Ucapan YAB PM ketika merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Gawai (23.06.2024)

  Рет қаралды 1,880

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Ай бұрын

Merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 di Kuching bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pimpinan persekutuan dan negeri.
Terima sambutan yang begitu meriah daripada rakyat Sarawak dan dipertontonkan dengan persembahan-persembahan tradisional yang begitu menarik.
Kagum melihat kemeriahan Gawai yang disambut dengan semangat Segulai Sejalai dan jelas memperlihatkan esprit de corps atau perasaan kekitaan, kesatuan serta perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Sarawak.
Dalam amanat, saya singgung kejayaan Sarawak bangkit dan melonjak menjadi antara gergasi ekonomi di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan hasil kestabilan politik, dasar yang jelas serta keseriusan pemimpin dalam mengangkat martabat negeri dan rakyat.
Sarawak tidak sekadar mencapai kejayaan luar biasa dalam sektor tenaga, malah turut melonjak dalam bidang-bidang baharu seperti teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan sekuriti makanan. Pencapaian ini bukan saja membanggakan negeri, bahkan Malaysia secara keseluruhannya.
Saya percaya Sarawak miliki potensi besar untuk terus melakar kejayaan luar biasa jika dasar ekonomi yang dirangka tidak sekadar mahu mengejar kemajuan negeri-negeri lain, tetapi bermatlamat melangkaui hingga ke tingkat lebih tinggi daripada itu.
Terkait penurunan kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing dunia, saya zahirkan keyakinan situasi ini akan berubah tidak lama lagi selaras kedudukan ringgit yang semakin stabil sejak awal tahun ini, selain dasar fiskal yang lebih berhemah menerusi inisiatif subsidi bersasar.
Di akhir amanat, saya ulangi pendirian dan komitmen Kerajaan MADANI untuk segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan sedia berbincang bagi menyelesaikan apa jua perkara berbangkit berteraskan kepercayaan dan rasa hormat.
Terima kasih sekali lagi atas sambutan Gawai yang luar biasa. Semoga ketemu lagi, Insya-Allah.
Siramat Onu Gawea Dayak!

Пікірлер: 10
@drzuraimyali7690
@drzuraimyali7690 28 күн бұрын
Segulai sejalai. ❤ PMX sentiasa dihati rakyat Malaysia ❤.😊
@Sobian680
@Sobian680 28 күн бұрын
Alhamdulillah..... 👍
@hazamutiara9820
@hazamutiara9820 28 күн бұрын
❤❤❤❤❤❤PMX TERBAIK DAN KERAJAAN PERPADUAN
@user-yf6fd1ev6f
@user-yf6fd1ev6f 26 күн бұрын
👍👍👍👍👍👍👍
@user-jt1vo7cb2h
@user-jt1vo7cb2h 28 күн бұрын
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
@zaharudinbasirun708
@zaharudinbasirun708 28 күн бұрын
Syukur orang2 Sabah dan Sarawak dapat layanan dan kebajikan dari PMX . Di harap orang sabah dan sarawak sentiasa rapat dgn orang2 di semananjung. Rapatkan hubungan dan sentiasa jauh dari prasangka2 yg tidak berfakta. Tumpulah kpd Islam Madani idea PM yg hebat ini utk kebajikan kpd semua rakyat.
@drzuraimyali7690
@drzuraimyali7690 28 күн бұрын
Anakanda fikir penyasaran subsidi diesel boleh dilaksanakan serentak tapi dalam konteks yang berbeza antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jika di Semenanjung, kaedahnya rakyat yang layak mohon manakala di Sarawak dan Sabah kaedahnya Kerajaan Pusat yang tentukan penyasaran subsidi melihat kepada awlawiyyatnya secara berperingkat sehingga kemudahan awam dapat disegerakan untuk disiapkan. Setelah siap kemudahan awam seperti Semenanjung maka kaedah pelaksanaan subsidi diesel bersasar boleh dilaksanakan seperti Semenanjung bagi rakyat yang layak. Secara teorinya ada dan praktikalnya bergantung terhadap kebijakan yang mantap bagi mengharmonikan pandangan demi kemaslahatan kewangan negara dan kebahagian rakyat. Sekadar pandangan kerdil untuk pertimbangan ayahanda DSAI. ❤ PMX sentiasa dihati rakyat Malaysia ❤.😊
@AbuBakar-nh3yq
@AbuBakar-nh3yq 24 күн бұрын
Kerajaan perpaduan Mardani terbaik insyaallah.
@HandSome-jz1hv
@HandSome-jz1hv 28 күн бұрын
Pantun. Ungkap menyambut hari Gawai. Tahap menyambut boleh diguna pakai. Jika. Ade . Ilmu di pakai. Mesti kenang jasa ke perkerje2 pegawai2.
@drzuraimyali7690
@drzuraimyali7690 28 күн бұрын
Ayahanda DSAI anakanda ingin memberi sedikit pandangan kerdil anakanda jika ianya memberikan keadilan dan kebaikan untuk rakyat. Apakala ayahanda DSAI bercadang untuk 'menangguhkan' subsidi bersasar buat Sarawak dan Sabah kerana 'konteks'nya keadaan sangat mendesak dan dalam masa yang sama keperluan ayahanda DSAI juga perlu menyediakan peruntukan membina pusat kanser di Sarawak. Anakanda fikir jika subsidi diesel diambil 10 sen dan disasarkan untuk pembinaan pusat kanser bukankah ianya lebih cepat dan rakyat masih kekal menikmati subsidi berbaki rm1.10 lagi (asal rm1.20) jika disasarkan sepuluh sen untuk pembinaan pusat kanser untuk kesihatan rakyat juga. Akhirnya penangguhan subsidi secara berperingkat ini akan memberi kesan baik terhadap rakyat dan mengurangkan beban Kerajaan pusat serta mengurangkan ketirisan penyeludupan di sana. Akhirnya segala kemudahan awam untuk rakyat dapat disegerakan. Anakanda fikir dengan transisi tenaga baru nanti dari penggunaan tenaga petrol/diesel (pelepasan karbon) kepada tenaga elektrik pasti memberi lebih banyak penjimatan dan hasilnya rakyat dapat menikmati limpahan rezeki dan menghirup udara yang segar. Anakanda lontarkan sedikit pandangan untuk pertimbangan ayahanda DSAI jika ianya mampu memberikan kebaikan buat rakyat. ❤ PMX Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin Mujadid dan Murabbi abad ini ❤.😊
Leader-with-people session-Petra Jaya
20:30
SarawakKu
Рет қаралды 19 М.
ПРОВЕРИЛ АРБУЗЫ #shorts
00:34
Паша Осадчий
Рет қаралды 6 МЛН
Эффект Карбонаро и нестандартная коробка
01:00
История одного вокалиста
Рет қаралды 9 МЛН
A clash of kindness and indifference #shorts
00:17
Fabiosa Best Lifehacks
Рет қаралды 111 МЛН
Sarawak terus iktiraf UEC - Abang Johari
9:14
KiniTV
Рет қаралды 39 М.
Dayak Bidayuh National Association ( DBNA ) Dinner
13:56
SarawakKu
Рет қаралды 38 М.
Launching the Sungai Sibuti Bridge Project
22:05
SarawakKu
Рет қаралды 34 М.
Orang Melayu perlu undi PN, PH pejuang pendatang asing
25:04
Agenda Daily
Рет қаралды 288 М.
ПРОВЕРИЛ АРБУЗЫ #shorts
00:34
Паша Осадчий
Рет қаралды 6 МЛН