Ucapan Anwar Ibrahim dalam program santai bersama komuniti India, Chemor (08.07.2024)

  Рет қаралды 1,188

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

17 күн бұрын

Terima kasih kepada penduduk Kampung Kanthan atas sambutan yang sangat meriah. Saya turut umum pemberian sumbangan sebanyak RM72,000 bagi pembelian skrin LED di dewan sekolah ini.
Saya kemudian langsung ke Dewan Komuniti Chemor untuk bersama masyarakat India di Parlimen Tambun. Dalam ucapan, saya tegaskan Kerajaan MADANI sentiasa mengambil perhatian terhadap masalah rakyat tanpa mengira kaum.
Meskipun berdepan kekangan kewangan akibat kebobrokan pemimpin lampau yang mencuri wang demi memperkayakan kaum kerabat, saya beri jaminan Kerajaan MADANI akan bekerja keras untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Namun saya turut menegur segelintir pemimpin masyarakat yang bertindak mencela Kerajaan secara semberono hanya kerana beberapa kelemahan kecil dalam pelaksanaan beberapa inisiatif Kerajaan.
Saya gesa pemimpin masyarakat ini untuk membawa apa jua perkara di peringkat akar umbi untuk perhatian Kerajaan supaya ia dirunding dan diselesaikan, ketimbang celaan dan cercaan semata-mata yang tidak mungkin membantu merungkai masalah.
Saya turut nafikan dakwaan kononnya bahawa Kerajaan meminggirkan kebajikan kaum India, tatkala sejumlah RM100 juta telah diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).
Malah, RM60 juta disediakan untuk TEKUN bagi membantu usahawan, termasuk dalam kalangan masyarakat India, serta lebih RM71 juta diperuntukkan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), termasuk RM50 juta khusus untuk inisiatif Sahabat Usahawan India.
Di akhir ucapan, saya mohon untuk rakyat tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian dan perpecahan yang sedang dimainkan pembangkang jika mahu memastikan Malaysia tidak terperangkap dalam fanatik perkauman dan agama.

Пікірлер: 9
@hamidahabdhamid4131
@hamidahabdhamid4131 15 күн бұрын
RESPECT, SUPERB & SOKONG PMX!!!
@Sobian680
@Sobian680 15 күн бұрын
Alhamdulillah
@noormalanoormala-qx3sw
@noormalanoormala-qx3sw 15 күн бұрын
Ya Allah semoga dipermudahkan semua urusannya in syaa Allaah semoga diberi petunjuk dan hidayah serta kekuatan fizikal dan mental kpd DSAI utk menerajui pemerintahan Malaysia Madani serta terbalikkan hati orang yang memusuhi menghina mencerca menfitnah mengeji DSAI diberi balasan yang setimpal dan semoga cepat insaflah sebelum meninggal dunia kerana untuk mencari DSAI di padang mahsyar sangat sukar... Tkasih
@drzuraimyali7690
@drzuraimyali7690 15 күн бұрын
Sabarla ayahanda DSAI dan teruskan perjuangan islah dan tajdid demi maslahah ummah. Benar kata cikgu Jo rakyat semakin 'cerdik' dan mereka memilih yang 'cerdik'. Akhir jaman golongang ruwaibidhah akan muncul dan ilmu hikmah semakin 'hilang' kerana lahirnya 'kecerdikan' hebat dan dasat. Kampung kelahiran ayahanda DSAI dan kampung kelahiran anakanda pun sama semua dah jadi 'cerdik'😊. Selalunya yang 'cerdik' dapat lebih segala2nya. Ayoyo karawale (seronok dengar ayahanda DSAI cakap melayu bunyi tamil)😊. Kat sini pun sama 'cerdik' walaun membawa ke syurga. Elokla ayahanda DSAI tapis bagi ketat lagi kenaikan pangkat biar yg layak benar2 dapat anugerah bukan walaun. Apabila amanah diberikan kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kiamat. Dunia menghampiri ke penghujungnya. Fitan akhir zaman semakin jelas ketara. ❤ PMX Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin Mujadid dan Murabbi abad ini ❤.
@lindadingding4196
@lindadingding4196 14 күн бұрын
Aslm selamat petang Salam sejahtera selamat tahun Baru lslam Muharram kepada Dato seri anuar pm Malaysia apa yg Kata pm Malaysia semua betul l app our Malaysian pm is the best among the best which l ever come across Moga Allah lidong pm Kita Alhamdulillah aaminn aaminn ya rabbal Alamin allahumma Solli ala sayyidina Muhammad success n good luck in everything's fine aslm
@HandSome-jz1hv
@HandSome-jz1hv 15 күн бұрын
31200 kire2 01saya saja PM . Tempat saya lebih saya kenal lagi. Ini ayat 200 PM tak lari. 01 SD raje2 mesti berinteraksi. Jikalau PM beri.
@HandSome-jz1hv
@HandSome-jz1hv 15 күн бұрын
Chemor Chepor. PM Ade bunyi. Ini pade saye kire2 je PM. Takut Ade tak SUKE Ade benci. Ini 01 mesti beri erti.
@aikonoklas
@aikonoklas 15 күн бұрын
hutang banyak tu sbb ko yg tambah
Ucapan Anwar Ibrahim dalam Forum Global Madani 2024 (11.07.24)
29:55
Anwar Ibrahim
Рет қаралды 2,9 М.
Kompilasi Pertembungan Politik Anwar Ibrahim Dan Mahathir
44:02
APHD Channel
Рет қаралды 204 М.
Cool Items! New Gadgets, Smart Appliances 🌟 By 123 GO! House
00:18
123 GO! HOUSE
Рет қаралды 17 МЛН
Эффект Карбонаро и нестандартная коробка
01:00
История одного вокалиста
Рет қаралды 9 МЛН
Ucapan Radzi Jidin di Ceramah Pertahan Nenggiri PAS Gua Musang
20:27
Rafizi kena 'bahan' dalam podcast KeluarSekejap
12:42
Agenda Daily
Рет қаралды 216 М.