SUP KAMBING MAMAK Yang Sedap, Pekat, Melekat ... Paling Power Kat Malaysia 🤤 [ENG sub]

  Рет қаралды 8,523

Cheq Na

Cheq Na

2 жыл бұрын

SUP KAMBING MAMAK
===================
.
Sempena hari pertama bulan Ramadhan 1443 nie, Cheq Na nak share resepi yang mudah-mudah saja, al-maklumlah puasa ... resepi yang baling-baling, SIAPPP !!!
.
Resepi kali ni MUDAH sangat, cuma memakan MASA yang lama untuk memasaknya. Kalau nak masak apa-apa sup pun, masa menjadi masalah pertama sebab nak kena 'allocate' masa untuk mereneh yang memakan masa selama 2 jam.
.
SUP KAMBING MAMAK ni adalah menu sinonim yang ada di kedai-kedai mamak. Rasanya yang 'complete' iaitu sedap, pedas, masin, berempah dan lemak menjadi tandatanya bagaimana sup kambing mamak dihasilkan.
.
Nak tengok macammana cara nak buat SUP KAMBING MAMAK, kenalah tengok video ni sampai habis. Sebelum nak tengok tu, jom kita sediakan bahan-bahan dia
.
.
BAHAN-BAHAN UTAMA
a) 800 gram daging kambing
b) 2 batang celery
c) 1 batang lobak merah
d) 1 biji tomato
e) 5 biji cili padi
f) 1 biji bawang Holland
g) 4 ulas bawang putih
h) Halia bersaiz 2 ibu jari
i) 1/2 camca kecil serbuk jintan putih
j) 1/2 camca kecil Garam Masala
k) 1/2 camca kecil serbuk jintam manis
l) 1/2 camca kecil serbuk ketumbar
m) 1/2 camca kecil serbuk kunyit
n) 1 camca besar serbuk sup
o) 1 camca besar serbuk kurma
p) 1 camca kecil lada hitam
q) 1 camca kecil garam
r) Rempah 4 sekawan + daun bay
s) Akar daun ketumbar
.
BAHAN-BAHAN UNTUK HIASAN
a) Daun bawang
b) Batang celery
c) Daun ketumbar
d) Tomato ceri
e) Bawang goreng
f) Limau nipis
.
.
Since kita dah tahu bahan-bahannya, JOM kita tengok video ini macammana nak masak SUP KAMBING MAMAK. Kalau Cheq Na tulis cara-cara memasaknya, macam susah pulak rasanya. Zaman la ni, lagi senang tengok video, tak payah nak 'imagine' dalam minda dah. Semua dah terpampang di 'screen'. Jadi, Cheq Na minta uols semua tengoklah video ini sampai habis dan jangan SKIP. Kalau uols skip video ini, ILMU yang Cheq Na nak 'SHARE' tu tak sampai dan resepi jadi tak sedap 🤭😝.
.
Kalau uols semua sukakan video ni, sila tekan LIKE dan kalau uols tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE. Nanti uols akan dapat 'notification' dari Cheq Na BILA dan MASA Cheq Na nak upload new videos dalam ruangan COMMUNITY di KZfaq.
.
Oh ya, terlupa Cheq Na bab-bab nie. Sejak 2022 ni, Cheq Na juga ada di media sosial yang famous ini. Kita kena follow trending, orang ada di FB, Cheq Na pun ada di FB. Orang dah lama dok di Insta, Cheq Na baru nak masuk Insta. La ni dengar cerita orang dah move on dekat Tik Tok. Cheq Na pun ada video di Tik Tok. Untuk masuk ke media sosial FB, Insta dan Tik Tok, Cheq Na terpaksa mengubah 'video orientation' menjadi portrait. Jadi, kalau uols sukakan 'portrait orientation' ... JOM follow Cheq Na dekat situ.
.
.
FACEBOOK: / cheqnastyle
INSTAGRAM: / cheqnastyle
TIK TOK: / cheqnastyle
.
.
Ok, itu saja buat kali ni. Luangkanlah masa tengok video ni dan jumpa di video yang seterusnya.
.
Terima kasih kerana menonton video Cheq Na hang! 🥰😘
.
.
#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi​​
#cheqnarecipe
#cheqnakatasedapsedaplah​​​​​
#malaysia
#indianfood
#penang
#malaysiatiktok
#malay
#kedah
#makan
#malaysianfood
#kl
#mamak
#viraltiktok
#malaysian

Пікірлер: 22
@annamariana8140
@annamariana8140 2 жыл бұрын
Suka cara penyampaian cheq Na, smooth, santai sempoii ... Terus auto sub😻😻
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Terima kasih kerana suka dengan channel Cheq Na dan terima kasih kerana 'SUBSCRIBE' channel Cheq Na 😍
@MsLinda201
@MsLinda201 2 жыл бұрын
Uiiii mak aii.. Padu bak hang cheqna oiiii.. Terliuq menjejes kami nengok 😁😁.. Bole try ni utk buka posa nanti.. Tenkiuu cheqnaaaaaaa
@CheqNa
@CheqNa 2 жыл бұрын
Owwhh ... dashat tu sampai menjejes. Kena try buat sup ni buka posa nanti. Welcome 👍
@asmahrohani3341
@asmahrohani3341 2 жыл бұрын
Cheq na best la masakkan nya antara yg ter sedap 😋
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Terima kasih di atas puji-pujiannya 👍 dan terima kasih kerana menonton video Cheq Na 👍
@sofiansulaiman4308
@sofiansulaiman4308 2 жыл бұрын
Assala-mualaikum warohmatullah hiwabarokatuh Cheq Na Alhamdulillah syukran Td petang sy buat mcm yg Cheq Na bg resepi(sayang x ada dlm descriptions) Sy cilok skit. Sy camporq 1kg daging kambing + 1kg daging tetel. Mmg 👍 Betoi2 Sup Mamak. Semoga Cheq Na diberi bnyk kebaikan dan pahala. Wsalam
@CheqNa
@CheqNa 2 жыл бұрын
Wa'alaikummussalam wbt MashaAllah Alhamdulillah 🤲 Terima kasih di atas doanya Ameen Ameen Ya Robbal A'alamin 🤲
@zaharahmurad3598
@zaharahmurad3598 2 жыл бұрын
Nanti nak buat..🤣🤣 rumah dekat dengan ladang ternakkan Kambing nanti nak pi beli 1 kg Rm60.00 kambing Segar ( 6 ke 7 ketul 1 kg).Buat buka puasa hari pertama 🤣🤣
@CheqNa
@CheqNa 2 жыл бұрын
Haaa ... elok elok. Mudah sangat resepi ni. Selamat berbuka puasa sis 😍
@bobomr8491
@bobomr8491 Жыл бұрын
👍👍👍
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
👍🏻👍🏻👍🏻
@matasim1357
@matasim1357 Жыл бұрын
Salam pn mkjun ada juai x
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Salam ... Cheq Na share macammana nak buat makjun, tak jual pun
@nazminazmi7622
@nazminazmi7622 2 жыл бұрын
Tooo diaaa noooooh
@CheqNa
@CheqNa 2 жыл бұрын
😅👍
@tengkufizz3120
@tengkufizz3120 2 жыл бұрын
Kami tunggu kari kambin plak Cheq Na!!
@CheqNa
@CheqNa 2 жыл бұрын
Boleh boleh ... In Sha Allah, Cheq Na simpan dulu dalam waiting list 👍
@tengkufizz3120
@tengkufizz3120 2 жыл бұрын
@@CheqNa habuan menu ghaya Cheq Na oii..tqsm naaa
@CheqNa
@CheqNa 2 жыл бұрын
@@tengkufizz3120 Sama-sama dan terima kasih kerana menonton video Cheq Na 👍
@WANInini47
@WANInini47 2 жыл бұрын
😍😍😍 sedapnya nk Kene buat ni...isi kambing tu basuh dngn perahan limau tak Atau bersih dengan air sahaja ?
@CheqNa
@CheqNa 2 жыл бұрын
Isi kambing tu Cheq Na basuh dengan perahan limau campur dengan tepung gandum
Playing hide and seek with my dog 🐶
00:25
Zach King
Рет қаралды 33 МЛН
Secret Experiment Toothpaste Pt.4 😱 #shorts
00:35
Mr DegrEE
Рет қаралды 10 МЛН
Red❤️+Green💚=
00:38
ISSEI / いっせい
Рет қаралды 81 МЛН
When Brother Refuses to Listen #shorts #funny #fypシ゚viral
0:19
Javi’s Family Adventures
Рет қаралды 22 МЛН
宠爱天使的小丑。#天使 #小丑 #超人不会飞
0:20
超人不会飞
Рет қаралды 12 МЛН
Gym belt !! 😂😂  @kauermtt
0:10
Tibo InShape
Рет қаралды 16 МЛН
Nhảy bất chấp/kỳ kỳ tv & Family #shorts
0:16
Kỳ kỳ tv & Family
Рет қаралды 18 МЛН
Reuse3♻️
0:25
Yoshipapa / よしパパ
Рет қаралды 10 МЛН