No video

Tun Mahathir Maafkan Zainol Ismail

  Рет қаралды 23,059

Azhar Hashim

Azhar Hashim

Күн бұрын

PUTRAJAYA 3 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memaafkan bekas aktivis Pas, Zainol Ismail atau C.N. Al-Afghani yang merancang untuk membunuh beliau ketika menjadi Perdana Menteri.
Permohonan maaf bekas ahli seumur hidup Pas yang turut dikenali sebagai Cikgu Non itu dilakukan di pejabat Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Saya terimalah, tanpa syarat, saya bersyukur dia sedar, saya tidak kira pasal dia nak bunuh saya. Saya bersyukur dan senang kerana dia sedar akan kesalahan parti Pas mengkafirkan orang lain," kata Dr. Mahathir.
Dalam pertemuan kira-kira sejam yang turut diserta kepimpinan ulama Pondok itu, Zainon menyatakan bahawa perancangan pembunuhan negarawan tersebut dilakukan kerana taksub dengan Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan percaya bahawa bekas Perdana Menteri itu benar-benar bukan Islam.
Dr. Mahathir berkata, beliau bersyukur kerana kini ramai yang telah sedar akan kesalahan mereka dan telah meminta maaf terhadap beliau termasuk Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Zulkefli Nordin dan Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md. Arib.
Saya melihat ramai kini mendapati pendapat mereka dahulu tidak kena. Pengikut Anwar begitu, pengikut Pas pun begitu. Apabila mereka dekat dengan pemimpin-pemimpin pembangkang ini mereka dapat lihat kesalahan mereka, justeru mereka keluar parti.
Banyak orang yang dulu mencaci dan memaki saya, sekarang mendapati pendirian mereka tidak kena. Saya sendiri tidak paksa siapa-siapa minta maaf... syukur mereka sedar," kata Dr. Mahathir.
Sementara itu, Zainon berasa lega kerana berpeluang meminta maaf kepada bekas Perdana Menteri itu.
Saya sebagai orang Islam, seperti mana kata Tun, orang Islam kena berdamai. Bila saya minta maaf dengan dia, saya telah melaksanakan tugas saya dan Tun pun dah telah memaafkan saya. Alhamdulillah saya lega. Memang saya tahu sikap Tun, itulah sikap dia (yang sudi memaafkan)," katanya. -UTUSAN ONLINE

Пікірлер: 11
@rohayatirahman3748
@rohayatirahman3748 11 жыл бұрын
Alhamdulillah...syukur pada Allah swt.Akhirnya Allah telah tunjukkan kebenaran.Tun M,seorang yang sangat sayangkan bangsa,agama dan negara.manusia sekarang ni mudah terpengaruh dengan pemimpin yg berserban.Islam tidak hanya dinilai dari luaran.Apapun saya doakan agar tun akan terus sihat dan dpt menabur bakti kpd agama,bangsa dan negara Mlaysia yg makmur ini...
@syaifulameen3823
@syaifulameen3823 10 жыл бұрын
memaafkan mmg perit...tapi itu adalah akhlak yg paling mulia...:) proud with TUN M
@LikeToCommentAlso
@LikeToCommentAlso 11 жыл бұрын
alhamdulillahh... alhamdulillahh..alhamdulillahhh.. Allahuakbar! Inilah contoh yg baik.. memaafkan sesama saudara.. (ada sesiapa yg nak nafi?)
@damaqquddus5432
@damaqquddus5432 11 жыл бұрын
Alhamdulillah.. semoga ramai lagi anak bangsaku bersatu mengeakkan bangsa, agama dan negara. Semoga Allah merahmati Tun Mahathir yang masih membela bangsa, agama dan negara.. Amin..
@zainolabidin8287
@zainolabidin8287 6 жыл бұрын
Ini lah ajaran Islam yg sebenarnya..... Alhamdullillah..
@indranusantara1485
@indranusantara1485 6 жыл бұрын
Mantap ni baru contoh Muslim tulen.
@faezahdaud7153
@faezahdaud7153 11 жыл бұрын
mahathir is a sweet person along with his wife...
@alradhidabdullah215
@alradhidabdullah215 5 жыл бұрын
Syukur Alhamdulilah mereka sedar...Dan patut lah mereka keluar pas..Pas bukan lagi parti islam tapi parti perkauman yg pertahankan kezaliman, skandal2 dan salah laku kuasa pemimpin tertinggi umno..
@Simple_M
@Simple_M 4 жыл бұрын
Kagum dengan sifat terpuji daripada Tun Mahathir yg suka memaafkan orang.
@najirayob1092
@najirayob1092 6 жыл бұрын
Yg jelas pas dah hilang sokongan ramai rakyat.
@dinarmas4144
@dinarmas4144 6 жыл бұрын
Najir Ayob ..itulah tun m.kebaikan dan mulianya dia.satu ketika dahulu kisah tun m dituduh tonton video lucah(salahkah) dan ada orang menjerit kuat dlm stadium ketika beri ceramah pas.selang berapa bulan orang tu sakit dan meninggal...ada yang bertanya tun m maafkan tak.jawab tun m..*saya dah lama maafkan dia*.dan ada yang berkata pada tun m. *ada orang mengendap tun tak pernah sembahyang subuh*dengan selamba tun m jawab*yang mengendap lah tak sembahyang..asyik mengendap orang ..bila masa dia sembahyang*semoga Allah swt merahmati tun m sekeluarga bersama rakyat malaysia dan dunia.
MAHKAMAH | Muhyiddin Akan Didakwa Mengikut Akta Hasutan Pagi Ini
3:00
Happy birthday to you by Tsuriki Show
00:12
Tsuriki Show
Рет қаралды 11 МЛН
Please Help Barry Choose His Real Son
00:23
Garri Creative
Рет қаралды 23 МЛН
Ucapan khas Aidilfitri Perdana Menteri
7:09
Astro AWANI
Рет қаралды 16 М.
Soal Jawab Iran Khianat
15:07
ZRA Strim
Рет қаралды 327 М.
When A Gang Leader Confronted Muhammad Ali
11:43
Boxing After Dark
Рет қаралды 7 МЛН
H.E Imran Khan meets Dr Mahathir in Putrajaya
1:35
Dr Mahathir Mohamad
Рет қаралды 3,4 М.
How to win a argument
9:28
ajaxkmr
Рет қаралды 476 М.
Dr Mahathir officiates new “Putrajaya” signage
1:23
The Star
Рет қаралды 10 М.
Perhimpunan bersama Warga JPM Disember 2019
1:25
Dr Mahathir Mohamad
Рет қаралды 3,8 М.
Happy birthday to you by Tsuriki Show
00:12
Tsuriki Show
Рет қаралды 11 МЛН