Рет қаралды 1,055
MUDAH dan SEDAP 😋 ... Inilah jolokan yang Cheq Na bagi untuk resepi dalam video Cheq Na kali ni. Rasa sedap dari ikan kembung yang digoreng rangup ditambah pula dengan rasa pedas-pedas manja dari cili melaka dan cili besar. Rasa masam yang datang dari asam gelugur dan pelbagai rasa-rasa lain seperti manis dari gula, masin dari garam, kiub ikan bilis dan belacan. Pendek kata, SEDAP !!! 😋
Menu ni sesuai sangat untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan masak-memasak ni sebab ianya senang sangat ...
Jadi, untuk tidak membuang masa, JOM kita tengok bahan-bahannya ...
Bahan-bahan untuk menggoreng ikan
a) 5 ekor ikan kembung
b) 1 camca kecil garam
c) 1 camca besar serbuk kunyit
Bahan-bahan untuk kuah
a) 3 biji cili besar
b) 8 biji cili melaka merah
c) 3 biji bawang besar
d) 5 ulas bawang putih
e) 1 biji tomato
f) 1 biji bawang Holland
g) 1/2 kiub pati ikan bilis
h) 1 camca besar sos tiram
i) 1 camca kecil gula
j) 1/2 camca kecil garam
k) 1 keping asam gelugur
l) 10g belacan
Untuk belacan tu, Cheq Na guna belacan Cheq Na. Jangan lupa, belacan Cheq Na tak dak pewarna tiruan, tak dak bahan pengawet berbahaya dan tak dak bahan asing, memang pure udang geragau yang diimport secara ekslusif dari Perlis Indra Kayangan ... SEDAPPPPP 😋
Untuk menikmati belacan Cheq Na yang ada dalam video ni, boleh klik di link di sini
👉 shp.ee/hth3unr
Ok, dah tengok tu, kalau rasa bermanfaat kepada ramai orang, sila-silalah SHARE video Cheq Na yang MUDAH ni. Akhir kata, jumpa di video yang akan datang ... In Sha Allah 🤲
#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#cheqnarecipe
#cheqnakatasedapsedaplah
#belacancheqna
#ikangoreng
#ikangorengberlado
#ikangorengbalado
#ikangorengberlada
#ikangorengberempah