Rendang Tok|Rendang Tok Original Perak|Rendang Tok Paling Sedap|Cara Masak Rendang Tok Dulu-Dulu

  Рет қаралды 83,034

Kak Yan

Kak Yan

3 жыл бұрын

Assalammualaikum dan Hi semua,
Ini adalah musim pertama dalam siri ‘Cerita Dari Dapur’ yang berfokuskan kepada lauk pauk orang dulu-dulu.
Untuk episode yang pertama ini, Kak Yan akan berkongsi resepi Rendang Tok cara orang dulu-dulu masak. Ada banyak bezanya dengan cara masak orang sekarang baik dari segi pemilihan bahan masakan dan cara memasak.
Orang dulu-dulu masaknya tertib dan agak cerewet. Itulah sebabnya masakan orang dulu-dulu lain rasa dan rupanya.
Dibesarkan di dalam keluarga yang besar, menjadikan Kak Yan suka bertanya dan melihat ahli rumah yang lebih dewasa memasak. Ada macam-macam cara sebenarnya.
Tapi yang paling best, memasak orang dulu-dulu bukan sahaja sekadar memasak tetapi juga waktu untuk bersembang-sembang dan bersantai-santai.
Jadi sudikanlah menonton episode-episod yang akan datang dan jangan lupa untuk subscribe channel video Kak Yan ni ya. InshaAllah banyak lagi resipi-resipi yang akan Kak Yan kongsi bersama nanti.
Cukup setakat ini dahulu dan Kak Yan akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih. Jom kita memasak. Cuba jangan tak cuba tau.
Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
Instagram: / azianhasan
Facebook: / azianhasan
Blogspot: azianhasan.com/
Resepi
Rendang Tok
Bahan-bahannya:
1 kg daging batang pinang (dipotong empatsegi 4 cm)
3 sudu besar serbuk kari daging
3 sudu besar cili kering kisar
1 kilo santan pekat
3 sudu besar kerisik
4 sudu besar gula merah/gula melaka
4 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
2 kulit kayu manis
2 keping asam gelugor
1/2 biji isi kelapa sederhana tua
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk dihiris halus
20 biji bawang ros
8 batang serai
3 helai daun kunyit
3 cm halia
Cara membuatnya:
Perapkan daging bersama serbuk kari, kerisik dan gula merah semalaman.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar, daging yang telah diperap, santan dan bahan-bahan lain (kecuali isi kelapa) ke dalam kuali.
Masak dengan menggunakan api yang besar. Kacau sentiasa.
Apabila ianya sudah mula kering masukkan isi kelapa.
Biar rendang tok bertukar warna, perlahankan api.
Terus mengacau sehingga rendang tok bertukar menjadi gelap dan kemudian barulah diangkat.

Пікірлер: 113
@VlogNahma
@VlogNahma 3 жыл бұрын
rendang tok original dari Perak kena ranjin sangat-sangat baru boleh buat rendang tok sebab ambil masa yang lama sangat hadir menyokong dan lengkapi semua😊
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Memang betul. Itu sebabnya nak buat setahun sekali pun jenuh.
@Ai_rez
@Ai_rez Жыл бұрын
Sorry kak yan takut viewer salah faham nt. boleh je guna bahagian lain selain dari batang pinang. Biasanya bahagian peha/topside lebih sesuai dibuat rendang kerana ia tak mudah hancur berbanding batang pinang. lagi pun buat rendang tok ni makan masa lama jadi tak perlu risau daging tak empuk. klau guna batang pinang takut mudah hancur. btw thanks for recipe kak yan..
@KakYan
@KakYan Жыл бұрын
Terima kasih . Boleh jer guna bahan lain . Kak Yan selalu guna batang pinang. Kalau ikutkan orang dulu dulu dipotong besar jadi walaupun batang pinang, dia tak hancur. Tapi semuanya ikut keselesaan sendiri❤️❤️
@hamidatulakmamohamed4093
@hamidatulakmamohamed4093 3 жыл бұрын
Sama le Kak Yan. Kalau buat rendang tok ni, sampai sekarang saya masih sanggup hiris bahan2 semua tu halus, tak pernah blend atau tumbuk. Macam tu le aruah mak ajor. Anak saya semua lelaki, yang sulung tu memang suka kerja kupas dan hiris bawang ni.
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Betul tu. Dulu kalau guna blender kena marah 7 hari 7 malam.
@zaitonphotons
@zaitonphotons 3 жыл бұрын
Terbaik Terima kaseh K Yan Alhamdulillah
@sarahanchannel
@sarahanchannel 3 жыл бұрын
Nampak renyah masak rendang tok. Tapi sedap👍👍
@ainiyudin5261
@ainiyudin5261 Жыл бұрын
terbaik lah kak yan.. cara yg mudah
@NorWawie
@NorWawie 3 жыл бұрын
Terbaik
@gingerteddy618
@gingerteddy618 3 жыл бұрын
Madam Eny, thank you for this Rendang Tok recipe🤲 Marinate overnight Beef/Daging lembu Beef curry powder/Serbuk kari daging Fennel seed/Jintan manis Gula Melaka/Palm sugar Toasted coconut paste/Kerisik Finely shredded Shallots/ Bawang merah Lemongrass/ Serai Ginger/ Halia Tumeric leaves/ Daun Kunyit Other ingredients Star anise/ Bunga lawang Cardamom pods/ buah pelaga Cinnamon sticks / kulit kayu manis Garcinia/ Asam Gelugo Galangal/ Lengkuas Coconut pulp/ Isi Kelapa Blended Dried chillies/ Cili kering Coconut milk/ Santan Salt/ Garam Cook on low fire Don't s Don't use blender Don't use oil
@menamurray992
@menamurray992 3 жыл бұрын
TQ for d recap👍
@AbdulRazak-vv8jv
@AbdulRazak-vv8jv 3 ай бұрын
Saya suka daging kerbau
@AbdulRazak-vv8jv
@AbdulRazak-vv8jv 3 ай бұрын
Kalau campur paru hati limpa pun enak❤
@zaitonphotons
@zaitonphotons 2 жыл бұрын
Terbaik Terima kaseh 💜💜💜💜💜💜💜
@msvvovoo1633
@msvvovoo1633 3 жыл бұрын
T.kasoh kak yan . Semoga ilmunya dberkati.
@ziee9658
@ziee9658 3 жыл бұрын
Sedapnya rendang tok like to
@dapurirang
@dapurirang 3 жыл бұрын
Msakkn yg byk bahan mmg sdap.😋
@mohdzaidi8929
@mohdzaidi8929 3 жыл бұрын
Sedapnyer...
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Jom ler buat
@shikinsaerah
@shikinsaerah 3 жыл бұрын
The best. Mcm Rendang arwah opah kat kg jeliang, manong ❤️❤️❤️
@ryzliew3311
@ryzliew3311 2 жыл бұрын
ini baru rendang tok asli
@prubnadam9353
@prubnadam9353 3 жыл бұрын
Sedap nyee.....
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Terima Kasih
@eydaairtangan
@eydaairtangan 3 жыл бұрын
Sedapnyer rendang tok...terima kasih utk resepinya...👍🏻
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
sama-sama Eyda
@nurmahyusoff1770
@nurmahyusoff1770 2 жыл бұрын
4 jam atas gas saya kira costing mahal kak so may as well switch to dapor arang. Apapun tq kak.
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
Betul! Sy guna kayu api jer.. tp mau duduk situ arr, main hp. Sapa tau kita org dh tua? Berfacebook jgk bagai...
@zaizainal664
@zaizainal664 Жыл бұрын
ari ni last syaaban 1444.InsyaAllah pose besok,teman pun masak le rendang tuk,resepi tok harun kg guo...sedapnya same je resepi ni...
@user-um4he6kd7l
@user-um4he6kd7l 3 жыл бұрын
Cantik la editan video ni...mcm tgk kt tv
@JuniferSidabutarJSPRODUCtion
@JuniferSidabutarJSPRODUCtion 3 жыл бұрын
Rendang tok paling Top
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Cara masak orang dulu-dulu
@aallffiissaahh
@aallffiissaahh 3 жыл бұрын
Sukanya tengok cara kak yang bercakap.. lembut sangat macam mak saya, terima kasih resepi dan tips nya kak yang, semoga sihat selalu ya
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Terima Kasih Fisya. Eh..malu la pulak
@noorsuraiya5082
@noorsuraiya5082 2 жыл бұрын
@@KakYan . 0
@norainiahmad6370
@norainiahmad6370 2 жыл бұрын
Tetima kasih Kak Yan
@KakYan
@KakYan 2 жыл бұрын
Sama-sama
@umisha71
@umisha71 2 жыл бұрын
Alhamdulillah saya dah cuba jadi. Terima kasih Akak Yan. 🙋‍♀️💜😋🍛
@KakYan
@KakYan 2 жыл бұрын
Alhamdulillah. Sukanya👍👏👏
@rosnahrose4067
@rosnahrose4067 3 жыл бұрын
Tgk video ni, baru jumpa rendang tok letak hirisan kelapa .
@hizanmior6762
@hizanmior6762 3 жыл бұрын
Sedapnye rendang tok tetiba rindu lk kampong kita Kuala kangsar tq kak yan 👌❤️
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Sama-sama
@dudanak2
@dudanak2 3 жыл бұрын
😋👍👍👍
@zaihamid78
@zaihamid78 3 жыл бұрын
Alhamdulillah.. Tkasih kak Yan share resipi renda ng tok.Izin sya share resipi ye Semoga kak Yan sihat selalu Dan dimurahkn rezeki.🌺👍
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Silakan. Memang Kak Yan suruh share pun.
@roszanaayoub454
@roszanaayoub454 Жыл бұрын
Belum pernah cuba buat rendang tok.. in shaa Allah lepas ni dgn resepi kak yan ni, nak cuba lah..tq KY
@KakYan
@KakYan Жыл бұрын
Cuba tau nanti👍
@rosemerah418
@rosemerah418 Жыл бұрын
Dekat nak raya ni ....resepi rendang kak yan yang menjadi pilihan hati saya di perantauan🇦🇺🇲🇾...tak pernah x jadi resepi kak yan,semua sedap2 💪🏼 menjadi❤
@KakYan
@KakYan Жыл бұрын
Terima kasib
@fadillahshahurin9674
@fadillahshahurin9674 3 жыл бұрын
Sedap rendang toknye..cantik clutch kat belakang tu..macamana nak order ye
@mariahmohdnoor9616
@mariahmohdnoor9616 3 жыл бұрын
Tterbaik lerr..nk order bole x Sy mmng minat rendang tok..
@memangstailkita
@memangstailkita 3 жыл бұрын
Wow.. Sedapnya.. Cara penyediannya agak lama mesti lah sedap kan 👍
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Berbaloi ler kiranya kan
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
Apa xsdapnya? Ini Kak Yan bkn sbrg org, aku yg msk pn psti sdap. Cara pnympaian pn sdap, lgi ler dia bagi..sekor lembu pn abis..klu free ler..
@sudinadarus9455
@sudinadarus9455 3 жыл бұрын
Rasa tertarik dgn tok yg ni easy...
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Boleh cuba
@oliza7
@oliza7 3 жыл бұрын
Ni memang ori
@gingerteddy618
@gingerteddy618 3 жыл бұрын
Wonderful recipe👍 Now I know the secret of making Rendang Tok - don't use food blender.
@faridahrahman5148
@faridahrahman5148 2 жыл бұрын
Saya share resipi. T kasih
@KakYan
@KakYan 2 жыл бұрын
Silakan
@madamunknown1644
@madamunknown1644 3 жыл бұрын
Marvellous 👍🏻❤️😍👌
@Back45567
@Back45567 Жыл бұрын
Bila nk rasa majlis gotong royong balik mcm dulux..skrg guna catering sepenuhnya
@KakYan
@KakYan Жыл бұрын
Kan
@zhamdanemalinnajiha7692
@zhamdanemalinnajiha7692 3 жыл бұрын
Pakeii hiriss mmmg lhh original ni
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
Btul..sy isap rkk daun nipah dgn hirisan bga cgkih, krn nk moden cgkih dblender. Mmg mudah tp rasa jauh brbeza.. xtau pe sbb.
@rosmanhjahmad9328
@rosmanhjahmad9328 3 жыл бұрын
Moh ler komer masak rendang tok
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
Sy dh buat byk kali, tp xsekali pn dpt mcm Kak Yan buat..skli tgok ni skrg trliur. Tp jgn risau wlpn rasa xserupa tp sama...licin..xsdar Mak Jand melintas...gurau..
@sudinadarus9455
@sudinadarus9455 3 жыл бұрын
Daginmg leh thn tp org tk leh tahn ....gula melaka kabong ...kabong org nogori gula gerek org kedah...sama gak adik begadik
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
Sudina agak2 mcm saya.. mna tahan. Kat Pasat Tani Tapah d jual ngn pulut..trus aku rentap, xsmpai umah habis. Sikit sgt..Rm9..
@Mrs.Authority
@Mrs.Authority 2 жыл бұрын
Dlm 4 jam tu, kene tambah air kan bila dia kering kan....
@KakYan
@KakYan 2 жыл бұрын
Tak payah tambah air. Kacau saja sampai kering. Sampai keluar minyak dari santan.
@zabedahawang2692
@zabedahawang2692 3 жыл бұрын
Letk minyak ta tumis
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Tak perlu
@doriswong3859
@doriswong3859 2 жыл бұрын
Where can we buy the cooked frendang
@KakYan
@KakYan 2 жыл бұрын
Most malay restaurants have rendang
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
Malay Restrn is not a proper Rendang..dont buy. Abide d Kak Yan amazing formula to any Malay lady to prepare n u provide Rm. Say 2 kg beef may last for 1 month. I did try like this. Confirm u'll b happy..
@norhadzirahramli74
@norhadzirahramli74 3 жыл бұрын
Saya guna rempah kurma instead of rempah daging, yang lain semua sama. Itu agaknya ia gelap sikit,,
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Ya ,rempah kurma pun sedap
@norhadzirahramli74
@norhadzirahramli74 3 жыл бұрын
@@KakYan pun sedap,, dan kadangkala saya letak cili blend kurang sikit untuk kurang pedas
@mohddaris6555
@mohddaris6555 3 жыл бұрын
Slm pn yan guna rmph kri jenama apa ya tk slm
@faezahshahurin9441
@faezahshahurin9441 3 жыл бұрын
Salam k.yan, alhmdulillah jumpa pun resipi rendang tok macam mak saya(guna rempah kari daging). Puas saya buka resipi youtuber yang lain,tapi takde yang guna rempah kari daging.mak saya dah tak berapa sihat,bila tanya resipi dia pun ingat² lupa. Cuma memori dari kecik teman dia masak didapur yang saya ingat,dia guna rempah kari daging terima kasih ye atas resipi ni,terubat rasa rindu memori kecik² dulu masak dengan mak bila hari raya❣️
@yusrinazamziba6273
@yusrinazamziba6273 22 күн бұрын
Kak yan orang mana yer? Susah ni nak buat rendang tok
@KakYan
@KakYan 22 күн бұрын
Kak Yan orang Perak. Boleh cuba. Cuma lama sikit nak masak.
@azalailimahpop2122
@azalailimahpop2122 Жыл бұрын
Serbuk kari daging cap apa kak Y!n?
@KakYan
@KakYan Жыл бұрын
Baba’s pun boleh
@salmahsulaiman4400
@salmahsulaiman4400 2 жыл бұрын
Kak Yan daging perap dgn bahan2apa
@KakYan
@KakYan 2 жыл бұрын
Kicap biasa dengan kicap pekat
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
Sy tk perap2, gaul, psg api trus jln...sedap juga we..knyang luar biasa..
@miesam5599
@miesam5599 Жыл бұрын
Brp harga satu beg tekat tu Kak Yan?nak buat hadiah
@KakYan
@KakYan Жыл бұрын
Rm 250. Kalau nak dm kak uan dekat ig
@megatalam9353
@megatalam9353 Жыл бұрын
X berapa nak ori lagi tu.. saya org perak asli... dah byk modified bahan2 dan teknik memasak tu...
@KakYan
@KakYan Жыл бұрын
Ya. Ini dah di ringkaskan
@hanirosabdmalek2668
@hanirosabdmalek2668 2 жыл бұрын
Arwah opah saya dah berusia 80++ masih guna rempah asli...arwah nenek kpd opah ajar mcm tuu..tak pernah pulak dgr serbuk kari... Opah aku ckp ..hilang keasliannya..
@osmansaud5819
@osmansaud5819 2 жыл бұрын
rempah kari ni, kira shortcut nya la..sbab dlm tu dah ada segala rempah2 aslinya..pasti la rasa sedikit beda..
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
..zmn dulu mna ada rempah premix. Bnda sama tp rasa xserupa. Aku ni laki 72 thn, xikut respi ini pn sdap juga we..skli masak, lauk aku utk 5, 6 hari...sdp sgt wlpn xsesedap rspi Kak Yan. Sy amat gila2 Rendang Tok! Usia sy 17 d Kampar Pk prnah msk bramai dgn awek2 smpai pagi.. nikah Ckgu sy.
@anaamir830
@anaamir830 3 жыл бұрын
Bawang kecilkan kak Yan..
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Ya. Bawang Ros lagi sedap
@noorhayatimohdhusaini1611
@noorhayatimohdhusaini1611 3 жыл бұрын
Mmg rendang tok ori x bertumis. Tu lah yg membezakan rendang org perak dgn org luar. Sama mcm rendang pedas, x bertumis jg. Masak terus gitu jer.
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
ya memang betul. Itu yang rasa dia pun lain kan
@ainiaini1724
@ainiaini1724 2 жыл бұрын
X letak kelapa pun bole kan
@KakYan
@KakYan 2 жыл бұрын
Boleh👍👍
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
..klu ramai pelahap, dgg 1 kg msti letak klpa, nti kamu mkn serbuk je...cucu aku dh belasan tahun, ramai plk tu, wow! Mklum bdk nk mmbesar..
@saiful9508
@saiful9508 2 жыл бұрын
resipi ni memang tak guna bawang putih ke kak?
@KakYan
@KakYan 2 жыл бұрын
Tak ada
@marianaothman9883
@marianaothman9883 9 ай бұрын
masak rendang tak perlu bawang putih...bawang merah lebih banyak lebih sedap
@ariffzaidan7364
@ariffzaidan7364 3 жыл бұрын
Daun limau perut kne letak x kak
@KakYan
@KakYan 3 жыл бұрын
Tak payah letak ye
@ariffzaidan7364
@ariffzaidan7364 3 жыл бұрын
Ok tq kak
@arsiannapitoepoeloe3039
@arsiannapitoepoeloe3039 Жыл бұрын
Paling sy suka dletak daun limau purut, kdg2 daun limau tu kepit dlm buku..air limau tu xpnh tinggal..macam ketum plk..
Rendang Pedas Ayam|Rendang Ayam Perak|Rendang Ayam Dulu-Dulu
17:25
Looks realistic #tiktok
00:22
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 105 МЛН
Дарю Самокат Скейтеру !
00:42
Vlad Samokatchik
Рет қаралды 8 МЛН
Rendang Tok hidangan hari raya yang menyelerakan | salam dari perantau
7:02
Lontong| Kuah Lodeh|Resepi Lontong|Rahsia Lontong Sedap
16:57
Rendang Tok resepi tradisi Perak [English subs available]
9:28
EPISOD 199  RENDANG TOK
1:04:56
Zaidah Ibrahim
Рет қаралды 136 М.
RENDANG TOK Menu Tradisi Perak | Le Creuset
8:40
Che Nom
Рет қаралды 860 М.
Rendang Pedas Ayam Kak Yan Edisi Raya.
12:39
Kak Yan
Рет қаралды 56 М.
Nhảy bất chấp/kỳ kỳ tv & Family #shorts
0:16
Kỳ kỳ tv & Family
Рет қаралды 14 МЛН
Жду в тг: @kedrovaalyona
0:59
Кедрова Алёна
Рет қаралды 3,3 МЛН
RINTANGAN AIR #waterpark #summer #waterslide #fun #gadgets
0:19
ABANG FAAREZ
Рет қаралды 38 МЛН
LA  CINTA NUESTRA HISTORIA
0:59
Santi
Рет қаралды 15 МЛН
Не уступила место беременной и начались роды 😮
0:49
Фильмы I Сериалы
Рет қаралды 1,6 МЛН
Triggle #настольныеигры #boardgames #games #игры #настолки #настольные_игры
0:48
Двое играют | Наташа и Вова
Рет қаралды 11 МЛН
What it feels like cleaning up after a toddler.
0:40
Daniel LaBelle
Рет қаралды 77 МЛН