No video

TASIK SEMULAJADI TERBESAR DI MALAYSIA PERLUKAN PERHATIAN...

  Рет қаралды 399

SURR TV

SURR TV

Күн бұрын

BERA: Usaha membangunkan semula Kompleks Pelancongan Tasik Bera di sini termasuk usaha melindungi, memulihara ekosistem dan mengembalikan ‘aura’ tasik air tawar semula jadi terbesar negara tersebut perlu diserahkan kepada syarikat yang benar-benar berkemampuan dan mempunyai perancangan yang jelas.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Bera, Khairol Amin Mohd. Tahir berkata, ini kerana syarikat yang diberikan tanggungjawab memajukan Tasik Bera sebelum ini gagal melaksanakan tugasnya.
Katanya, impak kegagalan syarikat itu memberikan kesan buruk kepada imej Tasik Bera sebagai salah satu destinasi ekopelancongan istimewa flora dan fauna ternama negara.
“Sejak beberapa tahun lalu, Tasik Bera yang merupakan tasik semula jadi di kawasan Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) seolah-olah tiada dalam radar pelancongan negara.
“Oleh itu, Tourism Pahang yang memperlawa syarikat baharu perlu mengambil kira kemampuan dan keikhlasan pemaju untuk mengembalikan tarikan Tasik Bera,” katanya di sini semalam.
Mengulas lanjut, Khairol Amin berkata, sebagai anak jati Bera, beliau terkilan dengan ketidakmampuan pihak berkenaan memajukan Tasik Bera sebagai produk pelancongan berasaskan alam semula jadi.
Beliau berkata, jika dieksploitasi sepenuhnya keindahan semula jadi Tasik Bera bersama kehidupan masyarakat Orang Asli etnik Semelai di situ, ia mampu memberi impak ekonomi kepada kehidupan penduduk setempat.
Tambah beliau, Tourism Pahang difahamkan sedang memilih syarikat baharu untuk membangunkan Kompleks Pelancongan Tasik Bera.
“Persatuan bersedia bekerjasama dengan syarikat baharu demi kemajuan pelancongan Bera dan negeri Pahang.
“Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Bera akan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man bagi membincangkan isu ini,” katanya.
Menurutnya, diharap Yu Man yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang selaku wakil rakyat dalam Parlimen Bera dapat berperanan bagi meletakkan Tasik Bera sebagai lokasi tarikan pelancongan negara.
Ini kerana ujarnya, Tasik Bera yang terletak di sempadan Daerah Rompin melalui Bandar Muadzam Shah mudah dikunjungi pelancong sekiranya rangkaian jalan raya dinaik taraf dan Tasik Bera mempunyai ‘aura’ untuk dikunjungi. Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 450 hektar kawasan tasik itu diceroboh sejak dua tahun lalu mengakibatkan pelbagai jenis pokok balak terutama spesies merawan jantan ditebang, sekali menjejaskan ekosistem kawasan itu. -UTUSAN

Пікірлер: 17
@irfanrudin2525
@irfanrudin2525 Жыл бұрын
Terbaik
@mnsukor
@mnsukor Жыл бұрын
Terima kasih 🙏
@SukaHatiTvKu
@SukaHatiTvKu Жыл бұрын
Perkongsian video yang sangat bagus sekali Bang 👍
@mnsukor
@mnsukor Жыл бұрын
Terima kasih ✌️
@wsiblingchannel68
@wsiblingchannel68 Жыл бұрын
Moga tasik bera menjadi tempat tarikan pengunjung serata dunia.
@mnsukor
@mnsukor Жыл бұрын
Insya-Allah
@yah65
@yah65 Жыл бұрын
Selamat malam, salam persahabatan dari Selangor...pernah pergi 2 kali pergi Pahang, tetapi tak pernah pergi kat tasik ini..
@mnsukor
@mnsukor Жыл бұрын
Selamat malam. .boleh singgah kalau ke Bera
@yah65
@yah65 Жыл бұрын
@@mnsukor in Shaa Allah
@hairivoe
@hairivoe Жыл бұрын
Indah dan tenang ✌🏼
@mnsukor
@mnsukor Жыл бұрын
✌️
@exploremalaysia
@exploremalaysia Жыл бұрын
Saya belum sampai ke Bera. Tanjung Piai sudah pergi. RAMSAR ya! Wetland!
@mnsukor
@mnsukor Жыл бұрын
😄
@norazmanwahab3559
@norazmanwahab3559 Жыл бұрын
Susah nak pelihara ada penyanggak yang jarah keasliannya! Pergilah ke Tasik Chini dan lihatlah habis semua lingkup oleh tangan pendosa!
@mnsukor
@mnsukor Жыл бұрын
Betul tu
@RuleRules-bc5bj
@RuleRules-bc5bj Жыл бұрын
Nasib baik btul yg versi kau buat lain tu x berapa nk percayalah Sebb ada versi lain²
@mnsukor
@mnsukor Жыл бұрын
✌️
黑天使遇到什么了?#short #angel #clown
00:34
Super Beauty team
Рет қаралды 48 МЛН
Пройди игру и получи 5 чупа-чупсов (2024)
00:49
Екатерина Ковалева
Рет қаралды 4,3 МЛН
Magic trick 🪄😁
00:13
Andrey Grechka
Рет қаралды 56 МЛН
KISAH LAGENDA DAN MISTERI TASIK CHINI
8:47
Neyna Story
Рет қаралды 54 М.
RARE TV Bertamu Di Istana
27:09
RARE TV
Рет қаралды 79 М.
9 Projek Mega Paling Gila di MALAYSIA tetapi Gagal Dibina
19:53
Skyscrapers MY
Рет қаралды 1,4 МЛН
Dahulunya Banyak Kerajaan Agung Di Nusantara
29:08
APHD Channel
Рет қаралды 195 М.
The Crazy Engineering of Venice
9:28
Primal Space
Рет қаралды 3,5 МЛН
Hampir mati di Gunung Tercantik di DUNIA! - Fairy Meadows, Pakistan
1:00:50
10 CIPTAAN TOKOH ISLAM YANG MEMUKAU DUNIA
12:38
Faktaw Channel
Рет қаралды 573 М.