RENDANG TOK Menu Tradisi Perak | Le Creuset

  Рет қаралды 860,886

Che Nom

Che Nom

4 жыл бұрын

Rendang Tok, masakan tradisi yang berasal dari negeri Perak. Textur nya yang kering, berwarna gelap dan warna gelap tu bukannya datang dari kicap, tapi hasil dari proses memasak yang perlahan selama 3-4 jam sampailah kesemua rempah bertukar menjadi kering, gelap dan daging masak empuk. Daging pula perlu diperap semalaman, proses yang wajib untuk Rendang Tok.
Untuk video kali ni, dengan berbesar hati Che Nom telah menerima sebuah periuk cast iron marmite Carribean Blue dari Le Creuset Malaysia. Terima kasih.
Le Creuset IG link:
lecreuset_my?ig...
//Bahasa Malaysia
---------------------------------------------
Bahan kisar halus (A):
10 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
2 inch lengkuas
1-2 ketul kunyit hidup
Sedikit air, untuk kisar
Bahan kisar halus (B):
15 biji cili kering
3 biji buah keras
Bahan-bahan untuk sangai & kisar halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
Bahan-bahan Rempah 4 Sekawan:
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 cengkih
Bahan-bahan lain:
½ cawan minyak masak
1 ½ kilo daging
½ sudu besar serbuk lada hitam
santan, dari 2 biji kelapa parut (**boleh lebihkan sehingga 3 biji kelapa)
3-4 sudu besar kerisik
1-2 keping asam keping/gelugor
¾ keping gula nisan (atau anggaran 3 sudu besar)
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit
//English
----------------------------------------
Fine Grind Ingredients (A):
10 shallots
7 cloves garlic
5 stalk lemongrass
3 inch ginger
2 inch galangal
1-2 pieces fresh turmeric
some water, for grinding
Fine Grind Ingredients (B):
15 dried red chillies
3 candlenuts
Pan toasted Ingredients:
2 tbsp coriander seeds
1 tbsp cumin seeds
1 tbsp fennel seeds
4 spices Ingredients :
1 cinnamon stick
5 cardamom pods
2 star anise
3 cloves
Other Ingredients:
½ cup of cooking oil
1 ½ kilo of beef
½ tbsp black pepper powder
coconut milk, from 2 fresh grated coconut (or up to 3 fresh grated coconut)
3-4 tbsp toasted coconut paste
1-2 pieces tamarind slice
¾ piece palm sugar (or about 3 tbsp)
salt to taste
2 pieces fresh turmeric leaves
Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
#rendangtok #resepichenom #raya

Пікірлер: 724
@CheNom
@CheNom 4 жыл бұрын
Jumlah masa Che Nom sediakan hidangan ni adalah hampir 4 jam. Sebab rendang Tok perlu kan masa yang lama untuk kering, dan masak atas api yg sederhana. Long simmer tu yang buat bagi rendang ni sedap dan warna bertukar jadi hitam. Jangan letak kicap pulak ye. Kalau nk cepat boleh guna pressure cooker untuk lembut kan daging, tapi untuk dapatkan warna hitam dan kuah pekat kering tu, masih kena masak dan kacau perlahan. Kalau daging masih tak lembut, tambah air sikit sikit dna terus masak smpai kering. Selamat Mencuba! 😊
@lauraniujung7906
@lauraniujung7906 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya Aidiladha Che nom
@diarybiru504
@diarybiru504 4 жыл бұрын
selamat hari raya aidiladha che nom.. love u
@unydoel6571
@unydoel6571 4 жыл бұрын
kerisik tuh apa che Nom ....klo di indonesia
@lauraniujung7906
@lauraniujung7906 4 жыл бұрын
Uny Doel ,kelapa yang digongseng
@CheNom
@CheNom 4 жыл бұрын
@@unydoel6571 kelapa sangrai barang kali dipanggil di sana. Atau kelapa goreng. 😊
@zuraidajai5744
@zuraidajai5744 3 жыл бұрын
Rendang tok daging kalau betul gaya rempah dan masaknya memang tak boleh lupa rasanya memang terbaik.
@Hiruhiruko
@Hiruhiruko 3 жыл бұрын
First time masak sendiri berpandukan masakan Che Nom, baru siap masak tadi dan alhamdulilah sedap menjadi. Terima kasih atas ilmu yg bermanfaat, semoga dapat pahala berterusan & semoga Allah merahmati Che Nom sekeluarga. Inshaallah
@noorainahmohammad6890
@noorainahmohammad6890 3 жыл бұрын
Alhamdulillah, pagi ni masak rendang .Family semua kata sedap!.{ walaupun kurang satu bahan,lengkuas} heee.Thank You so much! che Nom.
@zalinamatpiah2224
@zalinamatpiah2224 4 жыл бұрын
Selamat hari raya aidiladha Che nom dan keluarga. Che nom memang terbaiklah. Rendang tok ni memang masakan teradisi negeri perak dan ia sgt sedap.
@norasirahtamrin6630
@norasirahtamrin6630 3 жыл бұрын
Masuk nih kali 3 buat rendang tok by che nom sedap sangat2 😍 saya kurang pandai memasak selalunya tgok che nom je penerangan dan tips2 semua saya ikut Alhamdulillah makanan menjadi dan sedap 😍
@malaykitchen
@malaykitchen 4 жыл бұрын
ada rendang TOK barulah betul raya. 😊😊
@zaiemjai6520
@zaiemjai6520 4 жыл бұрын
Yaa..rendang tok nak buat minggu depan..in Syaa Allah.. Resepi che nom ringkas tp sedap ..😘
@alabert81
@alabert81 4 жыл бұрын
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA CHE NOM, TERIMA KASIH ATAS ILMU MASAKAN YANG DIBERIKAN. SAYA DOAKAN AGAR CHE NOM DAN KELUARGA SENTIASA DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT ALLAH SWT. TERUSKAN PERKONGSIAN ILMU MASAKAN CHE NOM, SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT DAN URUSAN CHE NOM & KELUARGA DIPERMUDAHKAN. AMEEENNNNN.
@CheNom
@CheNom 4 жыл бұрын
Amen... Terima kasih bnyk2 atas doa ☺️
@norsafinaabdulsamad9209
@norsafinaabdulsamad9209 4 жыл бұрын
Slmt hr rya Che nom. Tq share resipi.
@zainabmohd3852
@zainabmohd3852 4 жыл бұрын
Aamiiiiin x3 YA RABBAL Aalamiiiiin
@atieslamber
@atieslamber 4 жыл бұрын
Rendang tok 🤤🤤🤤 rendang kegemaran sy!! Finally ade resepi rendang tok 😍😍😍 nnt in sha Allah nk try buat. Lame dh teringin nk mkn rendang tok.
@nazly6789
@nazly6789 3 жыл бұрын
TQ che Nom. Arwah tok dan arwah mak selalu juga masakkan rendang ni dulu masa raya. Tp none of us (my family) ada simpan resepi atau pernah masak. Skrg dh blh nak mencuba👍
@petrokeeno421
@petrokeeno421 4 жыл бұрын
Rendang daging masakan anak sulung saya sangat hebat. Hari ini saya cadang nak sorkan video ini pada anak saya tapi di maklumkan bahawa masakan rendang beliau adalah hasil dari recipe Cik Som . Phenomenal. Mashaallah. Terima kaseh Cik Som.
@petrokeeno421
@petrokeeno421 4 жыл бұрын
Maaf Cik Som salah ejaan. Ejaan yang betul ialah Che Nom.
@noorazizahnasarudin9250
@noorazizahnasarudin9250 3 жыл бұрын
Rendang Tok memang menjadi kesukaan saya anak jati negeri Perak Darul Ridzuan.
@MileyRoss
@MileyRoss 4 жыл бұрын
So far resepi ni memang paling sedapp & paling accurate mcm mana sedara di kg buat. Happynya rasa. Thank you che nom 🥰
@92Jaghk
@92Jaghk 3 жыл бұрын
This looks DELICIOUS. What a beautifully done video! Love the gentle voice, and the videography, and the manner in which things unfold. Terbaik! Ini kelihatan LUAR BIASA. Betapa indahnya video! Cintai suara yang lembut, dan videografi, dan cara bagaimana segala sesuatu terungkap.
@akashizu9131
@akashizu9131 4 жыл бұрын
Terima kasih bnyk2 atas resepi rendang tok! Dh lama nk buat tapi ragu2 sbb ade yg kata kat sy nak dptkn rendang wrna gelap kena tambah kicap! Nasib baik ade che nom ❤
@nurulfitrimohdfauzee3690
@nurulfitrimohdfauzee3690 4 жыл бұрын
Rendang Che Nom ni akan jadi keeper recipe sy .. Sy bru cuba hari raya hari tu, even tak berapa jadi tapi segi rasa sy sgt puas hati . Terima kasih che nom
@norlelaghani2898
@norlelaghani2898 Жыл бұрын
Saya sudah cuba buat resepi cik Non sedap terima kasih byk2 resepi cik non..saya buat daging kerbau sedap sangat
@user-tl9wv6wu9h
@user-tl9wv6wu9h 4 жыл бұрын
Raya ni tak balik. Nasib raya hari puasa hari tu mak dah masak rendang Tok hihihi 😆😆. Cara Che Nom masak sama mcm mak saya. Selamat Hari Raya Aidhildha Che Nom💞💖
@amyaraya7230
@amyaraya7230 3 жыл бұрын
Menu raya kesukaan saya...resepi dari mak saya,kalau saya masak rendang tok ni,segala bahan saya akan hiris halus2,tidak menggunakan blander...so rasa dr bahan tu memang padu....yummm..
@aminahramzi5894
@aminahramzi5894 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Cik Nom dan keluarga. Saya ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Cik Nom kerana bermurah hati kongsi resipi2 yang sedap2 selama ini. Semoga Cik Nom dan keluarga di murahkan rezeki dan di lindungi Allah SWT setiap waktu. Aameen
@rizallot4426
@rizallot4426 2 жыл бұрын
Aslm Che Nom, saya banyak mengikuti dan belajar masakan Che Nom. Saya pernah mencuba cara masakan sambal nasi lemak. Menjadi sambal nasi lemak tu. Ramai kawan2 saya kata sedap dan lazat rasanya. Saya akan mencuba masakan rendang tok yg telah Che Nom tunjukkan. Masakan Che Nom menjadi sebagai panduan Saya. Terima kasih Che Nom👍😊💯😃☺️🥰
@rasimanasir
@rasimanasir Ай бұрын
Samalah saya jg, suami sya ckp sambal nasi lemak saya paling sedap yg pernah dia rasa. Hehe tpi no1 mak dia punya jg lah . Saya no 2 😅
@nurulainmohddom2870
@nurulainmohddom2870 4 жыл бұрын
Tq che nom for the receipt..love it..😘layan video che nom bagi saya semangat nk masak tq soo much..💞
@lynn4433
@lynn4433 4 жыл бұрын
Aduh!! Saya tengok video resepi ni pukul 3 pagi tadi. Terliur tgk sampai "keroncong" perut dibuatnya. Terpaksa bangun, dan buat roti bakar sambil bayangkan rendang che nom. Rendang tok perak ni dan serunding memang favorite saya. Satu bakul bolih habis dgn meratah aje !!😋😋😋😘.mggu depan saya akan cuba masak rendang ni.Tks che nom.
@cheleycheley9262
@cheleycheley9262 4 жыл бұрын
Aku sangat menyukai piring batu baskom, piring seng yg Che nom gunakan bagi aku barang itu sudah punah itu mengingatkan masa kecil aku tak sangka kalo aku masi melihatnya Di umur aku yg sudah tua Di Indonesia sudah tak ada aku temukan And I love all your videos from Hong Kong
@izapjy9706
@izapjy9706 3 жыл бұрын
sedapnya tengok che nom masak rendang.. selalu tengok.. sampai husben tnya setiap kali nak masak menu baru mesti dia tanya.. ni resepi che nom ke?.. hahaha.. terima kasih che nom. semoga melimpah rezeki che nom bagi ilmu pada kami.. hehe
@khairulkhairul9624
@khairulkhairul9624 Жыл бұрын
Rendang tok mmng paling sedap..tp nk org dulu2 yg masak..baru nmpk original
@ehaabdullah
@ehaabdullah 4 жыл бұрын
I just found you che nom..suara tenang je..step2 memasak pun best je..saya terus subscribe..jatuh cinta 😍😍😍
@nursyahirah4567
@nursyahirah4567 4 жыл бұрын
Wah bestnya ada recipe baru before raya nii ! Thank you for sharing Che Nom💖Selamat Hari Raya Aidil Adha Che Nom !💕
@zainihajiidris132
@zainihajiidris132 3 жыл бұрын
Jzkk che nom yg baik lg pemurah ilmu.in sya Allah akan cuba guna daging qurban.
@suhainarisal1109
@suhainarisal1109 4 жыл бұрын
Wow che nom... bertabah betul masak rendang tok...saya org perak pun tak ada kesabaran nak masak rendang tok walaupun suka makan. Salute to u madam!!!
@brownsugar4923
@brownsugar4923 3 жыл бұрын
Dah lama mencari resepi yang benar sdp untuk rendang tok ni...sy dah cuba resepi ni..sdp sgt..tqvm che nom..byk juga sy cuba resepi yg che nom share..cucur udang tanpa yis tu sdp dan rangup..semoga terus smgt berkongsi ilmu ye che nom
@BgoneM14
@BgoneM14 4 жыл бұрын
Alhamdulillah, dh tau ap nk masak esok. Tq Che Nom😊
@vicittageorgewu2800
@vicittageorgewu2800 4 жыл бұрын
Che Nom, I am malaysian business in Vietnam and Cambodia, I came across your 'rendang tok' a long waiting recipe since I was in Malaysia trying to learn from the authentic, that I once eaten while invitation 'Hari Raya' that was an unforgettable dish I ever tasted. Anyway, I will try this method which is quite similar to jawanese rendang. Thank you Che Nom wish you have a year ahead of your good recipes. Selamat Adil ladha
@rjrich13
@rjrich13 4 жыл бұрын
Hi Ms.Che Nom wish u & Family SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 😍. Another inspiring dish which is well known in MALAYSIA 🇲🇾. Keep coming with more dishes our support & love 😍 always with u & Family take care thanks 🙏
@SamsungGalaxy-fm8du
@SamsungGalaxy-fm8du 4 жыл бұрын
Saya sangat suka resipi Che Nom, sentiasa nak cuba. Ini resipi mesti cuba terima kasih Che Nom. Selama Hari Raya Haji.
@zarinaroziahjunid6963
@zarinaroziahjunid6963 3 жыл бұрын
Assalamualaikum... Terima kasih Cik Nom kerana sudi kongsi resepi dengan ikhlas hati,❤️❤️❤️
@faidrukmanuddin1923
@faidrukmanuddin1923 4 жыл бұрын
Nampak suggestion kt fon trus klik.. Memang plan nak masak raya ni tiba2 che nom muncul.. Semua masakan sy ikut resepi che nom sbb senang faham, dan famili suka walau sy lelaki, semua cakap sedap..
@wafiyshamsularifin4815
@wafiyshamsularifin4815 4 жыл бұрын
Che Nom tk pernah mengecewakan.👍🏻👍🏻👍🏻
@rahmahhassan5129
@rahmahhassan5129 4 жыл бұрын
Che norm, TQVM Next one nasi bukhari pulak. Resipi dr che norm yg sy tunggu, senang & straight forward. Ramai yg suka Resipi yg lain byk cakadak. Cerewet jadinye.
@sallieceelee5660
@sallieceelee5660 3 жыл бұрын
Kalau ikut resepi asli, Rendang Tok ni antara rendang paling payah nak buat. Antara ciri khas Rendang Tok asli adalah kepingan kelapa goreng dan dagingnya dipotong sebesar penumbuk (kalau potong kecil nanti lerui/ hancur kerana masak kena lama). Panggil Rendang Tok kerana zaman dulu Istana dan Datuk-datuk saja makan. Kalau rakyat jelata biasa buat Rendang Pedas (yang juga sangat sedap)
@tinamarlina6240
@tinamarlina6240 Жыл бұрын
Kalau YG sebenarnya resepinya xde bertumis pun
@amyrudzi
@amyrudzi 4 жыл бұрын
Wah sedapnya che nom. Sy baru siap masak rendang ikut resipi che nom dan kuah kacang che nom . Tapi bukan versi rendang tok. Terima kasih che nom berkongsi ilmu.
@wannorihan3255
@wannorihan3255 3 жыл бұрын
Tq che nom... Sy dah buat... Agak menjadi... Tp rs mkn yg che nom lg best.
@ayienazari8603
@ayienazari8603 3 жыл бұрын
memang sdap rendang ni.....hebat che norm
@tongsampahperfumechanel7907
@tongsampahperfumechanel7907 4 жыл бұрын
Ok Che Nom... Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Che Nom sekeluarga. Semua resepi che nom terbaik 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👍🏻
@hairiementoya4221
@hairiementoya4221 4 жыл бұрын
Terbaik Che Nom 😍😍..jadi lapar la plak tengok Masakn Che nom ni ✌🤞👍
@norazlitaahmad6120
@norazlitaahmad6120 3 жыл бұрын
Arwah ayah saya selalu masak rendang tok ni..rindu masakan dia...ada tips arwah ckp kalau nk tahan lama...lengkuas tu disagat dan dibuang air nya..😊.. selamat menyambut bulan Ramadhan..
@CheNom
@CheNom 3 жыл бұрын
Terima kasih bagi tips
@who4572
@who4572 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya Aidildhana Che Nom. Terima kasih ilmu yg diberi. Nanti sis nak cuba. Semoga Che Nom dilimpahi kemurahan rezeki yg tidak putus2 seperti air zam2.
@fijah933
@fijah933 4 жыл бұрын
Wowwww periuk baruu😍😍... Mesti mahal tu. .. Btw lapar tgok rendang che nom nii.😧.. Selamat raya haji che nom. Utk esuk🤗
@sleepingbeauty8597
@sleepingbeauty8597 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya Haji Che Nom dan keluarga dan semua yg komen 😊 salam 1m dr srwk..
@beniman2672
@beniman2672 4 ай бұрын
Tq kak che nom, syukur jadi juga buat... Saya suka mkn rendang ni dari dulu... Baru kesempatan buat semalam... Jadi sangat2 😅 Tq ye share menu... Boleh mkn dgn lemang
@sitisutiyah5702
@sitisutiyah5702 4 жыл бұрын
Untung nyer che nom dpt kuali beriban harga nyer. Tahniah sbb masakan che nom mmg sedap dan senang nk follow
@pegaga1618
@pegaga1618 4 жыл бұрын
Whoaa dapat Le Creuset. Tahniah Che Nom. Jeles nya kita😛😜😍
@gitarkristal8035
@gitarkristal8035 3 жыл бұрын
first time buat rendang and ikut resipi che nom xsangka jadi and sedap. tenkiu che nom
@sukasuka8453
@sukasuka8453 3 жыл бұрын
Assalamualaikum che nom. Sy dah 2x guna resipi che nom & alhamdulillah ramai suke dgn resipi ni. Terima kasih kongsi resipi sedap
@lunarticgaming1655
@lunarticgaming1655 4 жыл бұрын
Dah la tengah puasa hari arafah, terliur tengok
@manikamkalbu2259
@manikamkalbu2259 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Che Nom sekeluarga. Ada rendang tok memang ohsem
@emchannel73
@emchannel73 4 жыл бұрын
Salam Aidiladha kepada semua umat islam yg mengikuti channel che nom 👍😇
@karengoh5542
@karengoh5542 4 жыл бұрын
Wah... dah drooling. Mesti nak cuba. Terma kasih Cik Nom. You are the best
@cherryhijau7
@cherryhijau7 4 жыл бұрын
Rendang Tok! Favourite anak teruna nie 😋😋 tak sabar nak buat lg
@vinamok8484
@vinamok8484 3 жыл бұрын
Masakan Che nom mmng sedap setiap kali sy nk masak pasti sy buka Che nom punya video dan sy akan buat sebiji mcm Che nom hasil nya mmng sedap giler ape2 masakan pon yg sy try mmng sedap suami pon suka🥰🥰🥰🥰
@dhiamardhia3734
@dhiamardhia3734 2 жыл бұрын
Sy dh bt mlm td,.alhamduliah jadi. 😋 tq che nom kongsi resepi. Boleh bt menu wajib raya.
@zaiemjai6520
@zaiemjai6520 4 жыл бұрын
Assalam..tahniah che nom..sy mmg bnyk ikut resepi che nom..alhamdulillah semua menjadi...😘
@unaeus
@unaeus 4 жыл бұрын
Wow siap dah rendang tok che nom. Selamat hari raya che nom! 😍
@janeajiliun1295
@janeajiliun1295 3 жыл бұрын
Terima kasih atas tunjuk ajar Che Nom...mmg menjadi la rendang tok nie...sedap sgt2..
@lucybong8997
@lucybong8997 4 жыл бұрын
Ini adalah recipe ya saya tunggukan .Tq. I love this dish
@tyrazaii1597
@tyrazaii1597 4 жыл бұрын
baru nak tgok resepi rendang tok che nom.. tgok2 ad vid baru rendang tok..yeayyyyyy
@erazwaleed7907
@erazwaleed7907 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya Aidil Adha Che Nom dan keluarga saya memang suka cara Che Nom masak dengan explaination bertatatertib very nice I like it so much Tahniah Che Nom
@norainiaini8131
@norainiaini8131 3 жыл бұрын
Tq che nom bg best resipi2 n tunjuk cara memasak yg simple tp sedapppp...😁😁😁 semua suka sgt
@2003diamonez
@2003diamonez 3 жыл бұрын
Alahai le creuset...harga mu bukan bleh tahan...tapai tak tahan.....ape pun selamat hari raya semua...
@bondafisya4645
@bondafisya4645 4 жыл бұрын
Yes ache Nom 👍. Saya pun pakai periuk Le Creuset saya buat rendang ayam hari ni.
@hairulhazrina4563
@hairulhazrina4563 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya AidilAdha Che Nom.. sungguh menyelerakan..
@josjantum2789
@josjantum2789 3 жыл бұрын
Terima kasih akak. Sangat jelas dan detail cara akak mengajar masak.. Saya bgi 10 bintang. Kakak ikhlas kongsi resepi... TUHAN MEMBERKATI.
@sharifahrahmah9174
@sharifahrahmah9174 3 жыл бұрын
Rindu rendang tok,,, atok wt gune ayam pencen,,, sdp mkn dgn ketupat komer,,, menu orang PERAK time raye komer
@harithtwinsandfamily6895
@harithtwinsandfamily6895 4 жыл бұрын
Che nom masak apa pun nampak sedap sangat 😍
@lolalofar69
@lolalofar69 4 жыл бұрын
Like 535...selamat berpuasa sunat arafah che nom..alhamdullilah sedap menu rendang tok dari che nom..nmpk pun dah tahu sedap..kuali che nom pun cantik..kan best kalau akk dpt hadiah birthday nanti😅😅😅gurau2 che nom..jgn ambik hati
@arieakmal
@arieakmal 4 жыл бұрын
Yes..dapat rendang tok dri che nom..slalu pakai resepi sendiri..ni try resepi che nom pulak..mst meletop..slamat hari raya che nom..trima kasih ats sgala ilmu mak internet..road to 700k..
@CheNom
@CheNom 4 жыл бұрын
Sama2 😆
@MARIAANssa
@MARIAANssa 4 жыл бұрын
Waah sedap nye, selamat hari raya che nom dan anda semua..🙏🙏🙏
@darkhaven87
@darkhaven87 2 ай бұрын
Tried and tested. As usual che nom recipes are easy to follow and foolproof. Always jadi Alhamdulilah ❤️ che nom has taught us all so much. Much love ❤️
@CheNom
@CheNom 2 ай бұрын
Thank you so much 😍👏
@fazarulshima2644
@fazarulshima2644 4 жыл бұрын
Tahniah Che Nom.. semoga makin berjaya..teringin nak guna le creuset..
@cyanghasnah8521
@cyanghasnah8521 3 жыл бұрын
Terima kasih che nom.. Alhamdulillah resepi ni sedap... menjadi...memang terbaiklah che nim
@Banom7a
@Banom7a 4 жыл бұрын
selamat hari raya aidiladha che nom, terima kasih untuk resepi ni, berguna untuk orang (macam saya ni!) yang tersangkut di perantauan haha, kebetulan kita pun masak rendang dalam Le Creuset 😂😂
@namasayafara8856
@namasayafara8856 4 жыл бұрын
Favourite. Che nom idola sy. Banyak resepi sy dah buat. Semua puji sy masak sedap. Hehe. Sy ckp, resepi che nom. Hehe..
@faraaaz2187
@faraaaz2187 4 жыл бұрын
Saya dh cube resepi ni cik nom hehe sedapp mak puji. Tq ciknom 💕
@uncledan2u
@uncledan2u 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya Haji Che Nom. Resepi yang amat sesuai untuk Raya. You should translate your videos into English and share the joy of Malaysian cuisine to the world 🕌🕋🕌🕋!
@vijayanagapan7867
@vijayanagapan7867 4 жыл бұрын
Selamat hari raya che nom Saya hamba untuk suara che nom 😍😍😍 love u che nom Tahniah
@anazays66
@anazays66 4 жыл бұрын
Terima kasih che nom..semoga murah rezeki banyak2
@hotmama5242
@hotmama5242 3 жыл бұрын
terima kasih kerana bg rezepi rendang tok ni ..saya dr kuching sarawak dah lama nk cuba masak rendang tok ni..
@edleenothman5377
@edleenothman5377 3 жыл бұрын
Salam Che Nom, i have been following your recipe for some time already! Thank you so much ❤️ for all your delicious recipes! Your explanation are clear and easy to follow 😍 i have already tried a few recipes already such as rendang ayam, roti jala, nasi ayam legend etc 😀, it turn out really really good! For this rendang tok, since i am living overseas and fresh coconut milk is hard to come by, could you let me know if i can use ‘santan kotak’, and if yes, how much quantity based in this recipe?
@zalehaburude7752
@zalehaburude7752 3 жыл бұрын
Yummmy....😋 Terima kasih share recipe Rendang Tok...Che Nom.
@sitihalijahabdhalim8379
@sitihalijahabdhalim8379 2 жыл бұрын
Assalamualaikum,che nom.. saya selalu masak mengunakan resepi che nom ni.. alhamdulillah saya jadi suka masak bila tgk che nom punya resepi.. minta halal ya resepinya.. tq😊
@amanshah7508
@amanshah7508 4 жыл бұрын
Nampak sedap masakan ini. Terima kasih Che Nom.
@SenangJaAih
@SenangJaAih 4 жыл бұрын
Woww, sedapnya rendang tok che nom, terima kasih kak kongsi resepi
@sawalidenchu649
@sawalidenchu649 4 жыл бұрын
Saya suka resepi che nom,cara penyampaian sgt mantap
@rositarahmat199
@rositarahmat199 4 жыл бұрын
Salam Aidiladha Che Nom. Tak sempat nak cuba raya ni sebab dah on the way balik kampung...tapi mesti cuba lepas raya ni. Terimakasih kongsi resepi.😋😋
@azlinaabdrazak9528
@azlinaabdrazak9528 4 жыл бұрын
Klu nak cari resepi..mesti cr che nom...i like
@angelinapatricks6152
@angelinapatricks6152 4 жыл бұрын
Wow bestnya nak try sekarang.Selamat Hari Raya Adiladaha.
@lamarkitchen
@lamarkitchen 3 жыл бұрын
sedapnya che nom. kalau makan dengan lemang lagi sedap
@kklong1378
@kklong1378 4 жыл бұрын
Must try,look delicious,sure sedap,tq cek nom ,may Allah bless u
@jamariahomar6656
@jamariahomar6656 4 жыл бұрын
Selamat Hari Raya Aidil Adha Che Nom..Saya sokong Che Nom Dan promote channel ini.Berdoa Semoga dapat 1 Juta Subscribers.Jangan berhenti masakan ok.
@edahmitchannel8427
@edahmitchannel8427 4 жыл бұрын
Sedapnya rendang daging nya akak. Terbaik.
Rendang Daging Hari Raya, Suami bagi 5 Bintang
10:07
Che Nom
Рет қаралды 2,8 МЛН
Rendang Tok resepi tradisi Perak [English subs available]
9:28
New model rc bird unboxing and testing
00:10
Ruhul Shorts
Рет қаралды 26 МЛН
Finger Heart - Fancy Refill (Inside Out Animation)
00:30
FASH
Рет қаралды 20 МЛН
Heartwarming Unity at School Event #shorts
00:19
Fabiosa Stories
Рет қаралды 22 МЛН
路飞太过分了,自己游泳。#海贼王#路飞
00:28
路飞与唐舞桐
Рет қаралды 21 МЛН
perangkap terubin abg video pecah.... besar mana lah agaknya ikan monster tu
21:14
mhz Jelai rivers channel
Рет қаралды 8 М.
Lontong Kuah Lodeh Istimewa Hari Raya
11:08
Che Nom
Рет қаралды 865 М.
Dendeng Daging Mantap cara orang lama, tak mudah basi.
8:15
Che Nom
Рет қаралды 362 М.
Kuah Kacang laku keras edisi Raya
8:30
Che Nom
Рет қаралды 1,3 МЛН
Ayam Kerutuk Kelantan
9:40
Che Nom
Рет қаралды 226 М.
Rendang Tok hidangan hari raya yang menyelerakan | salam dari perantau
7:02
Bihun Goreng Legend, cara nenek dulu-dulu..
8:12
Che Nom
Рет қаралды 254 М.
EPISOD 199  RENDANG TOK
1:04:56
Zaidah Ibrahim
Рет қаралды 137 М.
Daging Goreng Kunyit, rahsia daging lembut 15 minit!
8:02
Che Nom
Рет қаралды 233 М.
ToRung short film: i sell watermelon🍉
0:38
ToRung
Рет қаралды 15 МЛН
КАРОЧЕ НЕУДОБНАЯ СИТУАЦИЯ😱🔥 #shorts
0:45
ПОПОВИЧИ
Рет қаралды 6 МЛН
Притворилась БЕРЕМЕННОЙ 😱 #shorts
1:00
Лаборатория Разрушителя
Рет қаралды 4,7 МЛН
GiGaMoN! 5 🗿 #gigachad #sigma
0:53
The Logan Chitwood
Рет қаралды 9 МЛН