Рет қаралды 30,516
Hello hi salam sejahtera kawan-kawan sekalian. Hari ni shane nak share cara mudah buat sizzling yee mee chinese style. Menu ini agak favorite dekat food court dalam kalangan rakyat di malaysia. Terima kasih sentiasa memberi sokongan kepada channel shane, jangan lupa untuk tinggalkan like, share, comment dan subscribe ye. :-)
Bahan-Bahan
Cili Kering - 6 Tangkai (Rendam & Buang Biji)
Cendawan Kering - 8 (Rendam)
Isi Ayam - 350g
Yee Mee - Ikut Suka
Telur - Ikut Suka
Bak Choy - Ikut Suka
Bawang Putih - 5 Ulas
Halia - 1 Inci
Biji Lada Putih - 1/4 s/k
Biji Lada HItam - 1/4 s/k
-Tumbuk Halus
Light Soy Sauce - 1 s/b
Kicap Manis - 3 s/b
Sos Tiram - 3 s/b
Minyak Bijan - 1 s/b
Kicap Pekat - 1 s/b
Air - 1 Liter
-Campur kesemua bahan dalam satu mangkuk besar
Tepung Ubi - 4 s/b
Air - 1/2 Cawan
-Kacau Sebati
1. Rendam cili kering dan buang biji. Rendam cendawan kering.
2. Rebus sayur bak choy dengan sedikit garam dan minyak.
3. Tuang 3 s/b minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga naik wangi.
4. Masukkan cili kering dan cendawan kering, tumis lagi hingga wangi.
5. Masukkan ayam, kacau sehingga ayam berubah warna.
6. Tuang masuk sos campuran. Guna api besar, didihkan.
7. Selepas mendidih, tukar api sederhana kecil renehkan selama 15-20 minit.
8. Masukkan air bancuhan tepung ubi. Kacau hingga sedikit pekat.
8. Sediakan Kuali, Masukkan yee mee dan kuah. Masukkan telur dan sayur. Siap!
❤️ Thank you for watching. Like, Share and Subscribe my youtube channel...
/ @siamcinokelatechannel...
#CaraBuatSizzlingYeeMee #CaraMudahBuatSizzlingYeeMee #EasySizzlingHotPlateRecipe #简单铁板伊面 #ShaneSiang #SiamcinoKelateChannel #ResepiYeeMeeSizzlingChineseStyle #YeeMeeRecipe #CaraBuatYeeMeeHotPlate #CaraBuatYeeMeeMudah #ResepiYeeMeeSizzling