PROTON SAGA FULLY RESTORE OLEH DSR - SAGA HERITAGE LEBIH PADU DARI BIASA .

  Рет қаралды 85,944

Pekin Ibrahim

Pekin Ibrahim

Жыл бұрын

Korang terus subscribe channel DSR di youtube .
Boleh contact DSR juga UTk sebarang pertanyaaan .
DSR-018-C22-Saga
We would like to thank all the media members for their commited work and coverage on the “Saga Heritage” 🥰
Dream Street Restoration
No: 13, Jalan TS 6/4
Taman Industri Subang
47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
M : +6012 771 6167
O : +603 8021 6444
E : sales@dsr-streetperformance.com
#RestorationDiaries #proton #saga #homecoming #fyp #carsofinstagram #carsoftiktok #protonmotorsports #foryoupage #foryourpage #fypppp #carsmodified #malaysia #carslover #streetlegendreborn #DSR
#Roberlo #Roberlovers #Roberlorefinish #RoberloMalaysia #PermanenceSolutions #RoberloFullRangeBodyshop #OfficialPartner #RoberloKL #RoberloAPEC #RoberloAsia #LOKCO #motorsportsplayground #fawster #ssmotorsportsgarage
#WapCar #PaulTanBM #PekinIbrahim
vt.tiktok.com/ZSLh4AgBG/

Пікірлер: 194
@dreamstreetrestoration8197
@dreamstreetrestoration8197 Жыл бұрын
Kami ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Pekin Ibrahim atas kisah “Saga Warisan” yang mengagumkan dan mengusik jiwa kepada semua yang telah mengharungi kisah kaum keluarga masing-masing dengan kemunculannya pertama kali pada 9hb Julai 1985. Kecintaan terhadap sekeping sejarah kereta nasional yang luar biasa ini dinyatakan dengan fasih melalui mesej Pekin dengan tepat, manis dan penuh kasih sayang. Kami di DSR benar-benar terharu dengan ulasan Pekin dan amat berbesar hati untuk bekerjasama dalam projek yang luar biasa ini. Di DSR, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik Saga, yang memberikan kepercayaan penuh kepada kami untuk membina semula kereta ikonik ini dalam tempoh 16 bulan. Sokongan dan kepercayaan beliau yang tidak berbelah bahagi terhadap kebolehan kami amat penting untuk menjayakan projek ini. Patriotisme dan cintanya kepada Saga, simbol negara, sangat mengagumkan dan memberi inspirasi kepada kami. Sebagai seorang individu yang telah berjaya dalam kerjayanya, pemiliknya juga adalah tuan punya kereta-kereta Jerman mewah seperti "Porsche 911 997 Carrera S" dan BMW M340i xDrive M Sport, pemiliknya dengan penuh sukacita menyatakan , "Saga masih kekal sebagai kereta ikonik yang lebih dekat di hati saya." Sentimen indah ini melambangkan cintanya kepada Proton Saga, sebuah kereta yang telah bersamanya sejak muda dan menyimpan banyak kenangan manis, termasuk zaman bercinta dengan isterinya yang kini. Di DSR, kami diinspirasi oleh semangat dan cintanya terhadap Proton Saga, yang telah mendorong kami mengatasi batasan dalam proses restorasinya. Kami juga telah berusaha untuk menggabungkan teknologi baharu ke dalam kereta bersejarah ini, menjadikannya lebih relevan dalam dunia hari ini sambil mengekalkan estetika binaan kilangnya. Ini bukanlah tugas yang mudah, walaupun kekurangan pelbagai bahagian peralatan asal, ia memberikan cabaran yang besar. Walau bagaimanapun, komitmen kami untuk menghormati sejarah warisan kereta ini dan kepercayaan pemilik terhadap kami mendorong kami. Terima kasih sekali lagi kepada semua krew DSR dan rakan teknikal yang terlibat dalam projek ini. Sokongan dan kasih sayang pemilik terhadap Proton Saga Warisan ini bukan sahaja telah menyumbang kepada pemulihan secebis sejarah automotif Malaysia, malah juga membantu kami menerokai sempadan baru, apa jua yang mungkin dalam restorasi kereta nasional. Berikut adalah perjalanan di “memory lane”, menghidupkan semula era kegemilangan Proton Saga, yang kami harungi bersama sambil memperkenalkan teknologi baharu! DSR-018-C22-Saga 💕 STREET LEGENDS REBORN #RestorationDiaries #proton #saga #homecoming #fyp #carsofinstagram #carsoftiktok #protonmotorsports #foryoupage #foryourpage #fypppp #carsmodified #malaysia #carslover #streetlegendreborn #DSR #Roberlo #Roberlovers #Roberlorefinish #RoberloMalaysia #PermanenceSolutions #RoberloFullRangeBodyshop #OfficialPartner #RoberloKL #RoberloAPEC #RoberloAsia #LOKCO #AjnaTech #motorsportsplayground #fawster #ssmotorsportsgarage #PekinIbrahim
@herokox8999
@herokox8999 Жыл бұрын
mantap DSR. Projek DSR memang padu
@tototp801
@tototp801 11 ай бұрын
bos,sy nk restore saga bapa sy mcm ni..berapa kos
@user-ee1hm2wt7b
@user-ee1hm2wt7b 9 ай бұрын
Try restor proton Iswara mesti gempak nii.. Terbaik lah DSR.. Bangga dengan kereta Malaysia
@12alipx
@12alipx Жыл бұрын
Mmg padu... Respect org yg rebuilt kereta saga ni... 🎉
@alsharifbinedi9560
@alsharifbinedi9560 Ай бұрын
Kereta Proton Saga tahun 1985 memang terbaik 🚘🚗🇲🇾👍👍
@syednajibsyedalwi1907
@syednajibsyedalwi1907 Жыл бұрын
Dulu tahun 86 masa tingkatan 2 aku selalu tggu dgn kwn di tepi jln dekat ladang sawit semata2 nk tengok teksi proton saga lalu. Maklumlah, terkejut dengar org ckp ada teksi proton saga..😅
@erwanyusoff
@erwanyusoff Жыл бұрын
First belajar kereta saga…first drive terus terjun Longkang 😂
@gswdeltro9639
@gswdeltro9639 11 ай бұрын
Mak mentua saya ada kete proton saga Orion, haha lg rare
@boyganazpak1055
@boyganazpak1055 Жыл бұрын
saga nie ibarat ex5 dekat dgn rakyat..
@HushaShaini
@HushaShaini 11 ай бұрын
Keta re. Lagu shahdu. Dihalaman rindu mengelamun aku balik zaman 80an weii. Fuhhh nostalgia betul.
@wira2011
@wira2011 Жыл бұрын
Brother Pekin terima kasih buat Video Nostalgia Proton Saga... Saya membesar remaja dengan MODEL INI.. Terlalu banyak KENANGAN DGN PROTON SAGA 1.5 MANUAL Sekarang sebab DSR saya membuat PERANCANGAN UNTUK MENDAPATKAN KEMBALI KERETA TERSEBUT UTK D BUAT RESTORATION. TERIMA KASIH BERKONGSI TENTANG KISAH PROTON SAGA.
@pencintaabadi4264
@pencintaabadi4264 Жыл бұрын
Fuh mmg gila la... Terbaik la
@kyz790
@kyz790 11 ай бұрын
Pernah pakai megavalve suatu ketika dulu...
@GamingZone-dc4uw
@GamingZone-dc4uw 11 ай бұрын
Pergh terbaik
@muhammadfirdausyap3102
@muhammadfirdausyap3102 Жыл бұрын
Memang respect giler..sampaikan stiker yg kecil2 pun dibuat balik.tahap detail dia...👍👍
@thekielly8396
@thekielly8396 11 ай бұрын
Saya ada sebijik dulu beli lepas habis SPM2017 guna sampai 2020 pergi poli bawak awek ronda sana sini tapi terpaksa jual sebab nk pakai duit sebab mak sakit,sekarang dk bodek owner baru tu minta beli balikk sayang mmng sayang tapi terpaksa jual dulu menangis jugaklah nak jual
@fikrizamani
@fikrizamani Жыл бұрын
kos mmg tggi nk buat blik ni
@luqmanSS
@luqmanSS 11 ай бұрын
Lawaa.. Saya pernah sekali naik saga ni, selesa dia masyaAllah.. Dgn sejuk beku econ dia.. Kereta ni nostalgia sungguh
@newmazz
@newmazz 11 ай бұрын
Kereta pertama aku adalah Proton haha manual beb 🤣😅🫡 naik Bukit kalau tak terer mesti melorot ke belakang. 🤪😅
@nazrulal-kuantany4815
@nazrulal-kuantany4815 11 ай бұрын
mantap giler
@fadhlimanaf3328
@fadhlimanaf3328 Жыл бұрын
Nice
@zainoratan1297
@zainoratan1297 11 ай бұрын
Restoration yg sgt baik,bila tengok video mengimbau kenangan dulu sb kereta pertama saya adalah proton saga first model saya beli 2nd pada 1997.Banyak kenangan bersama kereta Proton Saga ni.
@farizaija
@farizaija Жыл бұрын
Saga ni mmg nostalgia bg kami sekeluarga..saga pertama KT5158 n saga kedua KU4200..masa tu proton baru lg..bawa kereta ni mcm bawa Mercedes..lebih lg dr Mercedes kot..mana ada org kerumun kereta Mercedes nk tgk..Org teruja nk tgk emblem proton..
@sempoi117
@sempoi117 Жыл бұрын
Arwah abah siap beli Proton Orion upgrade ke Magma, Upgrade lagi ke Megavalve...Nostalgia Betul
@eksplorasijejakauramistik3709
@eksplorasijejakauramistik3709 Жыл бұрын
Teringat kereta cikgu2 zaman sekolah..
@mazhanann6504
@mazhanann6504 Жыл бұрын
Antara restore yg paling perfect laa...siap advance lagi drpd original...Tahniah dan terbaik DSR
@min82-
@min82- Жыл бұрын
Tbaik pekin . Tahniah abg surya.. Ank Malaysia yg blh buat restorasi yg ikut sprti asal😊
@okisaito6860
@okisaito6860 11 ай бұрын
Trbaik mcm beli baru.. Puashati 😎👍👍
@rizwanyan6816
@rizwanyan6816 Жыл бұрын
padu padu dan padu tersangat2x..cantikk nya xterkata..puas hati betol tgk😊😊
@kesepian_86
@kesepian_86 Жыл бұрын
Biasa selalu review kereta2 modern kali ni layan jugak kereta2 legend memang tiada bandingan nya...legend tetap legend.. terbaik👍😊
@mohdkamalnasir7466
@mohdkamalnasir7466 Жыл бұрын
Terbaik lah pekin
@MaswiraOfficialTv
@MaswiraOfficialTv Жыл бұрын
Arwah datuk ada beli 2nd saga iswara. Masa tu xtrjaga, Bapa saya beli dari datuk sya.. start d situ sya bljar sgala2nya dari krta tu mcm2 pristiwa breakdown bagai😅 tpi apa yg manisnya dpt bantu org bawa ke hospital org nak bsalin😅 sbb kampung time tu ramai tak ada kereta jadi kiranya kami tmpt meminta tlong syukur dpt mmbntu tpi krta tu da xda da. Body patah tukar body, leps tu xthan minyak da start kuat makan maka jual lerai😅😅😅... SAYA PCAYA MANA2 PERNAH RASA KRTA LAMA MESTI LEBIH BERHATI2 DAN PANDAI JAGA KERETA BRU. SEBAB DA TAHU SAKIT2 KERETA NI😅
@untuksemua
@untuksemua Жыл бұрын
Terbaik pekin..klu review2cm ni kan best semua kereta lama..saga iswara ka..baru la ramai view tgk..ni asyik kereta kayagan ja sapa nk tgk..orng dah cerdik skg..sapa pakai kereta kayagan..orng daah boring sngt..sbb tu skg lebih nk naik kan..kerta lama g
@dancerboy7226
@dancerboy7226 Жыл бұрын
Mantap saya baru beli saga magma tapi enjien owner lama dah tukar 4G91 Na....nak cari PART NOS susah nak dapat kalau ada mahal kalau ada duit pun belum tentu barang ORI MDM boleh dapat
@rongXiu
@rongXiu Жыл бұрын
Saga ni walaupun auto 1.5L, Tp dia punye pickup bkn main2, power steering pn bnyk ringan, Yg paling penting, Saga ni mmg mantap tak bnyk masalah masa pkai .... Kenangan............ Teringat saga lama i yg tahun 1992 - 2020.... 😢
@naharahmad7216
@naharahmad7216 11 ай бұрын
ni klu masuk MDM kompom no1.. terbaik..
@izan8126
@izan8126 Жыл бұрын
Ada juga stengah orang mnghina kereta ² lama ni ... diorang cakap besi buruk dah bleh buang...tp jgn lupa...tiada yg lama...tiada yg baru
@rizalrsaga
@rizalrsaga Жыл бұрын
tu irihati.xde sifat syg keluaran negara..
@sasojamalullail
@sasojamalullail Жыл бұрын
Terima kasih Tuan Pekin atas perkongsian bermanfaat. Syabas diucapkan kepada Tuan Surya & seluruh team DSR di atas segala keringat yg anda semua curahkan untuk hasil kerja yg sangat membanggakan. Proton Saga adalah khazanah negara yg takkan luput dek zaman. 1000 penghargaan saya dedikasikan kepada Tun Mahathir Mohamad di atas visinya untuk mewujudkan asas kepada industry automotif negara. Terima kasih….
@MuhammadFaisal-jf7dt
@MuhammadFaisal-jf7dt Жыл бұрын
klw bab restorasi…DSR mmg terbaik ar👍👍👍👍
@idawan09
@idawan09 Жыл бұрын
Kalau tahun 1991 saga mega valve ni 12 injap lagi padu dari magma...bedesup pegi nya..
@MrFaizProject
@MrFaizProject Жыл бұрын
Saya pun membesar dengan saga . Saga 1.5 A ada power window,seat side bolster besar,warna silver . Nostalgia . Saya tahu keta tu kat mana . Ada rezeki saya akan beli semula .
@burhanuddinhelmy4903
@burhanuddinhelmy4903 Жыл бұрын
Restore balik proton saga iswara berapa anggaran??
@zulhelmisujak5272
@zulhelmisujak5272 Жыл бұрын
Wauu...mantap kereta tempatan kita,👍👍👍👍👍
@piahsaga8158
@piahsaga8158 Жыл бұрын
Tabik spring...terbaik pekin dan DSR..sedih rasa..kereta kebanggaan all malaysian...the best restoration..👍👍👍
@maxxbrook1855
@maxxbrook1855 Жыл бұрын
Bro pekin muka terus sedih dengar lagu..teringat kat Arwah mamat khalid dgn cerita ROCK⚡
@hadierich54
@hadierich54 Жыл бұрын
kerumun saga cikgu sampai sekolah SKP dulu... 1986... merah menyala kaler... huhuhu...
@herokox8999
@herokox8999 Жыл бұрын
betul bang meimbau kenangan dengan saga ayah saya, pergi sekolah hantar dgn kereta saga/iswara. yg penting air-cond tiptop
@hizaneenoordin4692
@hizaneenoordin4692 Жыл бұрын
DSR mmg top notch. Thumbs up Suriya and Dharveen.Father and son.
@jibbsmckenze7555
@jibbsmckenze7555 Жыл бұрын
Tangan abg arip yg spray kete ni mmg pehhhhhh
@fauzisanudin5811
@fauzisanudin5811 Жыл бұрын
aku pakai saga 1.5i, pakai lima tahun, jual rm 20k, mmg sedap, beli wira 1.6i pun ok, engine Mitshubishi
@mohdazizimohdyaziz6324
@mohdazizimohdyaziz6324 Жыл бұрын
Tahniah DSR & Pekin.. Terbaik!!! kembalikan moment2 saga.. teringt kereta saga lama aku..😢
@saifulfaizal5386
@saifulfaizal5386 Жыл бұрын
DSR terbaik..tq mngidupkan kmbali nostalgia proton klasik
@dzarrinkhairi4393
@dzarrinkhairi4393 Жыл бұрын
fuhh.. clean woo saga dia
@pdfren5776
@pdfren5776 Жыл бұрын
Alhamdulillah, hadir terus abg pekin. Terima kasih atas perkongsian ini. Mantap dan padu 👍
@faizalburhanuddin905
@faizalburhanuddin905 11 ай бұрын
Ini adalah Proton Saga Mega Valve yang paling segak & kemas pernah saya jumpa, kalau boleh DSR restorelah sekali untuk model Perodua klasik.🤩 Macam Kancil, Kelisa, Kenari, Rusa & Kembara. Teringin sangat nak tengok hasilnya.🥰
@danialhakimin1683
@danialhakimin1683 5 ай бұрын
Dsr bole ja restore tp kna cari duit tu😅
@bedonkampung5611
@bedonkampung5611 Жыл бұрын
Teringat kereta abah kerets saga jbr . Dulu mmg legend. Dgn bunyi deraih dia . Tapi condition truk sikit sbb tak parking bawah bumbung . Last last abah jual je . Untung sapa yg beli tu spt gearbox baru original. Mmg padu
@ceypang665
@ceypang665 Жыл бұрын
"Allahumma Sholli'ala Sayyidinaa Muhammad" "wa' ala aali sayyidina Muhammad"
@mohdghaznighazni5754
@mohdghaznighazni5754 Жыл бұрын
Tahun 1986 mak saya beli proton Saga 1.5 manual colour hijau...bila bawak masuk ke kaw kampung datang budak2 bersorak ' proton Saga ' berkali- kali...teruja bila terkenang zaman itu..
@kongamor6926
@kongamor6926 Жыл бұрын
Terbaikkkk Pekin review kereta lama, sblm nie org slalu review kete2 baru, saga nie mmg legend brg masih ori proton dr segi tulisan seat seat belt
@mohdazizulkasim8722
@mohdazizulkasim8722 Жыл бұрын
Assalamualaikum Pekin.Semoga demo sehat² sokmo.Amin.🤲🤲🤲 Abg Suria DSR'.1 projek Baik pulih proton saga model lama yg Berjaya.Thank u DSR.Semog ia mengimbau kenangan Kereta #1 Malaysia 🇲🇾♥️.Amin.🤲
@shamirzurian5502
@shamirzurian5502 Жыл бұрын
Apa yg di tjuk dlam vedio ni kereta sya pkai skg masih standard..brang2...nya cuma lama masih tak tukar...sma sperti dilam kohten ni ..mga valve tahan _1.5.S..12 V...
@MuhammadFirdaus-gl7to
@MuhammadFirdaus-gl7to Жыл бұрын
Respect DSR👍👍👍
@stk1867
@stk1867 Жыл бұрын
DSR padu💪❤️
@yem9410
@yem9410 Жыл бұрын
Ya Allah... Betul² restore original ni
@jadnarong2216
@jadnarong2216 Жыл бұрын
Respect DSR👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾👍🏾
@insanbiasa7577
@insanbiasa7577 11 ай бұрын
Kalau ada duit teringin jgak nk restore Mcam ni
@apetstudio3321
@apetstudio3321 Жыл бұрын
padulah kereta ni
@zalahmad8659
@zalahmad8659 Жыл бұрын
Cunnnnnn ,mercikkkk,paduuuuu terbaikkk
@imanv16
@imanv16 Жыл бұрын
Mantap pekin Ibrahim
@azymators
@azymators Жыл бұрын
RESPEKKKKK SUSPEKKKK....memang rare habis👍👍👍👍👍
@mrryzal8129
@mrryzal8129 Жыл бұрын
mangkin semangat nk reastore iswara aku lps tgk saga ni...terbaik pekin
@mohdhafizi4425
@mohdhafizi4425 Жыл бұрын
Terbaik abg pekin, tahniah abg surya. Hasil tangan yang sangat teliti, terima kasih atas perkongsian ini. Mantap 👍
@kamarulshaffri8585
@kamarulshaffri8585 Жыл бұрын
Mantap.. Setiap part yg dtunjuk boleh buat aku tersenyum walaupn bkn kereta aku.. Tq abg pekin review keter ni..
@apehwaja
@apehwaja Жыл бұрын
Semoga maju jaya dsr..ada rzeki lbih nak hntar waja saya
@rydzsuyoi654
@rydzsuyoi654 Жыл бұрын
Alhamdulillah🎉
@syeranmukhtar8022
@syeranmukhtar8022 Жыл бұрын
Betol2 padu owner
@G2MADNIKO
@G2MADNIKO Жыл бұрын
😮😮 boleh Bluetooth ooo naik bulu roma
@bjfeerus
@bjfeerus Жыл бұрын
👍🏻👍🏻👍🏻 Alhamdulillah ....
@jerrysmith3970
@jerrysmith3970 5 ай бұрын
perghhhhh......mantap saga permata kebangsaan malaysia.....aku masih ada saga aerobak masih hidup g!!!
@ManaTonga2531
@ManaTonga2531 11 ай бұрын
bang seeloknya hantar muzium lagi baik untuk generasi mendatang boleh melihat the first Saga punya model sebab nanti kalau dah pupus lagi susah.
@kasrulzulhusnie5022
@kasrulzulhusnie5022 Жыл бұрын
Muzik background ganggu sikit nak dengar abg surya bercerita..
@dineadin3276
@dineadin3276 14 күн бұрын
Terbaik la👍👍👍
@faizaldaud3982
@faizaldaud3982 Жыл бұрын
Terbaik....
@amenstance4528
@amenstance4528 Жыл бұрын
Terbaik SAGA❤️❤️support bang Pekin.
@peaceiyadnan366
@peaceiyadnan366 7 ай бұрын
Bangga dgn tun mahatir,dpt jgk org ssh pakai kete,anta ank ke sekolah..bwk family g jln2...t.kasih tun m
@azharzahar3985
@azharzahar3985 9 ай бұрын
pehhh padu projek restore dari abg suria DSR utk kereta2 lama proton dari saga ke putra dn lain2.....mana nk npk kereta full restore ketika ini npk x mpk pon time autoshow.....
@rizalrsaga
@rizalrsaga Жыл бұрын
saga rakyat
@madiealias656
@madiealias656 Жыл бұрын
Alhamdulillah syukur..Terbaikk bro Surya👍
@shamirzurian5502
@shamirzurian5502 Жыл бұрын
Slam boh model mcm sya thun 1991..plate TN.... wrna 2K kelabu startand je...cun tu...higga kini
@woyneshoh5893
@woyneshoh5893 Жыл бұрын
PADUU. MENGGAMIT MEMORI
@devangunaseelan
@devangunaseelan Жыл бұрын
Amazing restoration by DSR! Not easy to restore a Saga!
@AhmadIkramBinAhmadHisham
@AhmadIkramBinAhmadHisham 8 ай бұрын
Tahniah tahniah
@JiggeeAsia
@JiggeeAsia Жыл бұрын
Mantapppppppp! What a rebuild guys! Mega win!!!!
@rizalrsaga
@rizalrsaga Жыл бұрын
ditunggu2 episod restored saga dri DSR..padu.
@dapurofficer7934
@dapurofficer7934 Жыл бұрын
Proton Saga punya ikonik... Masa persekolahan pun boleh terganggu... masa sorg PK Sekolah Rendah kmj bwa blik Proton Saga yg baru dibeli kesekolah... habis terganggu sesi persekolahan hari tu... hanya kerana ada sorg Chegu yg tak boleh kawal perasan bila pertama kali nmpk Proton Saga di kawasan sekolah menjerit "...Chegu Berahim bwa Proton Saga!!!" satu sekolah berlari keluar nk tgk Proton Saga... mmg ikonik...
@apisazmi3230
@apisazmi3230 Жыл бұрын
Satisfy teruk tengok. ❤️❤️❤️
@delishamikayla3325
@delishamikayla3325 Жыл бұрын
Ingat Rolls Royce je ke ada payung ini Proton juga ada lagi lama 😂
@matazip3234
@matazip3234 Жыл бұрын
Memang puas hati
@raa8700
@raa8700 Жыл бұрын
Padu ...saya salah seorng pemilik saga ni ..repect your geng dsr dan pekin.....review.....
@itisyouthatiadore
@itisyouthatiadore Жыл бұрын
World class restoration
@abgisma.j6762
@abgisma.j6762 Жыл бұрын
Padu mantap terbaik,,tak boleh nak ckp apa dah
@diyanadiah
@diyanadiah 4 ай бұрын
Kereta rare.,memg padu arr pekin.
PEMINAT PROTON KENA TENGOK NI - DSR MEMANG SENTIASA PADU !
15:17
Pekin Ibrahim
Рет қаралды 20 М.
когда повзрослела // EVA mash
00:40
EVA mash
Рет қаралды 3,2 МЛН
My little bro is funny😁  @artur-boy
00:18
Andrey Grechka
Рет қаралды 11 МЛН
КАРМАНЧИК 2 СЕЗОН 7 СЕРИЯ ФИНАЛ
21:37
Inter Production
Рет қаралды 423 М.
Saga Knight Penuh Jajan Eontech
9:32
Sagapekak
Рет қаралды 106 М.
HOW MUCH BRO! PROTO SAGA MIRA!
21:26
SR SUPER ROCKET
Рет қаралды 97 М.
mmc garage
9:57
mmcgarage
Рет қаралды 4,6 М.
PERBEZAAN PROTON SAGA PREMIUM S, SAGA PREMIUM DAN SAGA STANDARD AUTO
12:54
SYED PROTON SEDUNIA
Рет қаралды 51 М.
PROTON SATRIA GTI DSR - BUKAN BIASA BIASA & SEMAKIN BERBISA .
14:40
Pekin Ibrahim
Рет қаралды 63 М.
РОССИЯДА МУСОФИР АВАРИЯ БУЛДИ
0:17
Yakka Tv
Рет қаралды 3,3 МЛН
Lastiği arabaya koyamadı
0:30
Ömerinko
Рет қаралды 4,2 МЛН
TURBO Snail Race | Car edition
1:00
Delikwenth
Рет қаралды 2,7 МЛН