Рет қаралды 48,405
Hi semua,
Harap semuanya baik sahaja.
Hari ini Kak Yan masak mee bandung. Selalunya kalau kat kedai, Kak Yan jarang order mee bandung. Entah kenapa pun tak tahu. Mungkin Kak Yan lebih suka makan mee bandung yang di buat sendiri. Lebih puas rasanya. Mungkin Kak Yan suka mee bandung yang banyak sayur dan kurang pekat kot.
Apapun itu pilihan masing-masing. Yang nak masak mee bandung sendiri, boleh lah guna resepi Kak Yan ni. Simple dan senang memasaknya.
Cuba lah ye...
Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
Instagram: @azianhasan
Facebook: @azianhasan
Blogspot: azianhasan.com/
Resepi
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
5 ulas bawang putih (dicincang(
2 sudu besar cili kering kisar
4 atau 5 ekor udang(optional)
Sedikit isi ayam(optional)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kacang goreng (dikisar hakus)
Stok daging
300g daging(direbus dan airnya dijadikan stok)
1/4 biji kobis bulat(dipotong halus)
1/4 biji kobis panjang (dipotong pendek)
Garam dna gula secukup rasa
Bahan Kisar
1 biji bawang merah besar
Segengam udang kering
Bahan Hiasan
cili muda
cili merah
tauhu (digoreng dan didadukan)
limau nipis
daun bawang