Рет қаралды 106,363
Sangat terkenal di kalangan peminat Nasi Kandar, antara lauk pilihan UTAMA dan KEGEMARAN pelanggan dikedai mamak Pulau Pinang khasnya dan seluruh kedai mamak di mana sahaja amnya!
Rasa daging yang sebenar, lembut dan isinya boleh dicarik-carik, pedasss yang membangkitkan selera, merangsang deria dan tunas rasa, sedikit manis dan berlemak, rasa rempah ratus yang diadun dengan pelbagai jenis, masin dari kuah kicap, Pendek kata sesiapa sahaja pasti terpikat dengan keenakan DAGING MASAK HITAM NASI KANDAR ni...
Sangat sesuai dimakan bersama nasi kandar, nasi kuning, nasi putih, nasi beriani, nasi minyak atau dicicah bersama roti, hrmmmm apa nak kata kan lagi, jomla kita masak sendiri, resepi dah ada, cara dah ditunjukkan... Jangan lupa cuba ye!Boleh makan banyak-banyak, lebih bersih, lebih seronok dan selamat makan dengan keluarga dirumah dari duduk dikedai musim Covid-19 ni kan.. Selamat Mencuba!
Bahan utama
1/2 kilo daging lembu segar (potong tebal 1inci melawan arah urat daging)
Rujuk video
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
1inci halia
3ulas bawang putih
Bahan Tumis
4 sekawan
1 biji bawang besar dihiris/dimayang
2 batang serai diketuk
1 tangkai daun kari
1 helai daun pandai(dipotong 4)
Minyak masak
Bahan Rempah Ratus
2 sb rempah kari daging
2 sb cili gilling@cili kisar
2sb sos cili
1sb sos tomato
8sb kicap pekat(boleh tambah kalau kurang hitam)
1 sk gula pasir
1sb garam halus
1 sk garam masala
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kas-kas
P/s:Kalau guna daging import(daging kotak) kena rebus daging dulu sampai lembut, air rebusan simpan buat kuah.
Kalau keluarga ramai gandakan bahan-bahan je okay, kalau ada apa-apa nak tanya atau kongsi info boleh komen dibawa, terima kasih.
Tefal cookware- invol.co/cl56x21
_____________________________________________
email: daayangsuri@gmail.com