Рет қаралды 404
Menghidupi Sastera Tamil di Malaysia
Perbualan: Nur Adilla bersama M. Navin
Sejarah panjang sastera Malaysia sememangnya rencam. Walaupun di mata negara sastera kebangsaan hanya yang berbahasa Melayu, kita sebaliknya menemukan kepelbagaian ketika turun ke ranah masyarakat. Karya-karya ditulis, kesusasteraan dibangunkan, dan aneka kenyataan diungkapkan melalui pelbagai macam bahasa. Salah satunya bahasa Tamil. Dalam perbualan ini, Nur Adilla mengintai seperti apa ekosistem sastera Tamil di Malaysia melalui jendela M. Navin, seorang penulis cerpen yang semakin diterjemahkan ke pelbagai bahasa ini. Kita kemudian dibawa untuk melihat bagaimana M. Navin menggunakan cerpen untuk mencabar hal-hal di sekitarnya.