Рет қаралды 547
Hai Assalammualaikum.
Kali ni Cik Orkid kongsikan Cara Masak Asam Pedas Melaka yang Paling Mudah dan sedap.
Kalau nak tahu asam pedas Melaka ada beberapa jenis.
Ada yang berempah kita panggil asam pedas kuah lada, ada asam pedas rebus (tak tumis) & yang cik orkid masak ni namanya asam pedas sahaja.
Bahan sangat mudah,yang penting kalau betul-betul nak sedap,kena tumis lada tu lama ,sampai betul-betul garing. Masam kena cukup,barulah namanya asam pedas.
Kalau masak asam pedas ni,kuah memang Cik Orkid sengaja lebihkan sebab keluarga suka hirup kuahnya. Makan pakai sudu dan ditambah dengan kicap masin.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup (wajib ada untuk dapatkan kuah asam pedas yang cantik)
1 inci halia
1 inci belacan
1 sudu kecil halba
Ikan Pari secukupnya
2 batang serai (dititik/diketuk)
2 senduk cili kisar
2 sudu makan pes asam jawa
Sayur bendi
Daun kesum
air secukupnya
garam
CARA-CARA MEMASAK SILA TONTON VIDEO SAMPAI HABIS.
SELAMAT MENCUBA.
TERIMA KASIH.