Рет қаралды 58,366
Resepi Sardin roll yang sedap dimakan pelbagai lapisan umur mahupun kanak-kanak.Sardin roll ini juga sesuai dimakan pada waktu petang dan dibuat sebagai kudapan seisi keluarga.
Bahan-bahan inti
7 biji ubi kentang (potong dadu)
4 biji bawang merah besar (potong dadu)
1 tin ikan sardin (buang tulang dan hancurkan)
8 sb sos cili
4 sb gula
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara penyediaannya
1- Panaskan kuali, masukkan ubi kentang, bawang merah dan air pasar ubi kentang.
2- Masak sehingga air mendidih dan kering. Tutupkan kuali supaya ubi kentang cepat empuk.
3- Bila air sudah kering bolehlah masukkan isi ikan sardin yang telah dihancurkan tadi.
4- masukkan juga kesemua bahan lain seperti sos cili, gula, garam dan Ajinomoto secukup rasa.
5- Kemudian masak inti sehingga kering. Pastikan api sederhana kecil dan kerap kacau untuk mengelakkan inti menjadi hangus.
6- Bila dah kering dah siaplah inti Sardin Roll kita.
Bahan-bahan kulit Sardin Roll
3 cawan tepung gandum.
1 sk garam
1/2 cawan minyak masak.
150ml air.
Cara-cara penyediaannya
1- tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Gaul sebati.
2- Masukkan pula minyak masak dan gual sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3- Kemudian masukkan air, gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.
4- Bulatkan doh lebih kurang sebesar bola pingpong.
5- Kemudian rehatkan doh selama 10 minit.
6- Selepas rehatkan doh 10 minit, bolehlah mula proses mencanak doh untuk jadikan Roll.
7- Mula-mula canaikan doh sehingga menjadi nipis dan lorekkan pada hujung bahagian atas.
8- letakkan inti pada hujung bahagian bawah dan gulungkan doh. Pastikan bahagian kiri dan kanan doh ditutup rapat supaya inti tidak mudah terkeluar semasa menggoreng nanti.
9- Ulang step 7 dan 8 sehingga habis. Bila dah siap prose menggulung, bolehlah panaskan kuali untuk proses menggoreng (pastikan minyak betul-betul panas).
10- Bila dah siap goreng, bolehlah di hidang. Ianya sangat sesuai dibuat untuk juadah minum petang dan sarapan pagi seisi keluarga.
SELAMAT MENCUBA...JANGAN LUPA SUBCRIBE,LIKE AND SHARE