Ayam Masak Jintan . Resepi Istimewa Sebab Jumpa Resepi Dari Buku Resepi Lama.

  Рет қаралды 18,606

Kak Yan

Kak Yan

10 ай бұрын

Assalammualaikum dan hi semua,
Semasa Kak Yan membesar di kampung dulu, rumah kami memang penuh dengan ramai orang. Selain mak bapak dan adik beradik, ramai sepupu sepapat yang tinggal sekali. Bila dah keluarga besar ni, selalunya dapurlah menjadi tempat kami berkumpul, berbual dan memasak bersama-sama.
Banyak resipi-resipi yang Kak Yan belajar masa ni daripada kakak dan sepupu-sepupu Kak Yan. Ayam Masak Jintan ni adalah salah satunya yang Kak Yan belajar dari sepupu Kak Yan iaitu arwah Kak Nin. Jom cuba sebab masakan ni mudah dan sedap.
Cuba lah ye...
Ayam Masak Jintan
Bahan-bahan
1 ekor ayam
250g santan
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar sos cili
Bahan Tumis
6 -8 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu besar minyak
Bahan Kisar
2 -3 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 biji tomato
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
When I was growing up in the village, our house was always filled with many people. Besides our parents and siblings, there were many cousins who lived with us. With such a large extended family, the kitchen often became the place where we gathered, chatted, and cooked together.
I learned many recipes during this time from her older sisters and cousins. Ayam Masak Jintan is one of them, which I learned from my late cousin, Kak Nin. Let’s try it because this dish is easy to make and delicious.
Ingredients:
1 whole chicken
250g coconut milk
2 tablespoons ground dried chilies
3 tablespoons chili sauce
For Sautéing:
6-8 small shallots
5 cloves garlic
1-inch piece of ginger
Salt and sugar to taste
5 tablespoons cooking oil
For Blending:
2-3 large shallots
5 cloves garlic
1-inch piece of ginger
2 stalks of lemongrass
2 tomatoes
2 tablespoons ground cumin (jintan manis)
1 tablespoon ground coriander (jintan putih)
Selamat Mencuba!
Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
Instagram: / ​​
Facebook: / ​​
Blogspot: azianhasan.com/

Пікірлер: 33
@minaibrahim3477
@minaibrahim3477 10 ай бұрын
Jangan malu nk tunjuk kak yan kakak pon sama banyak buku tulisan tangan sejak tahun 60 an, 70 han dan seterusnya sama rupanya dan agak usang dah kuning kuning ada yang kulit bukunya pon dah tanggal tetapi masih dlm simpanan banyak resepi resepi lama di dlm nya ,inilah menunjukan kita sedari dulu memang minat memasak hingga kini masih masak buat anak, menantu cucu cucu dan rakan rakan .org sekarang senang kita dulu cari resepi di majalah,di surat khabar,di radio dan sebagainya.suka tengok kak Yan masak suami pon baik nk menolong semuga kedu dua sehat selalu .
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Betul Kak. Dulu memang ada buku resepi. Salin dekat tv. Kalau dulu buku latihan sekolah pun tulis resepi dekat belakang. Kenangan betul.
@AbdulRazak-vv8jv
@AbdulRazak-vv8jv 9 ай бұрын
Dulu dulu dengar radio salin resepi masakan yang dibaca juruhebah
@KakYan
@KakYan 9 ай бұрын
Ya betul. Stress takut terlepas resipi 😄
@roszanaayoub454
@roszanaayoub454 10 ай бұрын
Seronok dpt resepi2 masakan org2 lama.. sedapnya dh tentu.. tq kk yan
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Sama-sama🥰
@noorazizahnasarudin9250
@noorazizahnasarudin9250 10 ай бұрын
Sedap menyelerakan menunya
@Wheelbarrow7775
@Wheelbarrow7775 10 ай бұрын
❤tq kak yan❤
@chenorsiah3233
@chenorsiah3233 10 ай бұрын
T.kasih beri resepi ayam masak jintan.dari puan Yan.boleh Cuba masak untuk anakanak.
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Sama-sama.Selamat mencuba nanti
@noneyyyyy721
@noneyyyyy721 10 ай бұрын
Umpuma kak Yann ajarr y0000😂
@ashroffharis
@ashroffharis 10 ай бұрын
Salam kak yan terhibur tengok kakyan masak
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Terima kasih
@RedmiNotePro-kr7ih
@RedmiNotePro-kr7ih 10 ай бұрын
Kak Yan always the best!! Thanks for the recipe.. ❤🎉
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Most welcome❤️
@dalilahtaib1063
@dalilahtaib1063 10 ай бұрын
Assalamualaikum kak yan saya suka tengok masa kak yan nemasak lucu sgt happy saya tengok sampai tergelak saya Fi buat Nye resepi2kak yan alhamdulilah sedap2simple dgn senang ❤
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Terima kasih banyak-banyak. Biasa ler dah umur meningkat, macam - macam silapnya
@amygaste4836
@amygaste4836 10 ай бұрын
Sedapnya kak Yan, resepi ni dah dalam list for my next cooking. Terima kaseh ya kongsi 👍🙏😋
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Sama-sama🥰
@liahduf
@liahduf 10 ай бұрын
Wah. Resepi baru. Kumpul semua resepi nanti nak buat. Tapi tak tau bilanya😅
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Tak pe..kumpul dulu👍
@peghioknasikchek2824
@peghioknasikchek2824 10 ай бұрын
MaasyaaAllaah ! 😍 Sedapnyaaaa 😋 Tq Yan & Cameraman 💞
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Sama-sama
@peghioknasikchek2824
@peghioknasikchek2824 10 ай бұрын
@@KakYan 🌷😘
@chempakabiru1235
@chempakabiru1235 10 ай бұрын
salam kkyan ok ok sila cook
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
👍👍
@msfaerierose
@msfaerierose 10 ай бұрын
Nampak sedap! Kak Yan boleh tak makan dengan roti? 😊
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Boleh sangat sebab kuah dia pekat
@msfaerierose
@msfaerierose 10 ай бұрын
@@KakYan yay! Ok best!
@hadzariahadnan6368
@hadzariahadnan6368 Ай бұрын
Assalamualaikum… ada kekilafan dlm senarai bahan… “coriander” Serbuk jintan putih = cumin powder Serbuk jintan manis = fennel powder Serbuk ketumbar = coriander powder
@KakYan
@KakYan 27 күн бұрын
Terima kasih atas pembetulan
@faroullah
@faroullah 10 ай бұрын
Bagus , sebab saya memang menyukai hidangan dari resipi orang lama.. lebih authentic dan lebih ummph dari resipi hidangan modern yang pada pendapat saya lebih fusion
@KakYan
@KakYan 10 ай бұрын
Alhamdulillah. Betul tu. Tengah mencari resepi-resepi lama lagi ni.
AYAM MASAK KUZI SEKALI RASA TAK CARI RESEPI LAIN DAH!!!😍
10:36
Ummi AtiyahAtif's Kitchen
Рет қаралды 124 М.
ПРОВЕРИЛ АРБУЗЫ #shorts
00:34
Паша Осадчий
Рет қаралды 7 МЛН
НРАВИТСЯ ЭТОТ ФОРМАТ??
00:37
МЯТНАЯ ФАНТА
Рет қаралды 7 МЛН
Ayam Kalio  Yang Sedap dan Menyelerakan.|
12:30
Kak Yan
Рет қаралды 13 М.
AYAM REBUS VIRAL SIMPLE PUN SEDAP WEHHH....
2:48
Andak Yatie Lajat
Рет қаралды 2,9 М.
Sup Ayam Simple, Tapi Cukup Sedap
7:04
Che Nom
Рет қаралды 1,1 МЛН
Kuzi Ayam Resepi Chef Wan .
19:04
Kak Yan
Рет қаралды 109 М.
Sup Ayam Thai serius kena cuba.
9:11
Che Nom
Рет қаралды 920 М.
Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin
6:32
Che Nom
Рет қаралды 1,4 МЛН
#kikakim
0:31
Kika Kim
Рет қаралды 10 МЛН
Гигантский мост взорвали в Китае💣
0:20
Алексей Корчун
Рет қаралды 2,2 МЛН
My cat gave me a very strange plate #cat #cats
0:32
Prince Tom
Рет қаралды 24 МЛН
Jumping off balcony pulls her tooth! 🫣🦷
1:00
Justin Flom
Рет қаралды 11 МЛН
REAL OR FAKE?
0:10
dednahype
Рет қаралды 10 МЛН