Рет қаралды 89,125
Siri Mat Salleh Cari Makan kini kembali dengan makanan-makanan tradisional dan unik di Kelantan. Jelajah Mat Salleh Cari Makan Kelatan kali ini bermula di sebuah kampung yang cukup terkenal dengan perusahaan Serunding. Rhys kini berada Kampung Laut, Tumpat dan berjumpa dengan Abg Fahmi untuk belajar lebih mengenai proses pembuatan Serunding.
Serunding dibuat dengan menggunakan daging lembu atau ayam dan gabungan rempah ratus yang dimasak sehingga kering. Proses membuat serunding mengambil masa yang lama dan memerlukan teknik kemahiran teknik yang khusus. Boleh bertahan sehingga 8 bulan jika dimasak dengan betul. Terdapat pelbagai jenis serunding seperti serunding ayam, daging dan ikan.
Pada bulan puasa dan hari raya, serunding menjadi salah satu makanan yang popular dan senang dijumpa. Menu serunding ini boleh dijadikan sebagai makanan tambahan dan boleh dimakan bersama nasi, pulut, lemang, roti dan sebagainya. Ia akan melengkapkan rasa untuk masakan tersebut.
📍Lokasi » Fahmi Serunding Enterprise
Hulu Pasar Kampung Laut 1, 16040 Tumpat Kelantan
goo.gl/maps/VEKsJDM85VuqbBjb8
☎ 09-7257015
Order di whatsapp » 017-9323055
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam
🏨 Booking Hotel Perdana Kota Bharu
www.hotelperdanakotabharu.com
Jangan lupa untuk buat tempahan bilik anda sekarang!
Dapatkan Official Merchandise Destinasi TV » kuehdtv.wasap.my/
- - - - - - - - - - - - - - - -
🎥TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » bit.ly/2mUNck4
👕BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » bit.ly/2Y6xHab
💗SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » / destinasitv
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » / destinasitv
RHYS WILLIAM » / si_rhys
- - - - - - - - - - - - - - - - -
🎬KREDIT:
PRODUCER & DIRECTOR » AHMAD ZAMRI
( / ahmadzamri )
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN ( / alfaezy )
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel KZfaq di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di KZfaq adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist KZfaq Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.