Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah

  Рет қаралды 341,839

Che Nom

Che Nom

3 жыл бұрын

Pajeri Terung, resepi yang mudah tapi cukup menambah selera. Rahsia kesedapan pajeri terung ni adalah pada beberapa bahan yang digunakan dan cara memasak yg teliti. Kuahnya perlulah pekat berempah, dan tidak terlalu berlemak serta manis secukup rasa. Bahan yang wajib ada mestilah kerisik dan udang kering ataupun ikan bilis, kerana dua bahan ni lah yg membezakan pejari dari masakan kari yang biasa.
//Bahasa Melayu
------------------------------------------------------------------
2-3 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 genggam ikan bilis
Sedikit air
3 sudu besar rempah daging
3-4 biji terung panjang
1/2 cawan minyak masak
Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 4 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum cengkih)
1 tangkai daun kari
2 cawan santan cair
gula secukup rasa
2-3 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Nota : Kalau guna santan kotak, cuma guna ½ kotak sahaja dan campur air
//English
----------------------------------------------------------------------
2-3 shallots
3-4 cloves garlic
1 inch ginger
1 handful dried anchovies
some water
3 tablespoon meat curry powder
3-4 eggplant
1/2 cup cooking oil
4 spices ( 1 cinnamon stick, 4 cardamom pods, 2 star anise, 3 cloves)
1 stalk curry leaves
2 cups light coconut milk
Sugar to taste
2-3 tablespoon toasted coconut paste
1/2 cup thick coconut milk
Salt to taste
Note: If using instant coconut cream, add ½ pack only with added water
Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: bit.ly/CheNomFacebook

Пікірлер: 265
@zulkarnainbinawang5315
@zulkarnainbinawang5315 3 жыл бұрын
saya lebih suka makan pajeri berlawan dgn ikan kurau asin. bila dua benua bertemu(manis & masin) alang kah sedapnya.😋😋😋
@mariahjamil8259
@mariahjamil8259 2 ай бұрын
Alhamdulillah terima kasih Che Nom resepi nya paceri terung. Semoga Che Nom sekeluarga dlm rahmat Allah SWT panjang Umur murah rezeki sihat tubuh badan nya dn bahagia setiap hari hingga ke Jannah. Aamiiin3x Yaa Robbal Aalamiin 🤲🥰💝. Selamat petang dri bunda d Muar Johor. Alhamdulillah 🤲😀🌹🤤😋
@sholinaosman2284
@sholinaosman2284 Ай бұрын
Sis suka ubah2 cara masak pajeri sb nak kelainan rasa. Hari ini saja nak cuba resepi Che Nom sb lainnya sb letak ikan bilis dan sikit rempah gulai ikan. Alhamdulillah menjadi dan sedap, terbaik resepi Che Nom 👍👍👍
@masturamuklas5565
@masturamuklas5565 Жыл бұрын
saya dh buat 2 kali. jadi, alhamdulillah. tq for the recipe & tips ❤️
@khaiyuttttt2696
@khaiyuttttt2696 3 жыл бұрын
My favourite, manis2 pedas, kuah pekat, ratah kuah sampai menjilat Hari.....ermmm
@noarphilxaty7267
@noarphilxaty7267 3 жыл бұрын
kita suka makan dengan ikan kembong goreng sambal belacan dan ulam kacang panjang...
@mohamadnabilabdulrazak7742
@mohamadnabilabdulrazak7742 3 жыл бұрын
thank you terubat rindu pajeri terung ibu saya masak
@nadhirahwan
@nadhirahwan 3 жыл бұрын
baru tahu pjeri terung letak bilis...nk cubalah...tq ciknom
@cikyativlog5275
@cikyativlog5275 3 жыл бұрын
Pergh... Sedapnya che nom. Mkn pajeri ni takde lauk lain pun dh menambah2 nasi
@miewa_2936
@miewa_2936 3 жыл бұрын
Dah 3 menu Saya Buat Resepi Che Nok Nom ni, Sya Mmng suka Masuk Dapur Masak² Ttpi tx tau sngat Hidangan Orang Melayu, Bila Sekali Buat Peeehhh Makyosss 👍
@eeetasuhaimi2441
@eeetasuhaimi2441 3 жыл бұрын
Sedapnyaaaa teringat la dulu mak saya masak pajeri terung
@gobinathannair6013
@gobinathannair6013 3 жыл бұрын
Terima kasih dari Melbourne. Your videos are clear, precise and easy to follow, all presented with a pleasant, gentle voice. I have cooked a few of your dishes and Missus says they taste very authentic. All the best.
@daniaprince6655
@daniaprince6655 3 жыл бұрын
Best resepi zaman dlu2,sedap gila..original resepi. Resepi skg x sedap byk sgt nk ubah suai. Resepi pajeri terung sy sampai skg msh pkai kerisik..
@maznirahman2905
@maznirahman2905 3 жыл бұрын
SEDAPNYA MASAKAN..PAJERI TERUNG..TERINGAT KENANGAN MAKAN BERKUMPUL DGN ADIK BERADIK..SEDAP SANGAT..😋😋🤩🤩
@mohdshukri5962
@mohdshukri5962 3 жыл бұрын
Antara masakan kegemaran ni.Tq Che Nom
@emchannel73
@emchannel73 3 жыл бұрын
Yang dinanti nanti, teringat arwah mak, masakan favo dia, satu kg bljr dgn arwah mak ✌️😇(al fatihah buat arwah mak)
@kaerizhideaki178
@kaerizhideaki178 3 жыл бұрын
Pajri memang favorite!! Nenas sedap kalau manis² nanas.. kalau kerisik lebih uish.. kami pakai udang kering... Kalau orang ads gaout hehe ikan bilis udang kering jangan makan ye..
@dapurmokteh
@dapurmokteh 3 жыл бұрын
Betul tu che nom..mak saya kalu masak pajeri terung abah sy sgt suka..sy plk x mkn terung..saya makan pajeri nenas..tp bila mak buat pajeri...dia akan buat terung n nenas..❤❤❤
@whizhafiz91
@whizhafiz91 3 жыл бұрын
Terung dgn nenas letak sekali ke dlm pajeri tu cik?
@yimveerasak3543
@yimveerasak3543 3 жыл бұрын
Sedapnya Pn. Che Nom. Saya nak cuba buatlah hujung minggu ni. Terima kasih
@pawonmakct3785
@pawonmakct3785 3 жыл бұрын
Terliur tengok
@shintaasbi8162
@shintaasbi8162 3 жыл бұрын
Terima kasih shearing resepnya Chenom 😍 resep masakannya selalu menjadi inspirasi.. tak pernah pelitpun bagi tips❤️
@shikinsaerah
@shikinsaerah 3 жыл бұрын
Oh yeah...pajeri terung pulak. Selain nenas & terung, saya suka pajeri jantung Pisang jugak ❤️❤️❤️
@chefkecik219
@chefkecik219 3 жыл бұрын
Nasi putih + pajeri terung kuah pekat + plus ayam goreng mamak = Ssempurna. Nice sharing. Tq Che Nom resepi.
@sitisyafiqahzainalazim6400
@sitisyafiqahzainalazim6400 6 ай бұрын
Dah buat. Jadi sedapnya mkn dgn ikan goreng, sambal n nasi panas. MasyaAllah. 😂
@dapurmamazuran6738
@dapurmamazuran6738 3 жыл бұрын
Tampak sedap sekali tampak nya Trim's telah berbagi resep nya Bun 🙏
@ayubyasir3713
@ayubyasir3713 3 жыл бұрын
Terung masak pajeri memang sedap, masakan kesukaan arwah mak saya...che nom membuatkan saya teringatkan masakan arwah mak saya.. Terima kasih che nom atas pengkosian resepi ni sudah pasti saya akan mencubanya
@zubaidahmdpuat3296
@zubaidahmdpuat3296 3 жыл бұрын
Baru teringat nak masak pajeri ni. Dah ada keluar.. cam tau2 ja
@humairaaznctn7299
@humairaaznctn7299 3 жыл бұрын
Assalamualaikum che nom sye selalu tngok resepi che nom,dri xreti Masak Alhamdulillah skrg kerap memasak❤
@ropiahsedek6185
@ropiahsedek6185 3 жыл бұрын
Che Nom cantik patern kerisik tu macam gula melaka 👍👍👍
@norehanabdulazizpazizpg6696
@norehanabdulazizpazizpg6696 3 жыл бұрын
Sdpnya tp sy sll grg sekejap terung tu nk bg lembut cepat..tq che nom sll shre resepi yg best2🌹❤️
@kjlol3913
@kjlol3913 3 жыл бұрын
Uuuuu cubo resepi terkini best Yoo cik nong
@Sapinah81
@Sapinah81 3 жыл бұрын
Alhamdulillah....ada benda baru yg saya belajar...Ikan bilis...sebab selalu tengok orang letak Udang kering...tapi kadang2 Kita Tak boleh makan Udang kering...Alergic...so ada cara lain yg Kita boleh gunakan...Tq Che Nom di atas re...
@agent666wild8
@agent666wild8 Жыл бұрын
Saya ganti dengan belacan vegetarian sedap jugak.
@nobinkumarchaudhury7139
@nobinkumarchaudhury7139 3 жыл бұрын
Terbaik Ni Che Nom.... Tq for sharing... Menu Tengah Ari Ni adalah Pajeri Terung
@cikrogayah3787
@cikrogayah3787 3 жыл бұрын
terimakasih che nom kongsi resepi pajeri terung,selalu buat pajeri nenas aje..blh cuba nanti..
@FoodDestina
@FoodDestina 3 жыл бұрын
pekat menawan pajeri terung nya 👍🏻
@user-fw6cy9nf4i
@user-fw6cy9nf4i 3 жыл бұрын
ماشاءالله تبارك الله تسلم ايدك طريقه جميلة وشرح اجمل وشكلها يجنن روعه جدا احلى لايك نورينى عندى
@azilawani07
@azilawani07 3 жыл бұрын
Wow! Sedapnya
@ayaawang4357
@ayaawang4357 3 жыл бұрын
Sedapnyaaa...😋😋😋
@mariaria7580
@mariaria7580 3 жыл бұрын
masakan Chik nor sedap dan senang di plajari 😀😀😀
@sara_kitchen9316
@sara_kitchen9316 3 жыл бұрын
Wow sedapnya😍🤤
@kasimabdullah3874
@kasimabdullah3874 3 жыл бұрын
SAYA AKAN CUBA MASAK PAJERI SEBAB MEMANG SUKA MAKAN PAJERI NENAS KE TERUNG..MEMANG BETUL TU MAKAN PULAK DGN AYAM GORENG LUPA DUNIA KITAAAAA.
@NAI-br4fe
@NAI-br4fe 3 жыл бұрын
Akhirnya. Dah lama mencari resepi pajeri terung😍
@ctrlms_foodchannel3759
@ctrlms_foodchannel3759 3 жыл бұрын
pekatnya kuah pajeri..sedap ni🤤🤤terima kasih che nom
@nurnadiah2829
@nurnadiah2829 3 жыл бұрын
Che nom!! Pajeri terung is my fav!! Sedapnyaaaaa nengok adoiiiii😭😭😭
@saharasara8289
@saharasara8289 3 жыл бұрын
Lgi sedap terung tu goreng dulu..dah naik myk atau kuah nak kering msukkan terung..mkn dgn ikan msin..dapp
@anissrashid7362
@anissrashid7362 3 жыл бұрын
Memang sedap pejeri chenom ni.terima kasih byk²..dah byk resepi chenom yg sy cuba..semuanya menjadi dan anak² suka.moga Allah murahkan rezeki Chenom.
@Danofia
@Danofia 3 жыл бұрын
Nampak sedap sangat
@beautifulrose69
@beautifulrose69 3 жыл бұрын
Always my favourite. Resepi che Norm ni mmg legit. Cuma harga terung sekarang ni bukan main mahal kan...kena tanamlah nampaknya.
@raniherlina6541
@raniherlina6541 3 жыл бұрын
Sedaap Nye Che nom,kalau di kepulauan Riau Indonesia nama nya sarak terong,sering di masak untuk acara kenduri2
@sinarsuria4807
@sinarsuria4807 3 жыл бұрын
Mmg masakkan cik Nom sangat2 sedap dan terbaik👍👍👍
@fazilahidris4006
@fazilahidris4006 3 жыл бұрын
teringat arwah emak selalu masak pajeri nenas dan terung semua keluarga suka sedap.
@Noname-nc5wt
@Noname-nc5wt 3 жыл бұрын
Cik nom.sempoi.
@MisteriPotato
@MisteriPotato Жыл бұрын
Nasib baik ade resepi dari che nom boleh la buat sendiri.. dlu kalau teragak nk mkn nenek belah suami yang masak kan fav ni masakan ni.. nanti nak cuba.. harap ii menjadi la.. tapi bila tgok che nom masak jarang saya ikut tak menjadi.. mesti akan jadi masakan tu..
@aimanchannel65
@aimanchannel65 3 жыл бұрын
Macam sedap jer tu che Nom..kalau ada guna udang hidup mungkin bertambah sedap lagi sebab kemanisan jus udang itu..thank you che nom..
@norhayatiyunos1598
@norhayatiyunos1598 4 ай бұрын
Terima kasih Che Nom… dah masak pajeri terung tadi, alhamdulillah menjadi 🥰🥰
@jasC1933
@jasC1933 3 жыл бұрын
Wow enak nya. 😋
@DapurBuSiti
@DapurBuSiti 3 жыл бұрын
Wahhh kuahnya macam sedap 😍😍😍
@azreenkhamis6828
@azreenkhamis6828 3 жыл бұрын
Favourite sy ni che nom...makan ikan kembong goreng panas2..pergghhhh
@CheNom
@CheNom 3 жыл бұрын
Ye sedap makan dgn ikan goreng panas2
@Nephophile95
@Nephophile95 3 жыл бұрын
Lauk paling sedap tiap kali balik kedahhhh, gu pulak dgn ikan temenung goreng amboih mak sedap la kata😋rindu masakan mak kt kg😭
@rahmah05
@rahmah05 3 ай бұрын
Tq resepi
@ronashazmeka9697
@ronashazmeka9697 3 жыл бұрын
😍sedap ni.
@haidabakes1876
@haidabakes1876 3 жыл бұрын
my family fav dish, mkn ni dgn ikan masin goreng dan ulam pun dah cukup.. rindu makkkk, cptlah abis pkp 😭😭
@mawarberduri6421
@mawarberduri6421 3 жыл бұрын
Kena ada sambal belacan, sedap mkn dgn pajeri terung / nenas
@alan058
@alan058 3 жыл бұрын
favourite saya ni 👍👍
@naturelife9786
@naturelife9786 3 жыл бұрын
pajeri memikat di hati bila makan dengan nasi minyak😍
@linasulaiman9979
@linasulaiman9979 3 жыл бұрын
A'slmkm che nom... Sentiasa keluar dgn resepi yg menarik & senang utk di ikuti..semuga dlm rahmat Allah swt...tahniah... Pagi ini saya trcari cari resepi harimau menangis hasil che nom..yg pernah saya tgok vid nya...baru hari ini kelapangan utk mencuba...tapi trkilan saya tak temui...ke mana kah ia nya..?.😌😑
@syazafahzlin
@syazafahzlin 3 жыл бұрын
Ciknom tolong kami nak sos daging ala thai. Tolong ciknommm
@intai4944
@intai4944 3 жыл бұрын
Sedapnya....
@hS-gd8cf
@hS-gd8cf 3 жыл бұрын
hihi trima ksih che nom.....sdap nya nampok,nk try buat nnti
@greenyellow1200
@greenyellow1200 3 жыл бұрын
SIMPLE TAPI SEDAP...TQ CHE NOM
@abgputikchannel9730
@abgputikchannel9730 3 жыл бұрын
pekat melekat mcm pajeri umah org kawin👍👍😋😋
@ju7895
@ju7895 3 жыл бұрын
😋😋😋😋👍sedapnya pajeri terung
@harisskl
@harisskl 3 жыл бұрын
adoiiiii my feveret ni ....tak sabar nak masak tq CN
@nurarissa927
@nurarissa927 3 жыл бұрын
Wahhh~ terung fav sy..terutama Terung masak bersambal..sebab di Brunei, masak sambal apa pun kewajiban dalam menu kami...nanti try resepi ni pulak
@zariffikmal77
@zariffikmal77 3 жыл бұрын
Kesukaan Nenek saya ni.. leh lah cuba versi che nom..
@wanfaezahbintiahmadwanfaez7720
@wanfaezahbintiahmadwanfaez7720 3 жыл бұрын
Terima kasih Cik Nom kerana berkongsi receipe
@vijeyalexmi1322
@vijeyalexmi1322 3 жыл бұрын
Look nice thks for sharing sis keep it up 😊👍
@salimahsaid3804
@salimahsaid3804 3 жыл бұрын
Alhamdulillah ... TERBAIK dari Cik Nom....semuga terus berjaya dmasa akan dtg .... Aamiin
@norifa734
@norifa734 Жыл бұрын
Timekasih che nom ats resepinya
@tokeykwong
@tokeykwong 3 жыл бұрын
Kelihatannya pasti sedap dan menyelerakan ni teman.salam dari sarawak ya.
@neomilo586
@neomilo586 2 жыл бұрын
tqsm che nom.. resepi nya👍 hari tu buat resepi pes char kue tiaw menjadi sedap👍👍👍👍👍
@arififah2838
@arififah2838 3 жыл бұрын
Sedap che nom...👍👍❤️❤️
@zaharahibrahim4186
@zaharahibrahim4186 3 жыл бұрын
Sedapnya..kegemaran saya. Alld best Che Nom
@patricktan9314
@patricktan9314 2 жыл бұрын
Terima kasih, Che Nom. I have successfully cooked this dish for my family. 👌
@nur4222
@nur4222 3 жыл бұрын
Akhirnya. Che Nom tunaikan hajat sy.. hahahaha ... nyam nyam!!!
@ms.sukumarymuniandy8707
@ms.sukumarymuniandy8707 3 жыл бұрын
My favorite dish yummy 😋
@rogayahabdulsamad5557
@rogayahabdulsamad5557 3 жыл бұрын
Sedapnyaaaa menyelerakan nampak n tqsm che nom luv u your resepi😘😘😘❤
@sohwatulnour1248
@sohwatulnour1248 3 жыл бұрын
MashaAllah sedapnya pajeri terung ni. Makan dgn ikan kering mmg paduuu..hehe. Tak sabar nk tahu cara buat ayam goreng berempah che nom tuuu. Thanks for sharing recipe che nom 🌹🥰
@unaeus
@unaeus 3 жыл бұрын
Fuhh nampak sedap, selalu makan pajeri nanas je terung tak pernah makan lagi. 😬
@kohsweeneo4545
@kohsweeneo4545 2 жыл бұрын
Sedap😋
@AyongsKitchen
@AyongsKitchen 3 жыл бұрын
Memang menyelerakan thanks che nom berkongsi resepi :)
@cgirsyad1741
@cgirsyad1741 3 жыл бұрын
Sedapnyaaa
@maisurahhusain2462
@maisurahhusain2462 3 жыл бұрын
Sedap aih..
@zaihamid78
@zaihamid78 3 жыл бұрын
Alhamdulillah.. Sedapnya..sya share resepi. Tkasih cik Nom..moga sihat dan success selalu.Aamiin..🌹😊
@nickasmah4937
@nickasmah4937 11 ай бұрын
Boleh cuba buat ni,, nampak sedap,, terbaik cek nom,,
@nurulainsham3218
@nurulainsham3218 3 жыл бұрын
tq che nom..terus nk masak mcm ni...
@muhammadaimanhakim3174
@muhammadaimanhakim3174 3 жыл бұрын
Sedapnyee. che nom😁
@khelidas.
@khelidas. 3 жыл бұрын
Terungnye sedap sekali che
@zaidyradzi5093
@zaidyradzi5093 3 жыл бұрын
wah...mcm pajeri org Utaqra' ni...sedapnya
@zieziefau419
@zieziefau419 3 жыл бұрын
Assalamualaikum sis che Nom saya peminat sis saya selalu ikut resepi che Nom sebab mudah & senang teruskan memasak Che Nom
@firdaus_zul
@firdaus_zul 3 жыл бұрын
Terung kalau belah abis nnt cpt hancur. Kalau nak panaskan semula utk makan 2-3 kali elok belah (rodok) tengah je, hujung ke hujung biar bersambung dlm seinci...
@ctiluvu77
@ctiluvu77 3 жыл бұрын
Wah..1M subscriber dah..TAHNIAH CHE NOM🥳
@ventricular_lan
@ventricular_lan 3 жыл бұрын
Terbaik Che Nom
Pajeri Nenas Resepi Mak Che Nom
8:02
Che Nom
Рет қаралды 923 М.
Дарю Самокат Скейтеру !
00:42
Vlad Samokatchik
Рет қаралды 8 МЛН
Каха заблудился в горах
00:57
К-Media
Рет қаралды 5 МЛН
No empty
00:35
Mamasoboliha
Рет қаралды 3,9 МЛН
EVOLUTION OF ICE CREAM 😱 #shorts
00:11
Savage Vlogs
Рет қаралды 7 МЛН
Ayam Goreng Mamak, rangup sangat.
8:06
Che Nom
Рет қаралды 446 М.
Cara memasak terong
4:00
Cece rika
Рет қаралды 28 М.
Daging Goreng Kunyit, rahsia daging lembut 15 minit!
8:02
Che Nom
Рет қаралды 233 М.
Kari Ikan POWER Balik Pulau | Pak Wan Kari Sembilang
22:49
Pajeri Terung Mudah Dan Sedap || Kegemaran Ummi Sekeluarga
6:27
Ayam Masak Kicap & Sambal Gesek ala 3 Budak Gemok
8:19
Che Nom
Рет қаралды 1,3 МЛН
Unique Dish of Azerbaijani Cuisine - Shakh Pilaf
28:10
Cooking In The Wild
Рет қаралды 557 М.
Dendeng Daging Mantap cara orang lama, tak mudah basi.
8:15
Che Nom
Рет қаралды 362 М.
Pajeri Nenas dgn Terung
18:15
Ita Khairi
Рет қаралды 36 М.
НИЧЕГО СЛОЖНОГО
0:21
KINO KAIF
Рет қаралды 4,6 МЛН
КАРОЧЕ НЕУДОБНАЯ СИТУАЦИЯ😱🔥 #shorts
0:45
ПОПОВИЧИ
Рет қаралды 6 МЛН
Best Toilet Gadgets and #Hacks you must try!!💩💩
0:49
Poly Holy Yow
Рет қаралды 16 МЛН
Stay on your way 🛤️✨
0:34
A4
Рет қаралды 16 МЛН