No video

Resepi Ayam Madu Ala Kedai Mamak ... Kena Fokus 3 Rempah Nie Kalau Nak 'Sedap' 😋

  Рет қаралды 4,792

Cheq Na

Cheq Na

Жыл бұрын

AYAM MADU CHEQ NA'S STYLE
.
Untuk video kali ni, Cheq Na nak share menu yang selalu ada dekat kedai mamak. Kalau kita pi makan dekat kedai mamak, memang menu ni selalu kita nampak dekat glass display dia tu. Memang nampak sedap, sekali pandang terus jatuh cinta dengan the look of the recipe. Kuah dia likat, pekat dan melekat dekat ayam tu, menyebabkan kita tersungkur dan terus terjebak dan ambik seketul untuk kita makan. Pandai betul cara mamak display kan menu dia.
.
Nama pun ayam madu, mestilah rasa dia manis-manis. Tapi bila digabungkan dengan rempah ratus, dan bahan-bahan lain, rasa dia terus jadi sedap. Manis ada, pedas ada, lemak ada, masin ada ... ada acquired taste gitu. Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok bahan-bahan untuk ayam madu ...
.
Yang ni bahan utama dia ...
a) Semestinya ayam dalam 500g gitu
b) Garam dalam 1 camca kecil
c) Kunyit dalam 1 camca kecil
d) Rempah 4 sekawan dan daun bay
e) Daun pandan
f) Bawang putih dan halia
g) 4 biji bawang besar
h) 1/2 cawan kurma yang dibuang biji
i) 1 1/2 camca besar serbuk cili
j) 1 camca kecil garam masala
k) 1/2 camca kecil jintan putih
l) 1/2 camca kecil jintan manis
m) 3 camca besar yogurt
n) 3 camca besar sos cili
o) 2 camca besar sos tomato
p) 2 camca besar gula perang
q) Madu
r) Segenggam buah kismis
s) Segenggam biji gajus
.
Yang ni pulak, bahan untuk hiasan saja. Ada bagus, tak ada, tak apa ... rasa still maintain cuma look and feel tu ada kurang sikit
a) Bawang besar Holland
b) Daun ketumbar
c) Bawang goreng ( Cara nak buat bawang goreng, boleh klik di sini • Bagaimana Menghasilkan... )
.
Jadi, sekarang kita dah tau bahan-bahan dia, proses seterusnya ialah memasak resepi ni. Dalam video Cheq Na tu, semua step-by-step dah ada untuk masak resepi ni sampai jadi. Ada part api kena kuat dan ada part api kena slow mo. Ada part timing nak masukkan bahan seterusnya tu dalam few seconds saja dan ada yang timing dia tak penting sangat. Jadi, nak buat sampai jadi, memang kena tengok dari mula sampai habis. Tak boleh skip skip dan fast forward, memang tak faham nanti.
.
Jadi, Cheq Na minta tu, kalau dah cuba dan menjadi dan rasa-rasa ianya bermanfaat kepada ramai orang, tolong SHARE kan video ni. Lagi ramai SHARE, lagi ramai orang tau cara nak masak resepi ni.
.
Terima kasih kerana menonton video Cheq Na dan jumpa di video yang akan datang
.
.
.
#cheqna
#cheqnaresipi
#cheqnarecipe
#cheqnastyle
#cheqnakatasedapsedaplah
#ayammadu

Пікірлер: 19
@hasimsaadhasimsaad8594
@hasimsaadhasimsaad8594 Жыл бұрын
Surrrrr
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Alhamdulillah..😋😋😋
@geenaee4772
@geenaee4772 8 ай бұрын
Wah…. Sedapppp
@CheqNa
@CheqNa 8 ай бұрын
Ayam... memang sedap friend. Long time no hear friend 😊
@jalilahalias3457
@jalilahalias3457 Жыл бұрын
Lagu tuu kaa, ikut teknik Cheq Na style naa...sedap yaamat ...❤😊👍
@Saiful81
@Saiful81 Жыл бұрын
Assalam cheg na.. Mintak ajarkan cara buat DALCA DAGING dan ACAR BUAH yang paling padu🤩🤩
@lina_my
@lina_my Жыл бұрын
Oo.. Madu tuang waktu nak hidang rupanya..
@sharifahmaimunah6298
@sharifahmaimunah6298 Жыл бұрын
Look yummy2 che na 😋😋
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
You are right...memang sedap sangat ni Sis😋..trylah masak..sebijik macam dekat kedai mamak😍
@sharifahmaimunah6298
@sharifahmaimunah6298 Жыл бұрын
@@CheqNa 🫰
@peghioknasikchek2824
@peghioknasikchek2824 Жыл бұрын
😍 Sedap aih ! 😋
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Ya..betui sedap yak'amat😍😋
@AhmadLekir
@AhmadLekir Жыл бұрын
Lama xtgk channel masak ceq na.taw dah mesti sedap walau xtgk habis😅
@lynia6587
@lynia6587 Жыл бұрын
Tksh share resipi CheqNa insyaallah Raya Haji saya nk try 👍🥰
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Sama2 kasih Sis...Trylah masak ayam madu niii..memang sedap dan mudah..sesuai sangat kalau makan dengan nasi tomato dan beriani😍😋
@zeetajones8708
@zeetajones8708 Жыл бұрын
Terima kasih share resepinye, nampak sedap yakmat tu ❤
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Sama2 kasih ya Sis...bukan nampak ja sedap😋..memang sedap sangat pun🤭..trylah Sis😍
@ayuanuar7533
@ayuanuar7533 Жыл бұрын
Salam cheqna...madu letak masa dh siap masak ke
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
W'salam...Ya betul..madu tu letak masa dah siap masak😍
Ayam Masak Madu Kak Yan
12:18
Kak Yan
Рет қаралды 32 М.
Harley Quinn's plan for revenge!!!#Harley Quinn #joker
00:49
Harley Quinn with the Joker
Рет қаралды 30 МЛН
managed to catch #tiktok
00:16
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 20 МЛН
Logo Matching Challenge with Alfredo Larin Family! 👍
00:36
BigSchool
Рет қаралды 10 МЛН
Rahsia Kepak Ayam Madu Pasar Malam & Bahan Special Sedapkan Sos Ayam Madu
9:38
Ummi AtiyahAtif's Kitchen
Рет қаралды 286 М.
Ayam Masak Bawang | Nala punya sedapp 👌
7:33
Che Nom
Рет қаралды 1,1 МЛН
40 KEPAK AYAM MADU| Resepi Sos Ayam madu
12:44
ROZEK TV
Рет қаралды 718 М.
Ayam Masak Hitam Ala Kenduri | Rugi Tak Cuba Dari Dulu |
8:39
DARI DAPUR CIKNA: RESEPI 24 - AYAM MASAK MERAH MADU
6:26
DARI DAPUR CIKNA
Рет қаралды 15 М.