yang berlarutan hampir 10 tahun.
Terdahulu, Khlir mendakwa sejak 2013 hingga kini, beliau tidak pernah mendengar mana-mana menteri pertahanan membawa perkara itu ke mesyuarat Jemaah Menteri.
Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah Mohamad yang juga menteri pertahanan sambil mempersoalkan bagaimana Khlir mengetahuinya.
Sumber video: kzfaq.info/get/bejne/nteYf7Nqr7uyhmw.html