Рет қаралды 47,252
Uniknya aktiviti mencari remis di sepanjang pantai dengan menggunakan pengais dan penapis tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak, malah hasil yang diperoleh juga 10 kali ganda lebih berbanding menggunakan teknik tradisional.
Penggunaan pengais itu memberi kemudahan kepada penduduk untuk lebih mudah mencari remis malah menjimatkan tenaga.
Walaupun kecil, isinya manis serta boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, masak lemak dan tumis berlada.
Remis perlu dicuci dengan bersih dan seelok-eloknya direndam semalaman untuk membuang pasir sebelum dimasak.