No video

ustaz wadi anuar - Tanggungjawab terhadap ibu

  Рет қаралды 30,509

pedang islam

pedang islam

Күн бұрын

penceramah : ustaz wadi anuar
kredit - / ustazwadianuarfans
Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Firman Allah SWT:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (al-Isra’:23)
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
Syeikh al-Maraghi berkata, Allah SWT benar-benar mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 8/3932]
Tambahan pula, seseorang yang sempat bersama atau berbakti kepada kedua ibubapanya merupakan orang yang sangat bertuah dan beruntung. Ini kerana, Nabi SAW pernah menyatakan orang yang hina adalah orang yang sempat bersama ibubapanya tetapi kesempatan yang ada itu tidak membolehkan dia untuk dimasukkan ke dalam syurga.
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]

Пікірлер: 9
@halusothman6500
@halusothman6500 7 ай бұрын
AL.FATIHAH KPD KEDUA IBUBAPAKU
@nur_fadina3835
@nur_fadina3835 6 ай бұрын
Kesia mak sy dpt abg ii yg x brguna ,dh la bersara ddk rumah goyang kaki jga ibu bapa pon xnk sama je laki bini..😢lnsg xksh psai mak pak diorg..yg pliknye pjai tdung labuh nmpk alim je family tp allahu akhbar jga mak sndri pon tolak ii😢sdihhh tngok pengorbanan mak ayah sy tnpa mengeluhh kdg wlaupon penat n sakit..mata st mnjdi saksi pengorbanan kdua ibu bapa saya..😔🥺
@Rogayah_Bule_Uganda
@Rogayah_Bule_Uganda Жыл бұрын
Abang saya jenis lepas tangan. Memang baru4 tol. Pendapatan ribu ribu...
@j6970
@j6970 2 жыл бұрын
Nak tanya,jika anak2 lelaki tidak mahu menjaga bapanya yg sakit,dan hanya anak2 perempuan yg menjaga,kdg2 terabai juga suami dan anak2.jika anak perempuan tak jaga,tiada siapa yg akan menjaga. bagaimana ustaz? Ibarat ditelan mati mak,diluah mati bapak. 🥺
@Rogayah_Bule_Uganda
@Rogayah_Bule_Uganda Жыл бұрын
Jnis saya plak ada abang yang bodoh dan tolol. Lepas tangan mak pak sakit. Memang bebal mcm lembu dia tu
@puteriabaieprincessabaie2904
@puteriabaieprincessabaie2904 4 жыл бұрын
Alhamdulillah..tkasih ustaz..semoga Allah mengampuni dosa kedua dua org tua kami..Aamiin³ Ya Allah.🤲😥
@maisarahmohamad5572
@maisarahmohamad5572 4 жыл бұрын
Assalamualaikum moga kita dikurniakan syurga firdaus tanpa azab dan hisab. aamiin....
@uwaisnasirnasir7765
@uwaisnasirnasir7765 3 жыл бұрын
Aamiinn
@chewanrashid1498
@chewanrashid1498 Жыл бұрын
Oy
ALAM TANPA MATI | Ustaz Wadi Anuar
49:40
Nur Cahaya
Рет қаралды 2,9 М.
ustaz wadi anuar - kisah sultan muhammad al fateh
1:10:42
pedang islam
Рет қаралды 17 М.
Kids' Guide to Fire Safety: Essential Lessons #shorts
00:34
Fabiosa Animated
Рет қаралды 15 МЛН
The Joker saves Harley Quinn from drowning!#joker  #shorts
00:34
Untitled Joker
Рет қаралды 69 МЛН
7 Days Stranded In A Cave
17:59
MrBeast
Рет қаралды 87 МЛН
ustaz wadi anuar  - kisah firaun membunuh isterinya asiah.
1:09:57
pedang islam
Рет қаралды 74 М.
6 Tanda Besar KIAMAT Mengikut Turutan
12:09
Aimi dan Amira
Рет қаралды 24 М.
ustaz wadi anuar - kisah perang khandaq
1:02:31
pedang islam
Рет қаралды 10 М.
69 | Indahnya Istiqamah, Manisnya Karamah | Ustaz Wadi Annuar
1:03:54
Abu Khadijah
Рет қаралды 310 М.
ustaz wadi anuar  - 6 tanda kecil kiamat dari Rasullullah
1:17:19
pedang islam
Рет қаралды 7 М.
SATU PERISTIWA SEBELUM KEMUNCULAN DAJJAL - USTAZ WADI ANNUAR
1:07:48
Nota Akhirat
Рет қаралды 35 М.
🔴Ceramah Penuh 4K - [ Pertemuan di Telaga Kauthar ] | Ustaz Wadi Annuar
1:09:42
Kids' Guide to Fire Safety: Essential Lessons #shorts
00:34
Fabiosa Animated
Рет қаралды 15 МЛН