Рет қаралды 168,066
-Admin-
Adakah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus ( Original ) أطال الله عمره mengkafirkan orang yang beri’tiqad Allah Istiwa (Tertinggi) diatas Arasy ?
Jawapan :
Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus tidak mengkafirkan orang yang i’tiqad Allah Istiwa (Tertinggi) atas Arasy . Jelas didalam Video beliau , Beliau mengatakan Jadi Kafir orang yang i’tiqad Allah bertempat diatas Arasy .
Salafussoleh beri’tiqad Allah itu Istiwa (Tertinggi) diatas Arasy sebagai tertinggi yang layak dengan kebesarannya daripada ketiadaan duduk & menetap diatas Arasy - Boleh rujuk Kitab Al-Ibanah Fi Usuliddiyyanah Karangan Al-Imam Abul Hasan Al-‘Asya’ari رضى الله تعالى عنه .
Jadi Istiwa (Tertinggi) Allah itu ialah Satu Sifat bagi Allah yakni Sifat ‘Uluw Ma’nawi.
Adapun Mujassimah , mereka i’tiqad istiwa itu ialah duduk menetap diatas arasy . Maka telah menghikayat oleh Qadhi Husein (Mazhab Syafie) bahawa Imam Syafie رضي الله تعالى عنه telah mengkafirkan barangsiapa yang mengi’tiqadkan bahawa Allah Ta’ala itu duduk dan bertempat diatas Arasy . Berkata Imam Syafie رضي الله تعالى عنه:-
من قال او اعتقد ان الله جالس على العرش فهو كافر
“Sesiapa berkata atau beritiqad Allah duduk atas Arasy maka dia menjadi kafir” (Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Muhtadi, ms.551)
Imam Syafi’i sebagaimana diriwayatkan oleh Qadhi Husain menjelaskan bahawa di antara yang dianggap kafir adalah sebagai berikut :-
ومن كفرناه من أهل القبلة
كالقائلين بخلق القرآن، وبأنه لا يعلم المعدومات قبل وجودها، ومن لا يؤمن بالقدر، وكذا من يعتقد أن الله جالس على العرش؛ كما حكاه القاضي الحسين هنا عن نص الشافعي.
“Orang yang kami kafirkan dari kalangan orang yang solat ialah :- mereka yang berkata bahawa Al-Qur’an (Sifat Kalam Nafsi) adalah makhluk, bahawa Allah tak mengetahui sesuatu sebelum terjadinya, juga orang yang tak percaya takdir, demikian juga orang yang mengatakan bahawa Allah duduk di atas Arasy. Seperti diriwayatkan oleh Qadhi Husain dari penjelasan nash Imam Syafi’i.” (Ibnu ar-Rif’ah, Kifâyat al-Nabîh fî Syarh at-Tanbîh, juz IV, halaman 23).
والله أعلم وعلمه أتم
والله الموفق إلى أقوم الطريق
Katabahu Al-Faqiruilallahi Ta’ala Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin
Mudir Raudhoh Sufiyyah Sunniyyah Salafiyyah - Pondok Rumi Sufi Jawi & Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pondok Rumi Sufi Jawi
__________________________________________________
Untuk mendapatkan segala info ilmiah,video pengajian & Jadual pengajian Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Jom subscrib Chenal Telegram Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin , Tekan link ini :- t.me/PUFaiz
Untuk berwakaf Pembinaan Masjid & Asrama Pondok Rumi Sufi Jawi boleh disalurkan melalui
Bank : Maybank
Nama : Rumi Sufi Jawi
No Akaun : 5627 5967 9409
759094547543...
Tonton, Like , Komen & Share !