Video Habib Ali Jaafar Al Idrus Batu Pahat, Johor.

  Рет қаралды 12,428

Azmeir Zaki

Azmeir Zaki

5 жыл бұрын

Habib Ali bin Jaafar bin Ahmad bin Abdul Qodir bin Salim al-Idrus, seorang wali Allah yang dikasihi dan dicintai sekalian ummah, dilahirkan di Purwarkarta, Jawa Barat, pada tahun 1919.
Beliau mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Alawiyah binti Sayyid Ahmad al-Idrus (wafat pada 19 Zulkaedah 1361 bersamaan tahun 1952 dalam usia 33 tahun) dan dikurniakan enam orang cahaya mata. Sayyid Abdul Qadir (wafat sewaktu kecil -22 Februari 1951-), Syarifah Zahrah (juga wafat semasa kecil -1954-), Syarifah Khadijah, Sayyid Muhammad, Sayyid Omar dan Sayyid Husen.
Sekitar tahun 1926, iaitu ketika beliau berumur tujuh tahun, beliau tiba di Singapura.
Namun cuma seketika, lalu kembali semula ke Indonesia. Kemudian, sekitar tahun 1929, beliau sekali lagi menjejakkan kaki ke Singapura dan menetap di sana hingga tahun 1942.
Dikatakan ayahanda beliau, Habib Jaafar bin Ahmad al-Idrus, datang ke Singapura dari Purwarkarta dan menetap di Kota Singa itu selama beberapa tahun sekitar tahun 1930-an kemudian ayahanda beliau pulang ke Hadhramaut, Yaman pada tahun 1938.
Di Singapura, Habib Ali tinggal bersama ayahanda dan kekandanya, Habib Abdul Qadir bin Jaafar al-Idrus, di sebuah rumah di Arab Street.
Dikisahkan bahawa kekandanya menerima sambutan hangat dan menggalakkan ketika mula sampai ke Kota Singa. Habib Abdul Qadir wafat di Purwakarta dan dimakamkan di sana.
Sekitar tahun 1942, Habib Ali bin Jaafar telah dibawa ayahandanya, Habib Jaafar bin Ahmad hijrah ke Batu Pahat, Johor. Ketika itu, Habib Jaafar tinggal di Jalan Abdul Rahman, berhampiran Jalan Sultanah, Batu Pahat (dikatakan beliau menetap di Batu Pahat sekitar lapan tahun). Namun, Habib Jaafar kembali semula ke kampung halamannya Hadhramaut. Beliau wafat di sana pada tahun 1976 di kota Tarim.
Jenazahnya dimakamkan di Pemakaman Zanbal, berdekatan dengan makam datuknya, Habib Abdullah al-Idrus.
Dikatakan Habib Ali tinggal di sekitar Jalan Bukit Pasir pada awalnya. Kemudian berpindah ke kawasan penempatan berhampiran Sekolah Kebangsaan Temenggung Ibrahim, Penggaram dan akhirnya menetap di Kampung Solok Wan Moh hingga akhir usia.
Kehidupannya sangat zuhud dan sederhana.
Makan dan minumnya pun sekadar cuma. Bahkan beliau sangat menjaga sumber dari mana dan apa sahaja yang meragukannya.
Hidupnya yang seolah-olah tiada apa, maka tiada siapa yang memberi perhatian padanya. Tiada siapa yang menumpu pada sosok dirinya.
Hinggalah sebahagian besar murid Syeikh Umar Khatib Singapura, datang menziarahinya atas nasihat guru mereka.
Dikatakan bermula detik itu, beliau dikenali dan sering dikunjungi alim ulama mahupun orang biasa, tidak putus-putus bertamu ke rumahnya.
Beliau sering menjadi tempat mengadu pelbagai masalah. Menjadi tumpuan orang ramai sama ada masyarakat setempat, dari Nusantara mahupun negara-negara Arab.
Di antara kalam nasihat yang pernah beliau sampaikan, “Allah SWT adalah Kholiq (Pencipta).
Manusia hanyalah makhluk. maka, manusia harus mematuhi apa pun perintah Sang Maha Pencipta. Bukan Sang Maha Pencipta yang mematuhi perintah manusia.”
Di rumahnya yang amat sederhana, kecil, dan sempit itu, senantiasa muliakan tiap tamu yang datang. Beliau menerima siapa sahaja yang tiba, dengan penerimaan yang menyenangkan, tanpa dipedulikan rupa yang bagaimana, apalagi harta benda mereka.
Berjumpa dengan sosok tubuh insan mulia yang tenang dan bersahaja itu, hati pun terasa menjadi lapang dan tenang.
Meski hidupnya sederhana, hampir tiap tamu yang datang, pasti beliau berikan wang.
Jumlahnya terkadang tidak sedikit. Jika mereka berkunjung pada waktu makan, tidak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum mereka menikmati hidangan bersamanya.
Sifat rendah hatinya kepada setiap tamunya amat mengagumkan. Sebelum mereka pulang, orang semulia dirinya, meminta pula doa dari mereka.
Habib Ali bin Jaafar al-Idrus telah menemui Penciptanya sekitar jam 5.10 atau 5.15 petang Khamis, 28 Jamadil Awal 1431, bersamaan 13 Mei 2010 di rumahnya, Kampung Solok Wan Moh, Batu Pahat.
Ahwalnya sentiasa menjadi tauladan, semasa hayatnya mahupun setelah kewafatannya. Moga kekal ia sebagai pedoman, petunjuk dan panduan buat sekalian insan.
Dari saat kewafatan beliau, tiadalah putus-putus dikunjungi ribuan manusia dari segala penjuru dan lapisan masyarakat, terutama dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Begitu juga bacaan Al-Quran, Yaasin, dan tahlil, tiada putus-putusnya dibacakan hingga selesai segala urusan sekitar jam 9.30 pagi Jumaat.
Jenazahnya disolatkan sebanyak dua kali. Pertama, sebagaimana wasiatnya, disolatkan di dalam rumah, di imami Habib Abdullah bin Alwi bin Muhammad al-Idrus, dan kedua di luar rumah, dengan berimamkan Habib Hasan bin Muhammad bin Salim Al-Attas.
Jenazahnya kemudian dimakamkan sebelum solat Jumaat, 29 Jamadil Awal 1431 H bersamaan 14 Mei 2010, di Tanah Pekuburan Islam Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Semasa pengkebumian Beliau, Bandar Batu Pahat sesak teruk dengan kerjasama Polis Trafik, Kesesakan dapat dikawal

Пікірлер: 22
@windanafa
@windanafa Жыл бұрын
Sungguh beruntunglah orang yang pernah berjumpa dengan beliau
@azmeir
@azmeir Жыл бұрын
sangat beruntung
@mikyaladam4676
@mikyaladam4676 3 ай бұрын
Alhamdulillah.... Jadi mengenal beliau, jazakaallahu min❤
@majujaya4124
@majujaya4124 2 жыл бұрын
Terima kasih admin, Habib yg bru sy knl slpas 10 tahun pemergiannya.... Allahu...
@mohammadmalek7987
@mohammadmalek7987 2 жыл бұрын
(Selawat hajat dunia dan akhirat) Allahumma sholli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad.1000 kali atau 10000 kali setiap hari
@zainunhamzan8154
@zainunhamzan8154 2 жыл бұрын
Assalam.sya baru melihat vedio Habib.sejuk mata melohatnya.mogaALLAH reda pdnya dan org yg mencintaipara alim ulamak.
@azrulazman8211
@azrulazman8211 9 ай бұрын
ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAAH ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
@fadzilsalleh9157
@fadzilsalleh9157 2 жыл бұрын
Saya orang kampung habib ali. Kampung solok wan moh batu pahat Johor Malaysia... ..rumah belakang bp mall. Kawan saya abdul cucu pada habib. Sekarang rumah tak ada lagi..... Depan rumah atok ada buah mentega.. Balik dari sekolah agama.. Ambil buah mentega...
@azmeir
@azmeir 2 жыл бұрын
seronok la awak..
@edhamoshc
@edhamoshc 2 жыл бұрын
Saya waris pokok mentega tu, halalkan ☺️
@fadzilsalleh9157
@fadzilsalleh9157 2 жыл бұрын
@@edhamoshc orang batu pahat.. Ke?
@asiahmazlan3951
@asiahmazlan3951 2 жыл бұрын
Assalamualaikum boleh saya tahu bagaimana nak jumpa cucu atau anak habib yg masih hidup?
@munirhashim9490
@munirhashim9490 2 жыл бұрын
@@asiahmazlan3951 in sya Allah, klu berhajat
@IZZA923
@IZZA923 Жыл бұрын
❤❤❤🥰🇲🇾👍🏻
@ghaffarmustaffa1871
@ghaffarmustaffa1871 2 жыл бұрын
😀😀🤲🤲👍👍
@binzain
@binzain 24 күн бұрын
ساعة صفا
@amarhassan7029
@amarhassan7029 Жыл бұрын
Kalau ada Habib di tempat anda pergi la ambil ilmu sanad sampai nabi kita
@user-bx9mr2yu7g
@user-bx9mr2yu7g 7 ай бұрын
Dulu abah pernah nak ajak berubat ke rumah habib .. tpi xde rezeki kita kw tpt lain pulak berubat.. rupanya mmg ada galur yg sama dgn habib
a bakar salim & the bees batu pahat _  hanya kenangan
2:54
nostalgia hassny
Рет қаралды 13 М.
ТАМАЕВ УНИЧТОЖИЛ CLS ВЕНГАЛБИ! Конфликт с Ахмедом?!
25:37
THEY made a RAINBOW M&M 🤩😳 LeoNata family #shorts
00:49
LeoNata Family
Рет қаралды 42 МЛН
Despicable Me Fart Blaster
00:51
_vector_
Рет қаралды 24 МЛН
Зачем он туда залез?
00:25
Vlad Samokatchik
Рет қаралды 3,2 МЛН
TEMPAT MAKAN BEST DI BATU PAHAT,JOHOR | 1
3:58
Bella Huda
Рет қаралды 17 М.
Tok Qadi : best ever seen in Batu Pahat Johor
3:11
RUFI LATIFF
Рет қаралды 432 М.
Qanturah: Menyingkap Identiti Dan Tempat Asalnya
13:11
Studions Production
Рет қаралды 11 М.
Qasidah Nurul Musthofa - Ya Badratim يا بدر تم
7:18
Inteam Digital
Рет қаралды 51 МЛН
Misteri batu putih di Batu Pahat
3:05
Berita Harian Online
Рет қаралды 109 М.
BATU PAHAT JOHOR MALAYSIA
5:00
Kenny Tan
Рет қаралды 47 М.
ТАМАЕВ УНИЧТОЖИЛ CLS ВЕНГАЛБИ! Конфликт с Ахмедом?!
25:37