Burger Malaysia Kayangan

  Рет қаралды 498,890

Che Nom

Che Nom

3 жыл бұрын

Kali ni Che Nom nak kongsikan resepi Burger Malaysia atau ada yang panggil Pau sambal. Burger Malaysia ni ialah doh roti yang digoreng, kemudian diisi dengan inti sambal bilis, dan hirisan timun. Kalau nak meriah lagi boleh tambah dengan sayur salad. Untuk doh roti Che Nom ambil resepi dari perkongsian Facebook Azlina Ina, dan beliau memang bermurah hati berkongsi resepi yang dibuat berniaga.
Resepi asal dalam sukatan gram, dan Che
nom share juga sukatan sudu dan cawan metrik untuk mudahkan sesiapa yang nak mencuba.
Untuk sambal bilis pula, resepi yang dikongsi adalah yang biasa Che Nom masak kat rumah dan memang sesuai sangat untuk dipadankan kan dengan pau atau roti goreng.
Hasil roti dalam video ni sangatlah lembut dan gebu, bila kita makan dengan sambal bilis yang pekat dan pedas, serta sayuran tu, sangatlah sedap. Sesiapa yg nak buat berniaga pun sesuai sangat ni.
Berat setiap doh ialah 35g
Anggaran hasil 50-55 biji
//Bahasa Melayu
------------------------------
Bahan-bahan untuk sambal bilis:
3 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
½ cawan ikan bilis
20-25 tangkai cili kering
Sedikit air
Minyak masak
Anggaran 300g ikan bilis
1 biji hirisan bawang besar
1 sudu besar sos tiram
Gula melaka
2-3 sudu besar air asam jawa
Sedikit gula putih (pilihan)
Garam secukup rasa
½ biji hirisan bawang holland
Bahan-bahan untuk doh roti:
1kg tepung roti atau hi-protein
3g / ½ sudu kecil garam halus
10g / 1 sudu besar yis kering
5g / 2 sudu kecil bread improver
110g / ½ cawan gula kastor
40g / 5 sudu besar susu tepung
1 biji telur zaiz B
550ml air sejuk
100g / 7 sudu besar marjerin
Bahan untuk hiasan:
1 batang timun
Daun salad
//English
-------------------------------
Ingredients for sambal bilis:
3 shallots
4 cloves garlic
2 red onions
½ cup of anchovies
20-25 stalks of dried chillies
A little water
Cooking oil
Approximately 300g anchovies
1 red onion, slice
1 tablespoon oyster sauce
Palm sugar
2-3 tablespoons of tamarind water
Some white sugar (optional)
Salt to taste
½ yellow ​​onion, sliced
Ingredients for bread dough:
1kg of bread flour or hi-protein
3g / ½ teaspoon of fine salt
10g / 1 tablespoon dry yeast
5g / 2 TEASPOON bread improver (**please ignore tablespoon measurement in the video)
110g / ½ cup castor sugar
40g / 5 tablespoons milk powder
1 egg size B
550ml cold water
100g / 7 tablespoons margarine
Materials for decoration:
1 cucumber
Salad leaves
Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #burgermalaysia

Пікірлер: 560
@KumaarFamily
@KumaarFamily 3 жыл бұрын
Reminds me of my childhood. We had this at kantin sekolah menengah masa rehat 🤤
@aizatsukor3359
@aizatsukor3359 3 жыл бұрын
You should make it for your next vid, malaysian snacks/childhood snacks
@CheNom
@CheNom 3 жыл бұрын
Nostalgia sangat kan...But not easy to get nowadays 😃
@kei_____
@kei_____ 3 жыл бұрын
Even during your generation?? Cooooool.
@TheSinclair8888
@TheSinclair8888 3 жыл бұрын
Wf ci Cimb bdmcmmc m red dwtzam m 🦀🐙✋🏻👈🏻👊🏻👈🏻👈🏻🐒🐨🐒🐨🐒🐯🐻‍❄️ cmxmxmxmxmxcdnnnmnvvkkm
@agnestan061
@agnestan061 3 жыл бұрын
I miss this school snack too, I called it mini burger sambal
@umarulnizam2362
@umarulnizam2362 3 жыл бұрын
paling suka lihat channel ini, salam dri Melayu kepulauan Riau
@fahmiroslan125
@fahmiroslan125 3 жыл бұрын
Di kepulauan Riau, ada kuih ni tak Tuan?
@umarulnizam2362
@umarulnizam2362 3 жыл бұрын
@@fahmiroslan125 burger biase yg Ade tuan..
@Mnhr-fg5tj
@Mnhr-fg5tj 2 жыл бұрын
Satu perkara yang Ciknom ini luar biasa ialah beliau tak sorok ilmu atau rashia dlm masakan. Highly respected and appreciated. Thank you.
@secretsoul6882
@secretsoul6882 3 жыл бұрын
Selalu hormat dgn che nom sbb dia bgtau resepi asalnya... Kepada org yg share resipi dan che nom, moga Allah berikan rezeki yg luas kerana perkongsian ni mungkin membuka ruang rezeki org lain melalui berniaga, amin.
@TRedDot
@TRedDot 3 жыл бұрын
Aamiin
@DapurBiru
@DapurBiru 3 жыл бұрын
Dulu waktu rehat atau habis sekolah selalu beli Burger Malaysia ni. Sedap! 😍
@CheNom
@CheNom 3 жыл бұрын
😆👍❤️
@DapurBiru
@DapurBiru 3 жыл бұрын
@@CheNom ❤️
@thirukumaran7057
@thirukumaran7057 3 жыл бұрын
Haha 10sen je masa tu
@suistaliaishak7088
@suistaliaishak7088 3 жыл бұрын
Sy pun...😋😋
@cristelynchristy1913
@cristelynchristy1913 3 жыл бұрын
Yes, those where the days .
@ainiaini6614
@ainiaini6614 3 жыл бұрын
tq che nom,sy sekarang dah lulus cemerlang buat donut hasil resepi che nom😉mudah,sedap dan menjadi...lps ni nk cuba buat berger malaysia pula
@dyasyazzy
@dyasyazzy 3 жыл бұрын
Aaaa memori sangat kuih ni😭 Kelas sebelah kantin, selalu nengok acik kantin buat beger malaysia ni. Sedapnyaaaa🤤
@fatimahabdullah8359
@fatimahabdullah8359 3 жыл бұрын
Burger malaysia ni kalau luar rangup dlm lembut...smbal plk sedap...mmg mantap laa
@farahibrahim2853
@farahibrahim2853 3 жыл бұрын
Teringat arwah mak sy jual kuih dulu..salah 1 kuih dia pau sambal nilah tp texture roti dia mcm stuffed donut bkn texture pau cuma inti tu sambal bilis lah.arwah mak x belah 2 roti tu, dia masukkan sambal mcm nk buàt pau inti kcg merah tu.keje sy plak tiap2 hr sblum pegi sek pagi2 tu hntr kuih2 kat kantin2 pejabat kerajaan,gerai2 di pasar dan kedai2 mkn.nostalgia plak tiber...😅tq che nom ats perkongsian dan imbauan masa bersama mak sy dulu2....👍
@masakohsem4396
@masakohsem4396 3 жыл бұрын
Best burger bilis ni.. kat asrama mmg popular.. 🥰🥰🥰
@ropiahsedek6185
@ropiahsedek6185 3 жыл бұрын
Pau sambal nostalgia kawan jual di tahun 80/90an first time kerja 😘😋😋🇸🇬🌹Che Nom akak nak request kek kukus buah2an 😍😍 Tqvm Che Nom 💕♥️
@jajanansiba57
@jajanansiba57 3 жыл бұрын
Kelihatannya butger Malaysia enak yah, rotinya digoreng, lebih sedap👍🙏
@rezuansalleh4674
@rezuansalleh4674 3 жыл бұрын
Jarang jumpa burger malaysia yang sambai sedap bilis garing ... Kena buat sendiri la jwbnya
@hanimahothman6956
@hanimahothman6956 3 жыл бұрын
Boleh order dr RumahKueh Kakzu. Semua kuihnya sedap belaka.
@PendakwahTeknologi
@PendakwahTeknologi 3 жыл бұрын
Video yang diambil dalam channel ini memang berkualiti tinggi. Banyak saya boleh belajar dari video-video ni walaupun bukan dalam topik memasak.
@gunasilansukumaran
@gunasilansukumaran 3 жыл бұрын
MY ONE OF MOST FAVORITE SNACKS BURGER 🍔 ONE DAY MUST I WILL TRY TO DO THIS BURGER AT HOME.
@nrhwz
@nrhwz 3 жыл бұрын
Terbaiklah che nom😍😍
@habibaibrahim8087
@habibaibrahim8087 3 жыл бұрын
First time tgk burger malaysia yg paling meriah, cantik menyelerakan kalah hotel 10 bintang..beliur tgk..
@mdyusrizal
@mdyusrizal 3 жыл бұрын
wahh. baru cari resepi sbb bini minta buat kan. terima kasih cik nom dgn pemberi resepi tu.
@CikMatahariku
@CikMatahariku 3 жыл бұрын
tq Che nom, burger Malaysia ni memang sedap kalau dapat yang pau dia jenis lembut gebus, sekali gigit terasa kelembutan roti dan keenakan sambal dia..lagi pedas sambal lagi best!
@bonifacebanta4590
@bonifacebanta4590 3 жыл бұрын
Tq Che Nom penerangan sgt ringkas dan senang nak follow. Sy tak pandai masak tp lepas tgk video masakan che nom ada few yg sy try and my parents pun suka. Sy byk buat resepi Che Nom. Asam Pedas, Masak Lemak, kek, kuih.. sempena PKP ni. WFH pulak, jadi byk memasak kt rmh la jawabnye.
@syasya833
@syasya833 3 жыл бұрын
Memang sedap burger Malaysia ni. Lembut Dan x brp mains. Sesuai betul untuk makanan kudapan. Tq Che nom
@sallysalina1932
@sallysalina1932 3 жыл бұрын
Alhamdulillah...tmkasih Che Nom 🥰sharing teknik buat burger Malaysia InsyaAllah akn cuba lagi buat sb faveret saya ni 😍😋
@raffasma
@raffasma 2 жыл бұрын
Dah try buat mmg menjadi..roti masih lembut esoknya.. walaupon simpan frezzer 😋
@nooraine8307
@nooraine8307 3 жыл бұрын
wah sdpnya burger malaysia Che Nom,ssh nk dpt sdp mcm tu
@makeeat3292
@makeeat3292 3 жыл бұрын
Burger malaysia comel2
@laelalsofficial2095
@laelalsofficial2095 3 жыл бұрын
Mantap mom👍🙏
@zbame5508
@zbame5508 3 жыл бұрын
Cantik nya burger malaysia c nom..dah lama teringin buat, bila tengok video c nom ni, lg berkobar2 rasanya
@NAA-cl3gs
@NAA-cl3gs 2 жыл бұрын
terbaik.. suka tgk channel che nom , kemas teratur, bersih dan resepi simple yg sedap dan senang buat ..serta bahan2 yg mudah nak cari.. video che nom mmg cantik dan quality
@ekinazhar3419
@ekinazhar3419 3 жыл бұрын
Yeay tq che nom ... rsepi burger mlysia yg dinanti2
@mr.redgamingamiredin5116
@mr.redgamingamiredin5116 3 жыл бұрын
Thank you Che Nom you are the super best love to see yr channel..All the best fr Spore🇸🇬
@maznah-ll6tx
@maznah-ll6tx 3 жыл бұрын
Alhamdulillah, terima kasih Che Nom.
@azeemazainuddin6776
@azeemazainuddin6776 3 жыл бұрын
Wahhh terbaikk.. yang ditunggu-tunggu. Thank you Che Nom 🌹😘
@smolpotato1190
@smolpotato1190 3 жыл бұрын
Sini kami panggil Burger Kampung. Lama dah tak makan ni. 🤤
@cabaikembarchannel3157
@cabaikembarchannel3157 3 жыл бұрын
Bila tengok cik nom buat burger Malaysia ni teringat pulak masa dulu-dulu, bukan senang nak buat burger ni silap buat boleh jd tak lembut... terbaik la cik nom semoga sukses ya 😁😁
@nuzuljaslina1712
@nuzuljaslina1712 3 жыл бұрын
Wahhh rindunya nak makan burger malaysia !! Boleh buat sendiri lepasni 😍
@tkahahmad3116
@tkahahmad3116 3 жыл бұрын
Yeah..burger favourite Saya ni..sedapnya thank you che nom😍
@drananth
@drananth 3 жыл бұрын
My favourite school canteen snack. Good memories.
@kasihaqilah94
@kasihaqilah94 3 жыл бұрын
Suka tengok video2 Che Nom... tenang je Sekarang ni senang je nak masak... ramai share ilmu... Mak bagitahu orang sekarang ni kalau nak masak, rajin dengan malas je, kalau dulu2, agak susah nak jumpa orang yang suka share resepi kadang2 orang tak bagi jadi kena lah eksperimen sendiri...
@beefirdaus2262
@beefirdaus2262 3 жыл бұрын
Ni memang favourite.. Masa mengandung teringat pernah teringin nak makan burger malaysia.. Cari satu gerai ke satu gerai area KL untuk cari burger malaysia.. Sekarang dah pandai buat sendiri.. Memang kena cuba buat versi che nom pula..
@tunfaii1003
@tunfaii1003 3 жыл бұрын
Sedapnya! Selalu orang jual tak goreng ikan bilis tu. I is cannot bilis tak goreng. Teringin nk rasa Che Nom punya masakan. Sedap² belaka, terliur kita.
@zaihamid78
@zaihamid78 3 жыл бұрын
Alhamdulillah.. Tkasih Cik Nom share resipi. pasti sedap..👍💐💝
@trandingmakeup3985
@trandingmakeup3985 3 жыл бұрын
Magic sngt smue resepi sis sye da cube smue manfaat sngt untuk sye sbb tngl kat USA guna rasa Malaysia
@akifnorsh2298
@akifnorsh2298 3 жыл бұрын
ya allah favourite den ni
@adiksenyum
@adiksenyum 3 жыл бұрын
teringat kenangan makan burger malaysia ni masa sekolah rendah dulu. tq che nom share resepi. ❤️
@ashiyahuda7300
@ashiyahuda7300 3 жыл бұрын
Waa mcm tahu2 je nk resepi ni..tq cik nom
@munizakaria841
@munizakaria841 3 жыл бұрын
Wahh 😍. Kalau chenom yg buat , rasa seronok je nak buat sebab senang n mudah nak faham yg chenom ajar step by step hihi. Tq chenom . Byk dh resepi chenom sy dh cuba ☺️
@nurulwahidajaffar4010
@nurulwahidajaffar4010 3 жыл бұрын
PKP ni masak guna rsepi Che Nom..memang terbaik👍👍👍..tidak pernah mengecewakan..simple,jelas dan paling penting SEDAP😋 Alhamdulillah 🤲 Terima kasih Che Nom
@CheNom
@CheNom 3 жыл бұрын
Sama2 😊
@jessicaong3638
@jessicaong3638 3 жыл бұрын
Yummy yummy yummy che nom sambal pau kegemaran saya ni terbaiklh che nom ni 👍👍👍
@barnie820
@barnie820 3 жыл бұрын
Yeay finally che nom share resipi burger msia ♥️
@rosidahmohamad7941
@rosidahmohamad7941 3 жыл бұрын
ya...lama dh menunggu
@raudhahsyamimi7348
@raudhahsyamimi7348 3 жыл бұрын
Wahhh... Sedapnya. Pandai che nom masak👏. Sedapnya
@ctrlms_foodchannel3759
@ctrlms_foodchannel3759 3 жыл бұрын
waalaikumussalam che nom..burger ni zaman sekolah sy dulu panggil burger doraemon😂walaupun sekarang siap ada bun yang warna2, yang asli jugak tetap best😍
@shahjulai
@shahjulai 3 жыл бұрын
Sedapnya. Tgok sambal tu kalau makan dgn nasi pun sedap
@hadiahuntukmu5600
@hadiahuntukmu5600 2 жыл бұрын
Alhamdulillah,trima kasih che nom kngsi resepi
@harinishaselvakumar123
@harinishaselvakumar123 3 жыл бұрын
My favourite kuih forever ❤ 💙 💛 💖 💕 ♥ ❤ thank you so much Che Nom 😘 ❤ 😊
@meayish6048
@meayish6048 3 жыл бұрын
Resepi Cikgu Ina mmng padu.. dipadankan pulak Che Nom buat tutorial video.. mmng ngam habis.. 2 wanita hebat.. boeekkk
@shidamokti7938
@shidamokti7938 3 жыл бұрын
Assalamualaikum Che.Nom. menyelerakan.... Terbaik la. Banyak dah cuba resepi dari Che Nom. Mmg best. Tq Che Nom😊
@puanlinda3626
@puanlinda3626 3 жыл бұрын
TQ che nom. Dh cuba beberapa resepi che nom. Mmg menjadi. Terima kasih byk2 atas perkongsian ilmu ☺️
@nuriman9172
@nuriman9172 2 жыл бұрын
memangg jadi kalau ikut betul betul cara che nom ni mak saya ambik resepi che nom buat berniaga musim pkp ni mmg lembut 😍😍
@suhailahisham5274
@suhailahisham5274 3 жыл бұрын
Terima kasih che nom buat resepi Ni ❤️🥰
@surayaali1390
@surayaali1390 Жыл бұрын
Dah cuba buat ikut resepi ni...sedap dan lembut Tksh che nom semoga dimurahkan rezeki che nom sekeluarga
@noorfarahiyahabdulrakeb4525
@noorfarahiyahabdulrakeb4525 3 жыл бұрын
Tq Cik Nom atas perkongsian 👍👍👍
@wanpaan8042
@wanpaan8042 3 жыл бұрын
Saya dh buat ciknom . Tapi sy buat 1/2kg jer .Alhamdulilah memang menjadi sedap. Lembut n gebu
@nasihahzainon7049
@nasihahzainon7049 3 жыл бұрын
Terima kasih Che Nom. Terbaikk lah👍 Baru tau tak boleh alih banyak kali masa menggoreng.
@syaidatuledayu1986
@syaidatuledayu1986 2 жыл бұрын
Alhamdulillah .. saya dah cuba ..mmng menjadii dan sedap ..terima kasih che nom 😘
@shenachan8243
@shenachan8243 3 жыл бұрын
dohhh sedap sangat nih burger cik😍😍
@maridzasaad6077
@maridzasaad6077 3 жыл бұрын
Yay... resepi baru... thanks for video
@inthugunna9389
@inthugunna9389 3 жыл бұрын
Thank u che nom....cantik burger malaysia che nom....cantik lagi sambal bilis chenom😍😘😍
@jhtaragichannel6013
@jhtaragichannel6013 3 жыл бұрын
Comel2xnya burger..
@MrRaAdam
@MrRaAdam 3 жыл бұрын
sdapnya ada salad lagi
@zxpected4249
@zxpected4249 3 жыл бұрын
ni mmng favv nii...thank you so much Che nom...
@ismailsurina9235
@ismailsurina9235 3 жыл бұрын
Assalamualaikum Che nom..wowww sdappnyaa😍😍bulat² cantikk jaa😍👍nanti bleh try buat mini burger kayangan tuu😍makasehh Che nom share resepinya🥰👍
@srsfeqah3377
@srsfeqah3377 3 жыл бұрын
Waaahhh. Tq 4 sharing Che Nom 🤩
@SarMaNz
@SarMaNz 3 жыл бұрын
Ni memang padu sedap sbb byk sambal bilis nya..
@lavenankumar4710
@lavenankumar4710 3 жыл бұрын
Nampak sedap che Nom.... Nak cuba ni... Terima kasih untuk resipi Ya
@SuperVel24
@SuperVel24 3 жыл бұрын
Thank you sis.. My favorite burger Malaysia 😍
@arfacorner2265
@arfacorner2265 3 жыл бұрын
mantap che nom ni.,. like,like,like,.,
@ZL_86
@ZL_86 3 жыл бұрын
Jadi...ni che nom..👍👍👍
@vijaysandara458
@vijaysandara458 3 жыл бұрын
Che nom sedapnya burger Malaysia liur pula saya..masa potong burger tadi Memang rangup and lebat lagi lagi best pula sambal Ikan bills Tq.. Mengajar kami Cara buat burger Malaysia.wait for new video from Che nom.... 😍💐
@yatieseninyatiesenin8164
@yatieseninyatiesenin8164 2 жыл бұрын
Kuih peberet saya ni, thanks Che nom kongsi resepi🥰🥰🥰🥰, nampak sedap sgt dgn bilis YG melimpah tu🤤🤤
@pgroshni6941
@pgroshni6941 3 жыл бұрын
Alhamdulillah...1 lagi resepi yang saya dapat dri Cik nom tq 4 d info nya tdi semoga saya dapat membuat nya dengan betul sma dengan tunjok cara Cik nom tu nanti yah InShaaAllah....😍🤩😊👍
@dapurtokmak8609
@dapurtokmak8609 3 жыл бұрын
Sedapnya burger malaysia👍
@azurazanee2253
@azurazanee2253 3 жыл бұрын
Wahhh... bestnya burger Malaysia cik nom....xsabar nak buat....😋😋😋
@ajahmad1121
@ajahmad1121 3 жыл бұрын
Alahaii comel je tengok beger sambal 😍😍 sayang pulak nak makan bile nampak makanan comel2
@nasrrnasron389
@nasrrnasron389 3 жыл бұрын
Wahhh😍😍kuih fav niii.. Thanksss Che nom❤️❤️nnti nk try buatt😘💕
@bungaorkid1534
@bungaorkid1534 3 жыл бұрын
cik nom.. sy nk bg sedikit tips berguna masa blend bahan masak.. mak sy ajar, kalau nk blend bhn2 kisar, blend lada kering dulu.. dh hancur baru masukkan bahan2 yg agak kasar seperti serai, lengkuas.. blend sampai btol2 lumat.. kemudian baru blend bahan2 lain yg lembut seperti bwg atau bwg putih. sbb bwg besar dan bwg putih jika blend trlalu lama, bila tumis akn bau maung dr bawang.. kurang sedap.. biasanya sy akan blend lada kering berasingan.. tumis bau dan rasa lbih sedap.. 😁
@DariDapurCikNa
@DariDapurCikNa 3 жыл бұрын
yesss terbaik che nom. feveret ni saya dan husband. hari tu buat nasi lemak lepastu lebihan sambal dan bilis tu terus buat burger malaysia. tapi nanti bleh ejas buat pakai resepi chenom ni pula.
@briechoice4823
@briechoice4823 3 жыл бұрын
Terbaik resep nya kak, nice sharing burger recipe ever... yummy recipe 👏👏
@akioduuchannel9431
@akioduuchannel9431 3 жыл бұрын
Salam che Nom saya pengemar burger malaysia sedapnya burger Malaysia che Nom ni terima kasih kongsi resepinya🥰🥰sangat lembut 😋😋
@puanmeenhassan5560
@puanmeenhassan5560 3 жыл бұрын
terliur tgk
@missjongang
@missjongang 3 жыл бұрын
Dapnya… masa kecik dulu (30 thn lepas) mak bg duit skolah 50 sen je pastu simpan 20 sen sbb nak beli burger ni lepas skolah.. wajib beli! Sampai skrg klu nampak ni kat gerai tepi jalan mesti beli 🤤 😋
@noraininsaman3803
@noraininsaman3803 3 жыл бұрын
Resepi Che Nom selalu the best😊💕
@PyeaSamChannel
@PyeaSamChannel 3 жыл бұрын
Zaman2 sekolah dlu. Selalu beli. Rindu pla. Nak cuba laa
@fuume2401
@fuume2401 3 жыл бұрын
Burger malaysia~ rindunyaa! Selalu beli kat cafe masa study dulu 😍😋
@chitraselvan07
@chitraselvan07 3 жыл бұрын
Sedaap
@dapurinspirasicikgulizaahm823
@dapurinspirasicikgulizaahm823 3 жыл бұрын
Sedapnya.... Sambal penuh...😊😊
@mrs.jencyandrew2328
@mrs.jencyandrew2328 Жыл бұрын
Sedap nampak
@keknamasakapa39
@keknamasakapa39 3 жыл бұрын
👍👍 kuih kegemaran. Sedap.
@sukaupload
@sukaupload 3 жыл бұрын
Cantik je bentuk burger malaysia che nom, bulat perfect
@kinda_sher
@kinda_sher 3 жыл бұрын
cantiknya dapur che nom!!
@chefkecik219
@chefkecik219 3 жыл бұрын
Tq che nom utk resepi
@norhaslindaabdrahman8787
@norhaslindaabdrahman8787 3 жыл бұрын
Msa sekolah, rehat pagi tu wajib beli..sdp😋😋😋
Resepi Pau Sambal @ Burger Malaysia | Superb Gebu Sukatan Cawan
7:32
Apa Cerita? The Story of Dato’ Sri Siti Nurhaliza | Episode 26
2:27:31
Spot The Fake Animal For $10,000
00:40
MrBeast
Рет қаралды 176 МЛН
БАБУШКИН КОМПОТ В СОЛО
00:23
⚡️КАН АНДРЕЙ⚡️
Рет қаралды 16 МЛН
EVOLUTION OF ICE CREAM 😱 #shorts
00:11
Savage Vlogs
Рет қаралды 7 МЛН
Yong Tau Foo ala Pasar Malam!
11:59
Che Nom
Рет қаралды 493 М.
Burger Ramly Special Double. Selamat Hari Merdeka!
9:14
Che Nom
Рет қаралды 275 М.
Bomboloni | Donut Gebu Gebas Confirm Jadi Punya
11:13
Che Nom
Рет қаралды 1 МЛН
Popular Handmade Hamburger - Korean Street Food
11:33
끼룩푸드 seagull food
Рет қаралды 2,1 МЛН
Popia Bersira Sambal, Pedas & rangup tahan lama
11:29
Che Nom
Рет қаралды 548 М.
Во сколько смотришь? Заливаю в 10-22😉
0:36
Юлия Смирнова
Рет қаралды 2,6 МЛН